Friday, April 22, 2011

Pendiagnosan Helmint dan Protozoa usus

3.0 PEMUNGUTAN SPESIMEN

Untuk menentukan dan mengesan kehadiran helmint dan protozoa usus, kita memerlukan spesimen feses. Pemeriksaan feses secara makroskopik boleh dibuat dengan mata kasar dengan melihat sifat-sifat feses yang seperti berikut :

1. Bentuk

2. Keras

3. Cair

4. Saparuh keras

5. Berdarah merah

6. Berdarah merah hitam

7. Bermukus

Keputusan pemeriksaan berdasarkan kepada teknik pungutan spesimen feses yang baik dan cermat. Antara perkara-perkara yang perlu diawasi semasa memungut spesimen feses adalah seperti berikut :

1. Jumlah feses mencukupi iaitu jumlah minima yang diperlukan adalah

4 cm³. Ianya perlu bagi memudahkan kerja mengesan dan mengenal parasit serta mengelakkan kekeringan contoh feses yang terlalu cepat.

2. Berikan pesakit bekas yang sesuai iaitu bekas khas yang steril dan bertutup.

3. Apabila spesimen sampai di makmal, periksa dengan segera. Kelewatan mendiagnos spesimen akan menyukarkan proses mengenalpasti protozoa yang masih berada pada peringkat trofozoit.

4. Pastikan spesimen tidak bercampur dengan air kencing atau bahan yang boleh menganggu diagnosis spesimen.

3.1 Pengawetan spesimen feses

Proses pengawetan spesimen feses dilakukan supaya memastikan spesiman tahan lama untuk proses pemeriksaan yang lebih lanjut. Bahan-bahan pengawet yang sering digunakan untuk mengawet spesimen feses adalah seperti Formaldehid, larutan ‘Methiolie-Iodine-Formalin, dan Polyvinylalcohol (PVA)

4.0 PENDIAGNOSAN MAKMAL

Bagi melakukan perawatan, pengawalan dan pencegahan yang berkesan terhadap sesuatu infeksi parasit, diagnosis yang tepat mengenai parasit berkenaan perlulah dilakukan. Teknik makmal yang sesuai adalah penting untuk tujuan ini. Selain dari itu, pekerja terlatih dan sebuah makmal yang lengkap perlu ada untuk memastikan pendiagnosan berjalan dengan lancar.

4.1 Teknik Smear Direk

Prosedur :

1. Letakkan setitik bahan pencair Eosin, saline atau iodin.

2. Dengan menggunakan kayu applicator, letakkan sedikit spesimen feses ke atas slaid. Gaulkan feses dan bahan pencair tadi secara membulat. Ke

3. Kemudia, tutupkan dengan sisip kaca.

4. Periksa smear tadi dengan menggunakan kanta objektif mikroskop X10. Kemudian lihat smear di kanta X40 untuk mengenalpasti spesies protozoa atau helmint yang dilihat.

5. Buang smear ke dalam Lysol atau Germisept selepas pemeriksaan.

4.1.1 Fungsi bahan pencair

  • 1. Saline

Sesuai digunakan ke atas spesimen feses cair yang mungkin mengandungi trofozoit protozoa yang kelihatan bergerak jika feses masih baru.

  • 2. Iodin

Mewarnakan bahan-bahan dalam protozoa yang tidak terwarna oleh Eosin, seperti jisim glikogen.

  • 3. Eosin

Mewarnakan bahan-bahan dalam feses dan memudahkan pengesanan parasit.

4.2 Teknik pemekatan

Teknik pemeriksaan ini dijalankan ke atas spesimen yang negatif dengan teknik smear direk atau bilangan parasit terlalu sedikit melalui teknik smear direk. Terdapat beberapa teknik yang digunakan, antaranya :

1. Pengapungan : Zink sulfat dan Brine

2. Pemendapan : Formalin-Ether dan pemendapan mudah

4.2.1 Teknik Zinc Sulphate Centrifugal Floation

Teknik ini adalah berdasarkan kepada prinsip penimbulan ova-ova helmint dan sista protozoa. Cara Zinc Sulphate ini sesuai sekali sebagai cara pemekatan untuk kebanyakan ova-ova cacing nematod. Ia juga sering kali digunakan dalam pemeriksaan rutin untuk sista-sista protozoa. Ova-ova dan cacing-cacing pita yang lebih besar dan berat adalah lebih sesuai dipekatkan oleh teknik-teknik pemendapan. Walaubagaimanapun, teknik Zink Sulphate adalah tidak sesuai untuk spesimen feses yang berlemak.

Prinsip : Menggunakan larutan yang mempunyai spesifik graviti yang lebih tinggi daripada spesifik graviti parasit menyebabkan parasit akan terapung.

Langkah-langkah :

1. Dengan menggunakan kayu applicator, pindahkan lebih kurang 1/3 ml contoh feses atau lebih jika najis didapati fibrous, ke dalam cawan kertas.

2. Ampaikan dengan kayu applicator dalam 1 ml air.

3. Sebuah tabung empar diisikan dengan penuh dengan air dan isipadu air dituangkan ke dalam cawan kertas yang mengandungi ampaian feses.

4. Ampaian feses disebatikan dan dituangkan kembali ke dalam tabung empar dengan bahan-bahan feses yang lebih kasar tertinggal di dalam cawan kertas. Cawan kertas tadi dibersihkan hingga bersih dan disimpan untuk langkah seterusnya.

5. Tabung empar di imbang dengan sebuah tabung empar yang lain. Seterusnya ianya diemparkan pada hadlaju tinggi dan supernatant dibuang.

6. 1 ml larutan ZnSO4 dipipetkan ke dalam tabung empar dan disebatikan.

7. Larutan ZnSO4 seterusnya ditambahkan hingga sampai ke bibir tabung empar.

8. Ampaian itu seterusnya di saring melalui lapisan gauze ke dalam cawan kertas dan tuangkan balik hasil saringan ke dalam tabung empar.

9. Tabung empar tadi seterusnya diemparkan kembali pada hadlaju tinggi.

10. Pipetkan setitik iodin ke atas sekeping slaid kaca. Ambil 1-2 loopful bahan terapung dengan loop dawai. Seterusnya sebatikannya bersama-sama dengan titisan iodin tadi dan tutupkannya dengan sekeping sisip kaca.

11. Slaid tadi kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop menggunakan kanta objektif X10 dan X40.


4.2.2 Teknik Brine

Langkah-langkah :

1. Spesimen feses sebesar kacang diambil dan masukkan ke dalam cawan kertas yang mengandungi 4 ml larutan Brine tepu.

2. Larutan itu seterusnya disebatikan dengan cermat.

3. Sebatian itu seterusnya dituangkan ke dalam botol universal dan dengan perlahan-lahan larutan tepu brine ditambah sehingga separas dengan bibir botol.

4. Sekeping sisip kaca diletakkan di atas mulut botol supaya menyentuh permukaan cecair. Gelembung udara dipastikan tidak terbentuk. Biarkan selama setengah jam.

5. Sisipd kaca perlahan-lahan diangkat tanpa menjatuhkan larutan yang telah melekat padanya.

6. Iodin atau eosin diletakkan di atas sekeping slaid kaca, dan perlahan-lahan letakkan sisip kaca ke atas slaid yang mengandungi iodin atau eosin tadi.

7. Periksa di bawah mikroskop di bawah kanta objektif X10 dan X40.

4.3 Teknik pemendapan

Teknik pemendapan menggunakan medium pengampaian cair yang kurang berat daripada parasit supaya pemendakkan parasit boleh berlaku. Teknik ini berguna untuk memekatkan sista protozoa dan telur helmint.

4.3.1 Teknik pemendapan mudah

Kaedah pemendapan ringkas bagi diagnosis protozoa usus adalah rumit dan menghasilkan sedikit kepekatan sahaja. Sebaliknya, kaedah yang sama bagi diagnosis ova helmint mempunyai beberapa kelebihan daripada kaedah kepekatan lain kerana ova-ova daripada semua spesis ini akan mendap ke bawah. Kaedah ini digunakan terutama sekali bagi diagnosis ova ‘Schistosoma, Clonorchis dan Opisthorchis dan fluk heterofid. Walaupun teknik ini agak lambat, tetapi banyak bahan boleh diproses dengan hanya menggunakan sebuah bekas sahaja.

Langkah-langkah :

1. Sesudu besar spesimen feses diletakkan ke dalam penapis yang telah disediakan di atas sebuah flask air kencing.

2. Sebatikan spesimen feses dengan 50 ml air dengan menggunakan kayu applicator. Satu ampaian feses akan terdapat dalam flask air kencing.

3. Sebatikan spesimen feses dalam penapis wire di bawah arus air sehingga flask dipenuhi dengan ampaian.

4. Penapis wire dipindahkan dan ampaian dibiarkan mendap. Ianya mengambil masa 5 hingga 10 minit.

5. Supernatant dibuang dan seterusnya isikan dengan air, ampaian dibiarkan mendap sekali lagi. Ulang langkah ini sehingga supernatant menjadi bersih dan jernih.

6. Titiskan setitik mendapan ke atas sekeping slaind kaca yang bersih dengan menggunakan ‘pasteur pipitte’. Periksa slaid di bawah mikroskop.

4.3.2 Teknik Formalin-Ether

Teknik ini sesuai bagi pemekatan ova helmint dan sista protozoa dari spesimen feses dan juga apabila teknik Zinc sulphate didapati tidak sesuai untuk spesimen feses yang mengandungi banyak lemak dan asid-asid lemak. Ia juga digunakan ke atas spesiemn-spesimen feses yang telah diawetkan dalam formalin. Ova Trematoda dan ova-ova lain yang berat boleh dikesandengan teknik ini.

Langkah-langkah :

1. Kira-kira 1 ml spesimen feses di masukkan ke dalam tabung empar yang berisipadu 15 ml. Kemudian isikan sebanyak 3 ml air dan sebatikan.

2. Air ditambah sehingga penuh, disebatikan dan disaring dengan menggunakan gauze kedalam cawan kertas. Sekiranya isipadu filtrate didapati tidak mencukupi, air dituang lagi melalui gauze sehingga terdapat lebih kurang 15 ml filtrate.

3. Filtrate dituang ke dalam tabung empar yang telah dibasuh. Emparkan pada halaju 2000 rpm selama 1 minit.

4. Supernatant dibuang dan 10 ml 10% formalin dituang dan disebatikan. Lakukannya selama 10 minit bagi mengawet parasit.

5. Kemudian, masukkan 5 ml ether, tutup tabung empar dan goncang sekuat-kuatnya selama setengah minit. Empar pada had laju 1500 rpm selama 2 minit.

6. ‘Plug’ yang terbentuk dipindahkan dengan mencondongkan tabung tersebut sambil memastikan mendapan tidak terganggu.

7. Mendapan(sediment) ini seterusnya dititiskan di atas sekeping slaid kaca yang mengandungi setitik iodin. Sekeping sisip kaca seterusnya dilapiskan di atas slaid kaca tadi.


8. Periksa slaid di bawah mikroskop.

4.3 Pencelupan khas

Jika menjadi keperluan untuk membuat slaid bewarna dan pencelupan khas yang kekal bagi spesimen feses yang baru diperolehi bagi mengkaji protozoa usus, Bahan pengawet cecair seperti larutan Scauddin hendaklah digunakan. Beberapa jenis pewarna khas boleh digunakan seperti ferum-hematoksilin dan trichome.

Langkah-langkah :

1. Calitan diawet dalam larutan Schauddin selama 15 minit pada suhu bilik.

2. Calitan direndam dalam 70% alkohol selama 2-5 minit, kemudian direndam dalam larutan alkohol 70%+iodin, kemudian direndam ke dalam larutan alkohol 70% dan 50%.

3. Calitan dibasuh dengan air paip selama 2 hingga 10 minit.

4. Calitan seterusnya dicelup dalam larutan ferum-alum 2% selama 5 minit.

5. Basuh dengan air paip selama 5 minit. Warnakan dalam hematoksilin 0.5% selama 5 minit atau lebih. Seterusnya slaid dibasuh selama 5 minit.

6. SLaid tadi seterusnya di rendam dalam asid pikrik tepu selama 10 hingga 15 minit untuk memberikan perbezaan antara feses, parasit atau bendasing lain.

7. Slaid dibasuh dengan air paip selama 10 hingga 15 minit. Calitan dicelup dalam 70%, 80% dan 90% dan dua pertukaran alkohol mutlak.

8. Calitan seterusnya di rendam dalam xylene.

9. Calitan seterusnya di letak DEPEX dan sisip kaca diletakkan di atas slaid tadi. Biarkan slaid kering untuk beberapa ketika.

10. Periksa slaid di bawah mikroskop.




Monday, April 18, 2011

XP Security 2011 - MALWARE yang menyusahkan

Salam,

ngah saya sufing internet, tetiba lak antivirus saya detect ada virus/malware masuk PC saya..lepas tu tros kuar cam antivirus kata PC saya byk virus, dia kuar camnih :

Xp Security 2011 - Sejenis MALWARE yg direka semata-mata utk menipu pengguna internet dan mendapatkan duit mereka

Saya ingat dia dari Microsoft sebab lambang dia lebey kurang gitu, tapi sebenarnya tidak, kalau anda perhatikan tidak terdapat sebarang perkataan "MICROSOFT" pada awal nama software tersebut..MALWARE ini direka semata-mata untuk menipu pengguna internet supaya membeli anti-virus 'power' mereka yang sebenarnya xberguna 1 sen pun..

Pada gambar di atas, dia kata jumpa 29 'infections', sebenarnya PC kita xda sebarang infection @ virus pun, ianya sengaja dibuat utk kita menggelabah, padahal sebenarnya MALWARE ini adalah 'virus' utama..bengang gak saya sebab payah nak remove malware nih, saya pakai antivirus AVIRA, tapi lepas full scan pun, payah nak remove malware nih,,

lalu saya search google dan cari solution sebab nak surf tenet pun xleh, dia kata ada virus nak masuk ar, so mmg xleh surf tenet..selepas anda klik "Mozilla Firefox" button, dia akan kuar camnih :


Lepas tu kuar lak camnih..

Kalo tekan "Continue surfing" pon mmg xleh masuk ke website yg kita nak tu..punya la saya bengang!!!!!!

lepas tu tanda2 PC anda dah ter'lekat' ngan MALWARE yg menyusahkan hidup nih melalui tanda pada tray anda nih :

Malware nih terdapat byk nama, antaranya :

1) XP Security 2011
2) XP Home Security 2011
3) Vista Security 2011
4) Win 7 Security 2011

Ok, selepas saya 'google'kan diri utk cari slotuin utk masalah ni, saya terjumpa satu website utk remove malware ni atau masukkan activation key..nasib baik sorang mangsa yang terkena malware ni sudi berkongsi actiavation key utk removekan malware ni dari menggangu PC anda..
Hanya klik pada "Activate Now" seperti yang terdapat pada gambar di bawah :



ok, kemudian taipkan 1147-175591-6550

masukkan code tu, lepas tu kalo berjaya dia akan melalui proses "REMOVING"..bwat masa sekarang saya tak jumpa lagi cara utk buang malware ni sepenuhnya dari PC saya, sebab saya cari kat "Program Files" dan "Add/Remove programs", xda pun nama malware ni..so sapa2 ada solution sila comment yea..

thanks

Tuesday, April 12, 2011

Hari-hari praktikal

Salam all,

mungkin ada yang dah tahu, yang saya skarang nih ngah praktikal di HTAA, Kuantan..atau nama penuhnya Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan..saya praktikal di bahagian Patologi sebagai Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan..skarang nih kat seksyen Mikrobiologi..

so, kat sini saje je nak kongsi sket pe yang saya blaja tentang 'Agar'..Agar yg kita nak guna ni sebenarnya bentuk cam agar- yang kita slalu makan tuh, tapi yang ni xleh makan, ianya digunakan untuk membiakkan kuman @ mikroorganisma..

So, saya perkenalkan la satu2 agar yang terdapat dalam lab mikrob nih :

Blood Agar @ Agar Darah

Chocolate Agar

Sabouraud Agar


TCBS Agar (TCBS - Thiosulfate citrate bile sucrose)

XLD Agar


Francis Agar


MacConkey Agar

So biasanya kita akan culture sampel seperti nanah, najis, air kencing, tissue, cecair CSF dan bermacam-macam contoh spesimen lagi di atas agar2 nih, dan kita eram selama semalaman @ 24 jam..besoknya baru kita akan tahu samada ada pertubuhan bakteria atas dia ke xda..

Kalo tumbuh, biasanya cam gambar bawah nih..

Pertumbuhan bakteria Staphylococcus Aureus(kiri) dan Staphylococcus Epidermidis(kanan)

lepas tgk ada pertubuhan, kita kena bwat 'biochemical set' lak nak sahkan bakteria tu mmg dari spesies tu, byk lg step la..dah confirm baru inform kat doktor soh dia bg antibiotik yang mana sesuai utk pesakit tu...

ok tu sajer saya nak kongsikan disini..Slamat malam :)

Saturday, April 9, 2011

Batu nisan 20 kubur lama 'hidup'


Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.

Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.

Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

kredit : kosmo.com.my

1st payment dari ZaxDsBux!

Salam,
firstly nak bgtau yang bux ni owner dia org Malaysia lebih tepat anak tempatan kita sendiri..diperkenalkan pun melalui owner dia, saya pun take part lew..aritu join, klik ads selama 2 hari then dah leh cashout..walaupun sikit, tapi leh cashout tros, tak yah nak tunggu amaun akaun kita capai USD2 la, USD5 la..ni leh cashout tros..


Payment pertama dari ZaxDsBux, thanks a lot :)

bagus gak gini, hope bux ni berkekalan la, sambil bwat dwet leh support anak tempatan..nak join klik banner di bawah nih :

Friday, April 8, 2011

Gunting dalam perut wanita selama tiga tahun


GAMBAR sinar X menunjukkan sebilah gunting dalam perut Veronika Cruz.


SAO PAULO, Brazil - Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.

Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.

Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan. - Agensi

kredit : kosmo.com.my

Thursday, April 7, 2011

Konsert dengan sistem bunyi hijau


AHLI kumpulan Melodeego, Peter Malagodi (kiri) dan Greg Reinauer mengangkat sistem Bunyi Mapan sebelum persembahan di Johnny D's, Sommerville.


PADA kebiasaannya, penonton hanya bersorak dan menyanyi bersama kugiran kegemaran mereka tetapi, lain pula kisahnya apabila menyaksikan persembahan konsert demo Melodeego yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat (AS).

Melodeego yang menggunakan sistem Bunyi Mapan hasil ciptaan Sean Stevens memerlukan penontonnya mengayuh basikal untuk menjana kuasa sistem audio dan pencahayaan semasa persembahan mereka.

Stevens berkata, terdapat sebuah bangku berlapikkan tiga buah basikal yang membolehkan tiga orang duduk di situ sambil mengayuh basikal.

Selain itu, terdapat dua bangku berasingan yang mempunyai stesen pengayuh dan disambungkan kepada kotak pusat yang akan menyimpan serta mengurus bekalan tenaga.

"Anda juga boleh menyambungkan ia kepada iPod. Apabila seseorang mula mengayuh akan kedengaran muzik berkumandang," ujarnya kepada wbur.org.

Tenaga kayuhan tersebut telah dipasang pada generator-generator kecil yang disambung kepada palang kerangka basikal itu.


DARI kiri: Mark Files Schwaller dan Greg Reinauer sedang memasang sistem Bunyi Mapan yang dijana menggunakan tenaga daripada kayuhan basikal.


"Daripada roda belakang, anda akan mendapati terdapat generator-generator kecil ini. Ia seperti kereta hibrid yang dijana motor elektrik. Jika anda memperlahankannya ia akan menjana elektrik yang akan digunakan kemudian," katanya sambil memusing pengayuh dengan tangannya.

Jelas Stevens lagi, seorang yang mengemudi kuasa kayuhan tersebut mampu membekalkan 100 watts tanpa mengeluarkan sebarang peluh. Lima orang pula mampu menjana kuasa elektrik sebuah persembahan secara langsung yang kecil.

Katanya, dia menggunakan beberapa bahan untuk membangunkan sistem Bunyi Mapan tersebut seperti motosikal lama, peralatan audio dan papan lapis.

"Kebanyakan barangan ini boleh didapati di Home Depot, Radio Shack atau pun Internet. Campuran bahan-bahan ini yang menjadikannya sesuatu baru," ujarnya lagi.

Stevens merupakan seorang yang obses dengan sumber tenaga sejak mengenali permainan dijana kuasa bateri dan kit Lego bermotor.

"Ia menelan kos kira-kira AS$8 (RM24) atau AS$10 (RM30) untuk berfungsi selama 30 minit. Selepas itu, kita akan membuang toksik sekali gus menyihatkan badan kita," ujarnya.


KAYUHAN lima orang mampu menyediakan bekalan elektrik untuk sebuah konsert kecil.


Lelaki berusia 32 tahun itu berkata, dia membuat permainan untuk golongan dewasa yang mampu menyelamatkan bumi.

Dia telah membawa penjana kuasa kayuhan tersebut di parti tarian, festival seni Burning Man yang berlangsung di California dan ke hutan Vermont.

Beberapa bulan lalu, kumpulan Melodeego berjaya memujuk seorang promoter di Somerville, Massachusetts untuk menempah kugiran mereka dengan menggunakan sistem Bunyi Mapan itu.

Lebih menarik lagi persembahan mereka mendapat sambutan di luar dugaan.

Melodeego kini dalam rangka perancangan untuk mengadakan persembahan bersiri pada musim bunga ini dengan menggunakan sistem Bunyi Mapan 10 basikal ciptaan Stevens yang menelan kos AS$14,000 (RM42,400).

kredit : kosmo.com.my

Misteri makhluk ganjil di sungai Britain

BENTUK satu makhluk ganjil yang dilihat terapung di Sungai Parrett di bandar Bridgwater, Britain pada Isnin lalu.

BRIDGWATER, Britain - Ratusan penduduk kebingungan apabila mereka melihat satu makhluk ganjil terapung di Sungai Parrett di bandar ini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ramai di antara mereka melihat kelibat makhluk itu dari sebuah jambatan pada Isnin lepas di bandar tersebut yang dihuni hampir 34,000 orang.

Penduduk kini membuat spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut sama ada ia penyu, ikan lumba-lumba atau bangkai babi.

Terdapat beberapa orang yang melihat makhluk itu mengesyaki ia merupakan kacukan penyu dan babi.

Ada yang menganggap makhluk ganjil itu mungkin batu dan seekor anjing.

Spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut juga dibincangkan di laman Twitter.

Seorang penduduk, Coral Pople memberitahu sebuah akhbar tempatan: "Saya sudah berada di sini selama 45 minit. Setiap orang menyatakan makhluk itu adalah seekor penyu tetapi pada pandangan saya ia kelihatan seperti seekor babi."

Menurut seorang lagi penduduk, Andrew Coles, dia berpendapat terdapat seseorang yang melompat ke dalam sungai dan khabar angin yang didengarinya menyatakan satu mayat berada di dalam sungai tersebut.

Makhluk itu dilihat tidak bergerak dan terapung di sungai tersebut dekat dengan pusat bandar ini.

Seorang jurucakap polis menyatakan pihaknya memang mengetahui terdapat sejumlah besar orang mengerumuni jambatan tersebut untuk melihat makhluk ganjil itu.

Anggota-anggota polis meninggalkan jambatan itu selepas mereka melihat makhluk itu tanpa mengambil sebarang tindakan. - Agensi

kredit : kosmo.com.my

Wednesday, April 6, 2011

Bintang sukan dedah rahsia rambut unik

TROY POLAMALU memiliki rambut yang unik.

PITTSBURG, Amerika Syarikat - Seorang pemain bola sepak Amerika, Troy Polamalu berusia 29 tahun mendedahkan rahsia rambut uniknya yang memiliki nilai insurans sebanyak AS$1 juta (RM3.02 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Menurutnya, dia mula menyimpan rambut unik itu semasa di zaman pembelajarannya di kolej dan ia kini menjadi sebahagian daripada identitinya.

Polamalu berkata, semasa musim sukan bola sepak, dia syampu rambutnya selang sehari.

"Namun, semasa musim sukan itu berakhir, saya hanya membasuh rambut saya sekali seminggu tetapi saya menggunakan perapi rambut pada setiap hari," katanya.

Menurutnya, dia mempunyai rambut yang lebih panjang daripada isterinya.

"Isteri saya tidak terlalu gembira dengan rambut ini," katanya. - Agensi

kredit : kosmo.com.my

Panggilan telefon bimbit pertama 38 tahun lalu

MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi

kredit : kosmo.com.my

Tuesday, April 5, 2011

Lelaki meluncur di sisi jerung putih

CHRIS FALLOWS berdayung di sisi seekor jerung putih.

CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti seekor penyu di permukaan laut.

Namun, bagi Fallows, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar.

"Kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.

Lelaki itu mengendalikan ekspedisi melihat ikan jerung di perairan di sini.

Namun, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut. - Agensi

kredit : kosmo.com.my

TV tertua di Britain dilelong


SET televisyen Marconi 702 yang berusia 75 tahun

LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam.

Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun.

Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain.

Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari.

"Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. - Agensi

kredit : kosmo.com.my


Sunday, April 3, 2011

Anda cari perkerja maya?

Adakah anda memerlukan seseorang untuk melakukan sebarang kerja-kerja online seperti membuat 20 akaun Gmail, youtube, ataupun sekadar "Like" fanpage anda di facebook?

Hurm, saya cadangkan anda iklankan 'kerja kosong' yang anda ingin seseorang laksanakannya di laman 'microWorkers'..ianya sungguh mudah, dan kerja anda juga boleh dilakukan oleh pengguna internet di seluruh dunia atau anda boleh pilih pengguna internet di negara mana yang boleh melakukannya..

Ayuh, daftar sekarang melalui banner di bawah dan mula iklankan 'Kerja Kosong' anda..

Friday, April 1, 2011

pembayaran terbaru dari program GPT

Salam,
2-3 hari ni saya dapat sedikit 'insentif' dari refferal saya di proram GPT, mereka begitu rajin meng'complete'kan offer di site2 GPT, so dengan itu saya pun dpt tempiasnya, 20% daripada upah yang dorang dapat..Alhamdulillah, rezeki namanya tu, walaupun sikit..tapi dwet gak tu kan..nah, payment proof di bawah nih..

Untuk lebih info tentang program GPT, leh usha http://www.gptmalaysia.blogspot.com/