Sewa refferal di Neobux TIDAK BERBALOI!!



Salam all, bagi yang dah tau pe Neobux tu, saya nak citer skit pengalaman saya beberapa bulan yang lepas di mana saya telah menyewa beberapa puluh refferal di Neobux. Hajat dihati saya untuk mencuba. Dengan duit di Alertpay ada beberapa puluh USD, saya mencuba nak tengok sejauh mana bagusnya sewa refferal di Neobux.

Setelah beberapa hari sewa, nampak cam income semakin hari semakin banyak..tapi sememangnya 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari'. Mengikut pendapat beberapa orang, refferal di Neobux ni hanyalah ROBOT dan bukan manusia. Dari statistik refferal, dapat saya simpulkan yang mereka ni klik memang TAK KONSISTEN! Arini klik, 2-3 hari lepas tu baru klik balik..x berbaloi betul kita sewa dorang.

Setelah tengok baki earning saya semakin hari semakin sikit, dan baki tersebut tak cukup untuk 'recycle' mereka kembali, saya STOP pakai rented refferal, percayalah kawan-kawan, MEMANG TAK BERBALOI! MERUGIKAN je..baik kita cari direct refferal je la..dah xpayah risau pasal tarikh expiry date untuk me'recycle' mereka..

Asal usul dakwat



Perkataan dakwat berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'warna air'. Ia dipercayai mula digunakan semenjak 5,000 tahun yang lalu di Egypt dan China. Masyarakat pada zaman itu menggunakan dakwat untuk melukis gambar atau teks pada permukaan batu. Dakwat yang mula-mula ni diperbuat daripada campuran asap pokok pain, minyak lampu dan gelatin daripada kulit haiwan dan bauan musk. Kemudian, sedikit demi sedikit wujud pelbagai warna dakwat yang diperoleh daripada buah beri, tumbuhan dan mineral.

Apa itu Capoiera



Sejarah asal-usul capoeira sebenarnya mempunyai kaitan yang cukup sinonim dengan zaman kolonial. Pada kurun ke-16, sebilangan besar warga Afrika dibawa oleh penjajah Portugis ke negara Brazil untuk dijadikan hamba. Kebanyakkan daripada mereka berasal dari negara-negara Afrika yang berbeza. Antara jajahannya yang paling besar ialah, Portugis menjadikan Brazil sebagai kawasan perladangan. Ia mempunyai ladang tebu yang cukup besar. Disebabkan terdapatnya permintaan yang tinggi maka wujudlah tekanan dan penindasan domestik yang cukup kejam terhadap hamba tersebut.


Penindasan terhadap golongan hamba tersebut telah menyebabkan mereka semua bersatu. Sebagai golongan yang tidak mempunyai sebarang senjata api, mereka semua cuba mempertahankan diri dengan mempelajari skil-skil yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka. Beberapa golongan hamba kemudian mula memberontak dan melarikan diri. Mereka menubuhkan sebuah daerah bebas penjajah yang digelar sebagai Quilombo. Namun, mereka berdepan dengan ancaman dari serangan Portugis. Disebabkan serangan berterusan itu juga membuatkan mereka terus mempertingkatkan skil capoeira.



Pada zaman kini, capoeira dianggap sebagai aktiviti seni tari mempertahankan diri yang serba unik. Gerakannya yang lebih banyak menggunakan kaki membuatkan ia tampak sungguh menarik. Golongan muda di Brazil dikatakan mendekati seni untuk menjauhkan diri mereka daripada aktiviti yang tidak menyihatkan. Ancaman najis dadah yang serius di negara tersebut juga mampu dibendung dengan wujudnya kelab serta komuniti capoeira. Capoeira biasanya diiringi alunan muzik dan nyanyian. Ia menggunakan alat muzik tradisional seperti berimbau, pandeiros, atabaque, agogo dan ganza.

Permainan moden capoeira biasanya tidak ditumpukan kepada bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebaliknya, ia lebih bersifat sebagai seni tari yang jarang menggunakan kekerasan. malah, penggiat capoeira akan memperlahankan tendangan mereka sebelum mengenai pihak lawan. Sehingga kini, terdapat 3 kategori capoeira yang digunakan oleh penggiatnya di seluruh dunia.



Di negara kita, capoeira tidak terkecuali daripada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terdapat banyak kelab yang memperjuangkan dan mengangkat martabat seni tari mempertahankan diri ini di sini. Salah satunya ialah Grupo Bentus Capoeira Malaysia (GBCM). Kelab ini dikatakan telah wujud sejak tahun 2004. Master Pintor adalah orang yang bertanggungjawab membawa dan menyebarkannya di negara kita. Difahamkan, objektif GBCM adalah untuk membangunkan dan memperkenalkan capoeira serta mendidik orang ramai tentang kepentingan dan faedah kesihatan yang diperoleh daripada seni tari mempertahankan diri ini.

Bukit Fraser atau Fraser's Hill


  
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.



Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

 
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.

Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.




TIPS

Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda dapat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.

PENGANGKUTAN..

1) Kereta

Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.

2) Bas

Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.

Penyakit Asma @ Lelah





Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Tak kira muda atau tua, asma boleh menyerang sesiapa sahaja.

Bagaimana



Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam.


Penyebab

Setiap penghidap asma mempunyai punca alahan yang mungkin berbeza dengan penghidap asma yang lain. Namun, ada beberapa faktor yang boleh diambil kira menjadi penyumbang utamanya :
  • Bulu binatang
  • Perubahan cuaca
  • Debua @ habuk
  • Senaman
  • Merokok & asap rokok
  • Debunga
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Makanan @ buah-buahan tertentu
  • Tekanan perasaan
  • Ubat-ubatan tertentu

Petanda
  • Batuk
  • Sukar bernafas
  • Dada rasa tegang
  • Nafas berbunyi

Rawatan




  • Inhaler kortikosteroid seperti flutkasone, budesonide, beclomethasone dan mometasone
  • Ubat-ubatan hendaklah sentiasa dibawa kemana saja
  • Elak daripada menghisap rokok dan menghidu asap rokok
  • Jangan melakukan kerja-kerja berat dan meletihkan
  • Berwaspada dengan setiap makanan yang diambil.

Perlu berjumpa doktor sekiranya

  • Sukar bernafas walaupun aktiviti ringan
  • Pernafasan semakin teruk walaupun langkah perubatan telah diambil.
  • Perlu menyedut bronchodilator lebih daripada biasa.
  • Kerap terjaga malam kerana serangan asma.



















Kebaikan Susu Kambing



Ramai yang menolak untuk minum susu kambing kononnya mempunyai bau yang kurang menyenangkan tanpa khasiat yang tersirat. Sebenarnya susu kambing mempunyai kelebihan berbanding susu-susu dari sumber yang lain. Antara kebaikannya adalah :

1. Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

2. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.

3. Tak menyebabkan alahan.

4. Membantu sistem penghadaman.

5. Menguatkan jisim tubuh yang sihat seperti tulang, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.

6. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.

7. Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

8. Merawat kencing manis.

9. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.

10. Merawat masalah gastrik.

11. Merawat sakit jantung dan darah tinggi.

12. Mengubati migrain.

13. Merawat kulit.


Penyebab Gusi Hitam



Antara punca utama gusi menjadi hitam adalah disebabkan oleh wujudnya sejenis pigmen yang dikenali sebagai melanin. Faktor bangsa dikenal pasti sebagai antara penyebab utamanya. Namun ia bergantung kepada pendedahan terhadap cahaya matahari. Seseorang yang aktif terlibat dengan aktiviti luaran juga dikatakan mudah mendapat gusi hitam.

Sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan keadaan tersebut. Antaranya ialah penyakit Addison, sindrom peutz jegehers dan von Recklinghausen. Selain tu, gusi juga akan menjadi hitam kerana kurangnya penjagaan terhadap kebersihan mulut, merokok dan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi minocycline, antimalarial dan tricyclic.

Gula-gula lollipop




 Lollipop merupakan sejenis manisan atau gula-gula yang mempunyai pemegang plastik kecil. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kepingan gula-gula yang dihasilkan dari gula yang dicairkan bersama perasa dan pewarna.

Untuk menghasilkan lollipop, gula pasir diperlukan. Proses menghasilkannya bermula dengan memasukkan gula tersebut ke dalam air dan dipanaskan di atas api dengan kepanasan sederhana. Ia kemudian dikacau secara berterusan bagi menggalakkan ia menjadi hangit.

Selepas itu, pewarna dan perasa dicampurkan ke dalam sebatian tersebut. Selepas ia mencapai suhu 300 darjah celcius, yang dikenali sebagai 'hard crack', sebatian tersebut dituang ke atas bekas acuan. Akhir sekali, batang plastik dicucuk ke atasnya lalu terhasillah lollipop.

Ailurophobia : Ketakutan kepada kucing




Ailurophobia merupakan sejenis ketakutan atau fobia yang spesifik terhadap kucing. Menurut definisi kajian perubatan ia dikenali sebagai ketakutan berterusan yang tidak normal terhadap kucing. Walaupun diyakinkan oleh individu ketiga tentang keselematan mereka, namun ketakutan tersebut berterusan.

Seseorang yang mengalami sindrom tersebut akan mengalami sesak nafas, berpeluh dengan banyak, menggeletar ketakutan dan tidak mampu berfikir dengan normal jika bertembung dengan kucing. Malah, di dalam sesetengah kes yang ekstrem, penghidapnya akan mengalami simptom tersebut dengan hanya membayangkan kewujudan kucing di dalam minda.


Ailurophobia biasanya boleh terjadi disebabkan oleh pengalaman menakutkan bersama kucing seperti pernah dicakar ataupun dicederakan oleh kucing ketika kecil.

Apa itu Gastrik


Permukaan perut terhakis menyebabkan ulser terjadi.

Gastrik merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada tekanan, rangsangan dan tindakbalas bahan kimia daripada makanan, ubat dan jangkitan bakteria. Ia menyebabkan permukaan perut menjadi bengkak. Keadaan tersebut terjadi kerana hasil tindak balas kimia yang menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut manusia mempunyai sejenis rembesan asid untuk proses pencernaan makanan. Apabila permukaan peurt terhakis, asid tersebut akan menghakis permukaan perut dan menyebabkan ulser. Antara punca yang menyumbang kepada gastrik adalah merokok, minuman beralkohol, stress, kegagalan buah pinggang dan bahan kimia seperti steroid.

Bulan : Satelit semulajadi Bumi



Bulan digelar sebagai satelit bumi kerana ia mengelilingi atau mengorbit bumi secara semula jadi. Bulan yang mempunyai saiz lebih kecil dari bumi merupakan satu-satunya satelit semula jadi bumi dan yang kelima terbesar di dalam sistem solar.

Bulan mempunyai fungsi yang amat besar kepada ekosistem, cuaca dan graviti yang diperlukan oleh kita di bumi. Ia mempunyai orbit tetap dan mengelilingi bumi selama lebih kurang 24 jam, lantas mewujudkan sistem masa yang digunakan oleh kita semua. Kejadian pasang surut air laut juga dipengaruhi oleh bulan.

Griffin Makhluk Mitos



Griffin atau dikenali sebagai griffon dan gryphon merupakan makhluk mitos yang memiliki badan seperti singa dan berkepala burung helang. Ia mewakili kekuatan singa yang dianggap sebagai raja haiwan daratan dan burung helang sebagai raja udara.

Di dalam budaya Greek, Griffin dianggap sebagai makhluk yang sangat kuat dan suci. Ia juga dianggap sebagai raja segala haiwan. Ia merupakan makhluk yang menjaga harta dan barangan berharga. Kini, Griffin digunakan di dalam bidang kesenian dan arkitek sebagai simbol kegagahan dan keberanian.

Gunung Santubong



Gunung Santubong merupakan sebuah gunung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuching, Sarawak. Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang berbaring.

Menurut kisah lagendanya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 orang sepupu yang berasal dari kayangan. Mereka telah turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan antara 2 buah kampung. Sebelum turun ke bumi, mereka berdua dipesan supaya tidak bergaduh sesama sendiri. Jika mereka melanggar pantang tersebut, maka mereka akan terkena sumpahan dan terus kekal berada di bumi.



Kemunculan Putera Serapi dari Matang telah menimbulkan rasa iri hati apabila mereka berdua jatuh cinta kepada putera tersebut. Perasaan iri hati kemudian bertukar menjadi dendam hingga menyebabkan pergaduhan. Sumpahan kayangan akhirnya menjadikan Puteri Santubong sebagai Gunung Santubong dan Puteri Sejinjang sebagai Pualu Kera.



Hadiah dari Karangkraf

Salam,

Bawah ni ada photo hadiah contest dari Karangkraf yang paling latest dapat, exactly kontest tu berlangsung dalam Disember 2011, tapi maybe pemprosesan hadiah dari pihak penaja, tu yg antor lambat skit tu..by the way thanks to Karangkraf sudi pilih saya sebagai pemenang..Usaha, usaha dan usaha, tu je saya nak cakap kepada anda semua yang suka join contest/peraduan nih..

JANGAN PUTUS ASA k?

Kotak ni besar la gak, di hantar guna Pos Malaysia..



Dalam kotak besar di atas adalah menda ni..

Barangan-barangan dari filem Alvin & The Chipmunks, ada beg sandang, patung, bekas pensil, pen, sticker..
Untuk, makluman semua, saya memang suka join contest-contest nih, sejak dari sekolah menengah lagi, dan Alhamdulillah la, orang kata kalo kita rajin berusaha, pasti ada hasilnya..ada la dapat sikit-sikit hadiah, Insyaallah saya akan still join mana-mana contest selagi mampu berbuat demikian,

kepada sesiapa nak tips camner nak senang dapat hadiah dari contest, email je saya k? Syedzack[at]gmail.com, saya sedia membantu :)

Surau di Space U8 memang TERBAEK!!

Yerp, sesiapa yang pernah masuk ke surau di shopping complex SPACE U8 mesti akan bersetuju dengan tajuk posting kali ni..belum pernah saya tengok surau yang secantik dan seindah ni di mana-mana pusat membeli-belah di Malaysia..tak kira la Berjaya Times Square ke, Mid Valley ke, Suria KLCC ke, mahupun di Pavillion Kuala Lumpur. 

Saya mengagumi rekaan dan konsep surau si SPACE U8 nih, saya mmg tabik spring la kepada pereka dia, nak semayang pun hati tenang jea, memang puas hati, rasa xmau keluar plak..meh layan gambar :)

Ruang solat yang luas dan selesa
Ada air terjun kecil di sebelah ruang semayang
Kaligrafi khat yang besar
Tempat ambil wudhu, chantek..siap ada batu2 sungai lagi..sungguh nyaman dan sejukkk

Pembayaran ke-16 dari microWorkers

Anda rajin, anda dapat hasilnya..tak kira la pekerjaan apa pun, kalo kita tekun dan rajin berusaha, pasti kerja kita tu takkan sia-sia..begitu juga halnya kisah saya dan microWorkers nih, setelah sekian lama bersama ngan microWorkers, mereka masih lagi membayar saya sebagai pekerja mereka, kali ni yang ke-16!

Thanks microWorkers! :)

 Payment ke-16 daripada microWorkers :) Thx dude!


Hari terakhir bergelar pelatih

Alhamdulillah setelah 3 tahun dalam KTMP sebagai seorang pelatih, tanggal 1 Jun 2012 merupakan satu tarikh penting dalam hidup ini. Setelah bersusah-payah dan menghadapi segala cabaran untuk menamatkan kursus diploma selama 3 tahun di KTMP, akhirnya berakhir pada tarikh ini..

Rasa sedih dan hiba ada la gak sebab dah 3 tahun pakai uniform putih..2 tahun di kolej dan 1 tahun di hospital(praktikal). Selepas ini kerja hanya pakai kemeja+sluar slack je la, dalam lab pakai lab coat..

Terima kasih uniformku kerana berkhidmat dengan jayanya selama 3 tahun..
nak bagi junior pun segan sebab dah kuning, :p


Lain-lain artikel yang best!