Ini lah gambar laptop aku yang aku beli pada harga RM2500 sekitar tahun 2019. Pernah sekali rosak..iaitu windows terasa begitu lembab dan slow..rupanya hard disk HDD problem..Masalah selesai apabila hard disk HDD yang rosak terah diganti dengan SSD yang super laju..
Kemudian speaker dia pun pecah..sekarang ni pun screen dia dah flcikering dan ada cam bayang2 hitam di setiap penjuru screen. Aku sekarang pun pakai external screen iaitu 24 inch HP screen bagi mengganti fungsi screen asal laptop ni yang nampaknya semakin kerussakkan.
Dah dekat 7 tahun aku guna laptop ni, terasa betul-betul berbaloi memakainya..hampir setiap hari aku akan menggunakannya untuk edit video youtube, blogging, layan youtube, surf website dan berbagai-bagai lagi kegunaannya..Aku ni jenis sayang benda, segala yang aku beli tu, aku harapkan akan gunakan sebaik mungkin dan sehabis mungkin..baru terasa bebaloi dengan duit yang aku bayar tu..
