Lagi gambar Iman Asyraf. Gambar simpan sini untuk kenang-kenangan.
DuitDariOnline - Internet yang sungguh SUPERB!
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Tuesday, December 9, 2025
Monday, December 8, 2025
Saturday, December 6, 2025
Gambar Rumah kampungku Di Bota Kanan
Ini adalah gambar rumah kampung belah ayah aku di Bota Kanan, Perak. gambar dirakamkan menggunakan DJI Spark.
Laptopku : Acer nitro 5
Ini lah gambar laptop aku yang aku beli pada harga RM2500 sekitar tahun 2019. Pernah sekali rosak..iaitu windows terasa begitu lembab dan slow..rupanya hard disk HDD problem..Masalah selesai apabila hard disk HDD yang rosak terah diganti dengan SSD yang super laju..
Kemudian speaker dia pun pecah..sekarang ni pun screen dia dah flcikering dan ada cam bayang2 hitam di setiap penjuru screen. Aku sekarang pun pakai external screen iaitu 24 inch HP screen bagi mengganti fungsi screen asal laptop ni yang nampaknya semakin kerussakkan.
Dah dekat 7 tahun aku guna laptop ni, terasa betul-betul berbaloi memakainya..hampir setiap hari aku akan menggunakannya untuk edit video youtube, blogging, layan youtube, surf website dan berbagai-bagai lagi kegunaannya..Aku ni jenis sayang benda, segala yang aku beli tu, aku harapkan akan gunakan sebaik mungkin dan sehabis mungkin..baru terasa bebaloi dengan duit yang aku bayar tu..
Tuesday, December 2, 2025
Dapat iPad dari TM untuk ikat kontrak Internet 3 tahun.
So, haritu ada customer service TM call aku untuk sambung contract unifi lagi 3 tahun..sebelum ni ada call jugak untuk sambung contract, tapi tak dapat apa2 hadiah atau voucher..so bila kali kedua call, dia kata dapat TV Sharp 43 inchi atau iPad jika aku sambung contract unifi lagi 3 tahun..
So, aku bersetuju untuk sambung contract..aku pilih iPad..aku tak pilih TV disebabkan anak2 aku masih kecil, dan aku taknak frust lagi bila balik kerja, dapat tahu TV pecah..dia call aku tu pada 20 Novenber 2025. So, dia dah ubah aku punya no account, tambah itu, ini.. 28 November 2025 dorang dah start hantar hadiah kat aku menerusi syarikat parcel Line Clear.
So, 2 Disember 2025 dorang buat delivery ke alamat yang aku beri. Kali ni mereka memang call dan ajak jumpa face to face la..xda la cam parcel2 cam sekarang hanya tangkap gambar sebagai bukti penerimaan. Syarikat Line Clear ni memang khas kena jumpa customer TM dan bagi hadiah by hand.
Aku sememangnya, kalau beli gajet akan beli yang sekenhen..jarang amat aku beli yang baru. Bila dapat iPad ni, fuhhh, terasa agak excited nak unboxing..By the way, aku dah rakam dah video, dalam masa terdekat ni aku upload la kat channel 'DuitDariOnline' yea..
Kan bagus next time, TM bagi iPhone pulak..bagi aku sekarang ni handphone lagi penting sebab memang hari-hari kita kena gunakan handphone dalam hidup seharian kita. iPad ni bukan xleh guna, tapi leceh la sebab dia besarrrr..
Ok la guys, setakat itulah saja aku nak membebel..dah malam ni, moh tido
Sunday, November 30, 2025
Hari pertama DIsember 2025
Salam semua..
Cepat betul masa berlalu, tup tap tup tap dah bulan terakhir Disember 2025. Bulan depan dah Januari 2026. Tahun yang akan menyaksikan umur aku akan berubah dari pangkal '3' ke nombor '4'. Ya tuan-tuan, tahun 2026 bakal menyaksikan umur aku berganjak ke umur 40. Tak sangka dah tua dah aku ni..jiwa macam 25 lagi..
Hari ni aku EL disebabkan anak aku yang kedua tu tak berapa sihat..awal pagi lagi badannya panas. So aku decide nak gunakan cuti aku yang berbaki 4 hari lagi pada bulan Disember ni. Tinggal la 3 hari lagi untuk aku bercuti..mungkin aku akan gunakan lagi 2 hari cuti aku dan tinggalkan 1 hari untuk tahun depan..
Macam biasa la, bulan 12 ni akan busy dengan anak-anak. Separuh masa kita hanyalah untuk layan dorang. Mandi, basuh berak, pakai baju, makan, jalan-jalan.. Kalau boleh aku nak tambah lagi 2 orang anak, tapi bini aku dah bising..katanya 2 orang pun dah kelam kabut..
Saturday, November 29, 2025
Duit dari Shopback
Salam guys,
Cuma nak berkongsi duit dari Shopback. Duit ni dari pembelian aku di Shopee dan booking hotel di Booking.com. Jikalau korang rajin membeli di Shopee, aku sarankan korang join shopback, setiap kali korang membeli tu, ada sedikit komisen untuk korang dari Shopback. Ibarat cam korang menyimpan syiling dalam tabung la, bila dah banyak korang leh cashout cam aku ni la..
Ni gambar Julai 2025 aritu, punya la busy hujung November baru upload kat sini..video kat bawah ni aku kongsikan cara-cara nak keluarkan duit dari Shopback ni..tapi ni video 5 tahun lepas, sekarang mungkin berbeza sikit cara pengeluarannya..
Tuesday, November 25, 2025
Gambar aku 6 tahun @ Tadika
Bersama-sama dengan post ini, aku sertakan sekali gambar ketika aku 6 tahun @ berada di tadika di Petaling Jaya, Selangor. Cuba teka di mana aku? banyak kenangan gambar ni..Terima kasih juga mak ayah aku menghantar aku ke tadika ini. masih aku ingat nama-nama kawan-kawan aku kat gambar ni tapi bukan semua la..Saja upload sini takut2 ilang plak dari hard disk.. Gambar ini telah aku upgrade dengan Gemini.
Gambar original kat bawah ni..resolusi dia agak rendah..bila korang tgk gambar original, korang boleh tgk beza antara ori dan yang di upgrade, tambah2 kat bahagian muka..bila gemini cuba nak naikkan taraf gambar yang kabur kepada clear..so ada muka-muka yang berubah sikit..































