Sunday, November 30, 2025

Hari pertama DIsember 2025

Salam semua..

Cepat betul masa berlalu, tup tap tup tap dah bulan terakhir Disember 2025. Bulan depan dah Januari 2026. Tahun yang akan menyaksikan umur aku akan berubah dari pangkal '3' ke nombor '4'. Ya tuan-tuan, tahun 2026 bakal menyaksikan umur aku berganjak ke umur 40. Tak sangka dah tua dah aku ni..jiwa macam 25 lagi..

Hari ni aku EL disebabkan anak aku yang kedua tu tak berapa sihat..awal pagi lagi badannya panas. So aku decide nak gunakan cuti aku yang berbaki 4 hari lagi pada bulan Disember ni. Tinggal la 3 hari lagi untuk aku bercuti..mungkin aku akan gunakan lagi 2 hari cuti aku dan tinggalkan 1 hari untuk tahun depan..

Macam biasa la, bulan 12 ni akan busy dengan anak-anak. Separuh masa kita hanyalah untuk layan dorang. Mandi, basuh berak, pakai baju, makan, jalan-jalan.. Kalau boleh aku nak tambah lagi 2 orang anak, tapi bini aku dah bising..katanya 2 orang pun dah kelam kabut..

Saturday, November 29, 2025

Duit dari Shopback

Salam guys,

Cuma nak berkongsi duit dari Shopback. Duit ni dari pembelian aku di Shopee dan booking hotel di Booking.com. Jikalau korang rajin membeli di Shopee, aku sarankan korang join shopback, setiap kali korang membeli tu, ada sedikit komisen untuk korang dari Shopback. Ibarat cam korang menyimpan syiling dalam tabung la, bila dah banyak korang leh cashout cam aku ni la..

 

Ni gambar Julai 2025 aritu, punya la busy hujung November baru upload kat sini..video kat bawah ni aku kongsikan cara-cara nak keluarkan duit dari Shopback ni..tapi ni video 5 tahun lepas, sekarang mungkin berbeza sikit cara pengeluarannya..


Tuesday, November 25, 2025

Gambar aku 6 tahun @ Tadika

Bersama-sama dengan post ini, aku sertakan sekali gambar ketika aku 6 tahun @ berada di tadika di Petaling Jaya, Selangor. Cuba teka di mana aku? banyak kenangan gambar ni..Terima kasih juga mak ayah aku menghantar aku ke tadika ini. masih aku ingat nama-nama kawan-kawan aku kat gambar ni tapi bukan semua la..Saja upload sini takut2 ilang plak dari hard disk.. Gambar ini telah aku upgrade dengan Gemini. 



Gambar original kat bawah ni..resolusi dia agak rendah..bila korang tgk gambar original, korang boleh tgk beza antara ori dan yang di upgrade, tambah2 kat bahagian muka..bila gemini cuba nak naikkan taraf gambar yang kabur kepada clear..so ada muka-muka yang berubah sikit..