Sunday, November 15, 2026

Nak pindah rumah

 

Salam semua, sekarang dah 15 November 2026 dah..untuk pengetahuan korang, aku kena pindah dari kuarters Hospital Shah Alam ni. So, 1 Januari 2027 aku dah kena 100% keluar dari kuarters ni..rasa sayang nak tinggalkan kuarters ni sebab dah dekat 11-12 tahun aku tinggal sini..

2 tahun pertama aku tinggal di kuarters ni, aku kerja di KK Kuang..korang bayangkanlah jauhnya dari Shah Alam ke Kuang. Aku naik motor gerak seawal 6.30 pagi dan akan sampai di KK Kuang pada pukul 7.30 pagi. Klinik buka 8.00 pagi, so 30 minit tu aku akan lelap kejap di rumah lepak pemandu. Begitu lah jadual seharian aku 2 tahun pertama tinggal di Kuarters Hospital Shah Alam. 

Bila aku tahu, aku dapat pindah kerja dari Kk Kuang ke Hospital Shah Alam pada September 2017, betapa gembiranya hati aku..mana taknya, boleh jimat masa pergi dan balik kerja sebanyak 2 jam sehari. Aku pun tak perlu bangun seawal 6.00 pagi untuk pergi kerja..kat kuarters ni bangun pukul 7.30 pagi pun masih sempat pergi kerja on time..

Sekarang ni masih sibuk mengemas rumah..banyaknya barang weh..penat rasa..paling banyak baju dan seluar la..berkoyan-koyan beg plastik dah aku bungkus..tu pun masih banyak balance dia..harap-harap sempat la sebelum bulan 12 ni..harap 80% barang dah dibawa ke U12.. 

Ok guys, nak sambung mengemas..salam :) 

Tuesday, September 29, 2026

Video shorts kena delete

Sedih rasa aku nak cerita..sebanyak 12 video shorts aku di channel 'DuitDariOnline' telah didelete oleh anak aku yang first, Zaim..tak tahu nak ceritakan bagaimana dia punya sedih tu, ibarat dicurangi oleh kekasih pulak rasanya..

Aku tak heran sangat pasal video tu, sebab ada copy backup..cuma masa tu, ko bayangkan lah video sejak 5 September habis di deletenya..habis segala view, earning sekali hilang, nasib baik dia dah tido weh..kalau tak memang aku pelupuh blakang dia dengan penyangkut baju..

Dia dah darjah 2 weh, dia dah paham apa aku cakap..aku cakap "kau boleh main henfon papa, tapi janganlah sampai delete video papa"..sebelum tu takda pun aku marah2 dia ka, bila tengok kat youtube studio, lompang video shorts aku dari 5 Sept sampai 23 Sept.. 

Sebelum ni dah banyak henfon di jahanamkan oleh dia..Dia rendam dalam mesin basuh, dia baling sampai pecah cermin lcd, tak tahu la nak cakap apa..nasib baik la bini aku tenangkan..kalau tak, aish..tak tahu la apa nak jadi 

 

Monday, August 3, 2026

Pertukaran dompet

Salam semua,

Akhirnya aku tukar jua dompet aku yang uzur..Aku beli dompet ni sekitar tahun 2015/2016 di sebuah shopping complex di Sungai Buloh iaitu SB Mall. Brand Kickers memang tahan wei..aku beli pun dalam RM50 jea...dekat 10 tahun pakai, memang berbaloi..

Dompet aku yang baru ni brand Playboy aku beli kat shopee je dengan harga RM20..clearance punya sale.. 

Dompet baru Playboy di kiri dan dompet lama aku Kickers di belah kanan.

Dompet Playboy aku beli RM20 je kat Shopee

Teruk habis kondisi dompet lama aku ni..

Saturday, July 4, 2026

Malay Campong

Poskad memaparkan pemandangan sebuah kampung melayu zaman dahulukala..



Gambar asal


Saturday, June 13, 2026

Kereta kena kapit di Pulau Pinang

Satu kejadian yang terjadi di Pulau Pinang semasa aku nak makan di Restoran Hameediyah. Aku pi parking la kat line kuning, tapi aku ingat parking pada hari Ahad, pihak PBT takda la buat kerja..jangkaan aku silap sebab pada hari Ahad pun dorang ada kerja cari mangsa..

Cumanya kejadian ni berlaku dah lama la, berlaku pada 20 September 2015 hari Ahad. So, aku kena call nombor yang terdapat pada kertas yang diselitkan kat wiper aku. Selepas dalam 10 minit muncul 2 orang pekerja PBT tadi. 1 sen pun takda diskaun eh..bayar kat situ jugak RM50..ibarat bakar duit je RM50..dem btol

Kalendar yang menunjukkan 20hb tu hari Ahad


Menang USD0.50 dari Adprize Neobux

Salam semua,

Dah lama rasanya tak menang sesuatu dari Adprize Neobux ni, tapi Alhamdulillah aritu dapat la USD0.50..haha, takda la banyak..tapi boleh la buat pembakar semangat nak hari-hari klik di Neobux..





Monday, May 25, 2026

Jom tulis eBook di KLIKJER

Salam geng, korang minat tulis buku tak? Takpun tulis eBuku? Jom aku kenalkan korang dengan laman web KLIKJER. Di KLIKJER korang leh jual eBuku korang dengan lebih cepat dan meluas..nak tahu lebih lanjut? KLIK jer gambar di bawah ni :


Selain korang boleh dapat duit daripada menulis ebook, korang boleh juga menjana pendapatan dengan program affliates, iaitu tolong menjual ebuku yang terdapat di dalam laman web KLIKJER..lagi info dalam video kat bawah ni :



Sunday, May 24, 2026

Zaim ketika umur 4 tahun

Gambar Zaim yang di ambil pada tahun 2022 menggunakan drone DJI SPARK. Simpan sini buat kenang-kenangan.

 


 

Thursday, May 21, 2026

Potongan Gaji Pertama Untuk Loan Rumah

Pada tarikh 21 Mei 2026 merupakan hari bersejarah gak la untuk aku, buat kali pertamanya gaji aku akan dipotong untuk loan rumah. Korang tahu tak untuk berapa tahun?? 35 tahun..korang bayangkan la sekarang umur aku 40 tahun. Lagi 35 tahun umur aku 75 tahun. Entah ada lagi ke tidak..

Kalau diikutkan hati aku, memang taknak beli rumah, nak menyewa je sampai mati..tapi apakan daya untuk masa depan anak-anak aku.. 


 

Tuesday, May 12, 2026

Gambar pertandingan bola sepak di Kuala Lumpur 1903

Gambar dorang main bola sepak macam kat dataran merdeka tahun 1903. Aku pun tak wujud lagi tahun tu. Tianic pun masih belum langgar iceberg lagi.

 


Gambar original

 

Pasar orang dulu-dulu

Gambar tempat orang meniaga dulu-dulu..



Raja-Raja Melayu tahun 1890

Perbincangan Rombongan Raja-Raja Melayu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ke Singapura pada tahun 27 Mac 1890. Rombongan ini terdiri dari : 1. Sultan Sir Abdul Samad Raja Abdullah - Sultan Selangor 2. Raja Muda Selangor@Tengku Alam Shah@Tengku Alaeddin Sulaiman Raja Musa 3. Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Raja Bendahara Alang Iskandar Teja - Sultan Perak. 4. Tuanku Sir Muhammad Shah Tuanku Antah - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 5. Tengku Mahkota Pahang@Tengku Mahmud Shah Sultan Ahmad.


Gambar original

Gambar lama Kuantan tahun 1950

Gambar lama Bandar Kuantan dalam tahun 1950. Sila klik gambar untuk besarkan.