Sunday, January 31, 2016

Gambar Amy Search sewaktu kecil


Berikut adalah gambar Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Amy Search sewaktu kecil. Comel kan beliau? Naik beskal lagi..

Tuesday, January 19, 2016

Hutan Lipur Lentang

Salam semua,

nak bercerita ni, memang feveret den mandi air terjun, air dia sejuk dan hutan sekeliling pun mendamaikan. Hujung minggu kalau takda aktiviti memang akan pergi berjalan. Kali ni nak berjalan ke Hutan Lipur Lentang. Hutan lipur ni senang je nak pegi, xyah masuk kedalam sangat. Dia tepi highway LPT je.

Kalau korang dari Gombak tu, memang dekat la..dapat berendam sambil dengar bunyi air jatuh memang mendamaikan. Sangat disyorkan sapa2 yang stress keje tu mandi air terjun. Pasti hilang segala tekanan perasaan dan stress anda tu.



Mandi sambil makan lagi 'heaven' boh..

Monday, January 18, 2016

Senarai punca-punca suami isteri bercerai


Berikut merupakan punca-punca remeh yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga di Malaysia nih.


Sila klik gambar untuk besarkan.

Bandar Country Homes, Rawang


Bandar Country Homes, Rawang terletak di hujung-hujung Rawang. Disinilah terletak rumah sewa aku, di Pangsapuri Las Palmas.Dekat 3 tahun lebih aku menyewa di sana. Sebenarnya sewa bilik jea..

Selepas isteri dapat kuarters di Hospital Shah Alam. maka aku pun berpindah..kenangan di Bandar Country Homes, Rawang tak dapat aku lupakan. Best di sini..tak jem, Aeon Anggun di belakang jea..dekat je..pasar malam setiap Khamis dan Ahad.

Nasi Kak Wok

Pernahkah korang makan nasi kak wok? Dengar kata asal usul nasi ni datang dari Kelantan. Tak pasti lak aku dari mana datangnya. Rasanya Kelantan la kot kan? Yang pastinya nasi dia simple jea, nasi putih+ayam goreng panas+kuah kari+sambal belacan.

Bila aku tgk kedai yang jual nasi ni, sentiasa penuh dan abis. Aku rasa kekuatan nasi ni terletak pada ayam goreng dia yang rangup dan panas tu. Kalau dah sejuk mesti tak sedap. Ianya wajib di makan panas-panas barulah sedap.

Jom layan sikit gambar dia..slurrppp~

Zizan Razak ada kembar!

Ramai yang tak menyangka Zizan Razak ada kembar, aku pun tak percaya, ingatan dorang main-main. Rupanya betol! Kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah ni!!















Hahahahaha, kembar lain mak lain bapak

Kuey Teow basah beserta udang lobster!

Sebenarnya aku x leh makan seafood, nanti area mulut aku akan rasa gatal-gatal..gambar kat bawah ni di send ke wassap aku, nampak sedap kan? Udang dia mak aih, besar penumbuk..aku tak tau lokasi mana nih, kalo korang tau, kongsi-kongsi la yea..


Perihal keropok lekor

Keropok lekor, hurm..sedap di makan panas-panas..
Keropok lekor kesedapannya terletak pada sosnya, tu pada pandangan aku la..
kalau sos cili dia sedap, bermakna sedap la keropok lekor tersebut..manakala kalo sos cili dia tak sedap, tak sedap la keropok lekor tersebut..

Keropok lekor ni sedap di makan ketika lapar petang-petang dengan air teh panas, superb!


Saturday, January 16, 2016

Jom derma darah

Tahukah anda saya ni takut kat jarum suatu ketika dulu? Bila nampak jarum nak derma darah lagi la takut, cam nak pengsan pun ada. Tapi apa yang anda perlukan hanya menghadapi ketakutan anda buat kali pertama. Bila ketakutan anda buat kali pertama tu berjaya diharungi, nescaya anda pasti nak lagi..

Haha, tu la perasaan aku dulu first time nak derma darah, takuuttttt, tapi bila dah buat sekali..baru rasa dia punya 'feel'..best siot, rasa cam korang dah berbakti pada negara, lagipun darah korang bukannya habis, nanti badan kita akan ganti balik..sapa yang tak pernah derma darah lagi tu, cuba lah..jangan takut..

Sebaiknya dari muda kita derma darah, setiap 3 bulan sekali, kumpulkan rekod kat buku rekod derma darah yang warna merah tu. lagi banyak lagi bagus..Jom ramai-ramai derma darah.


Belangkas, sedap ke tak?

Korang pernah makan belangkas x? Dia ada daging ker? Ada kata telur dia sedap..bagi aku, tak pernah la makan..tengok pun cam mengerikan je nak makan..


Prepare Dinner sendiri

Bila bini kerja malam2 nih, terpaksa la siapkan makan malam sendiri, daging lembu burger dari Ramly memang sedap, masak pakai minyak planta, pergh..lazat..

Kalo boleh nak kurangkan nasi malam2 nih..


Hadiah dari Karangkraf : Barangan Silky Girl


Alhamdulillah,

Hadiah daripada Karangkraf, Majalah Dara.com berupa barangan Silky Girl..





Thursday, January 7, 2016

Keyboard Warrior

Keyboard warrior ada di mana-mana sahaja..Hakikatnya mereka seumpama di dalam gambar di bawah ni..