Saturday, December 25, 2021

Pembayaran ke-4 dan ke-5 dari Youtube

 

 Alhamdulillah,

 



Pembayaran gaji ke-4 dan ke-5 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..

Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..

Salam..

Sunday, October 24, 2021

Pengasuh kaki kencing..

 Salam semua,

 


Untuk topik hari ni nak cakap tentang pengasuh..hidup aku agak bz sejak seminggu dua ni disebabkan sikap pengasuh anak aku yang suka mengulat dan bercuti. Seminggu hanya 4 hari je hantar kat dia..itu pun nak mintak cuti lagi..ambil vaksin la, join rewang pengantin la, atok kat kampung sakit la..macam2 alasan lagi..

Aku mula sedar perangai pengasuh ni sejak anak pertama lagi..sejak 3 tahun yang lalu..macam2 alasan dia bagi nak bercuti..ada sekali tu dia kena covid, sampai 3 minggu cuti, kami hantar anak seminggu je..kami bagi gaji macam biasa, dan dia ambil tanpa serba-salah yang dia hanya bekerja seminggu..cuba rasa bersalah sikit, bila di hulur gaji full, cakap camni "takpe la, akak jaga seminggu je, akak amik RM100 je erk" sejuk sikit hati aku ngan bini aku..ini tidak, diambil macam takda apa-apa berlaku..

Kemuncaknya berlaku minggu lepas, bila kerajaan umum boleh rentas negeri. Si pengasuh ni boleh senyap2 balik kampung pada hari Sabtu tanpa memberitahu bini aku. Dia hanya msg bini aku pada Ahad malam yang mengatakan dia akan balik besok. Selepas itu bini aku pun msg la balas dan call..tapi tak berbalas dan berangkat msg dan call tersebut. Rupa-rupanya si pengasuh tu nak sambung cuti sampai hari Selasa iaitu cuti Maulidur Rasul sedangkan aku dan bini aku bekerja pada hari Isnin dan Selasa. Terpaksa la menghantar anak ke rumah sedara mara. Sejak kejadian tu, aku dan bini aku pun nekad dah taknak antar pada pengasuh tu lagi dan cari pengasuh baru..

Moral of the story nya di sini kawan2..janganlah kita selalu 'ceplos' dalam melakukan sesuatu perkara/pekerjaan/amanah yang ditugaskan kepada kita..jgn main2 dan hendaklah selalu fokus dan berusaha keras dalam melakukan amanah yang diberi..



Thursday, September 2, 2021

Edit gambar Siti Nurhaliza ketika muda remaja

Salam semua..

di kesempatan masa yang ada, aku cuba edit gambar Siti Nurhaliza semasa beliau masih di sekolah. Sila klik pada gambar untuk besarkan..


Gambar asal


 

Gambar yang telah aku edit..

Proses mengedit : https://youtu.be/E7iTdAPpjAU


Pembayaran Gaji Youtuber ke-3

 Alhamdulillah,

 


Pembayaran gaji ke-3 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..

Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..

Salam..

Tuesday, August 24, 2021

Scammer Live FB Bundle

Salam semua,

Saja nak share maklumat scammer live FB..dia menyamar sebagai seller. Dia akan mesej kepada pembeli yang lock/beli barang dari seller yang jual live di FB menyatakan perlu membayar sekian-sekian amaun barang yang telah berjaya dilock/dibeli oleh pembeli. Diharapkan tiada yang akan discam.

Detail scammer :

No Akaun Maybank : 161284122269 - Mohamad Zakaria

No telefon tak perlu aku tulis kerana scammer ni akan tukar2 no lain untuk memerangkap mangsa...

Ni bukti screenshot mesej scammer yang dihantar kepada pembeli :






  


Saturday, July 24, 2021

Youtuber Mukbang terlalu ramai!

Salam guys..

 


harini nak bercerita sikit tentang youtuber mukbang/ASMR..ala yang makan2 tu cam Isaac Osman atau SYEDOT ASMR..bg aku memang senang buat video makan2 ni..

tetapi..terlalu ramai youtuber pemula yang buat video pasal makan2 ni..senang buat video, tapi agak susah nak celen yang senior2 ni..youtuber pemula yang pilih niche makan2 ni kena buat suatu idea yang fresh..cam Kate Yup ke..lain dari yang lain..

Aku masih lagi support youtuber2 pemula ni, terutama youtuber yang subs dia bawah 1000..sekiranya dah capai 1k subs, mungkin kurang sikit aku nya support tu.., tapi tu la, video mereka kena 'outstanding' baru orang ingat..nak capai 1k subs mungkin senang, tapi 4k jam tayang tu yang paling challenge..

tapi rezeki masing2 kan..usaha tangga kejayaan..

Wednesday, July 7, 2021

Gaji Youtube..

Alhamdulillah..

nampaknya usaha aku untuk bangunkan channel youtube berbaloi walaupun kena tunggu lama sikit untuk monetize..untuk pengetahuan korang, aku start upload video yang pertama aku pada Januari 2020..dan start monetize pada Disember 2020..

Dan first time dapat gaji adalah pada bulan March 2021 yang lalu dan gaji kedua pada Julai 2021..untuk pengetahuan korang lagi, youtube akan start hantar payment pada 21hb-22hb setiap bulan, dan kita akan dapat duit dalam tempoh 15 hari bekerja selepas google hantar payment.. 

Payment pertama..

Payment kedua

Bagi aku buat duit dari Youtube ni lagi senang daripada adsense di laman web..sebab bila orang tgk video kita, ada ads yang tak dapat skip..so, duit still masuk..manakala laman web pula, visitor kena klik iklan untuk kita dapat duit..selagi visitor tak klik iklan, kita takkan dapat duit..dulu aku pernah buat adsense laman web, memang lambat duit nak naik..

Sekarang, dalam sebulan boleh dapat USD50, hanya maintain masukkan video seminggu sekali je..senang kan? Jom jadi youtuber guys..

Wednesday, May 5, 2021

2K Subsribers

 Alhamdullillah guys,

 


Youtube Duit Dari Online dah mencecah 2000 subscribers pada 5 Mei 2021, lagi seminggu nak Hari Raya Aidilfitri..bukan senang channel bukan hiburan nak capai 2K subscribers..terima kasih kepada supporter2 sekalian..jasa kalian juga tidak aku lupakan dengan view dan like video2 youtube pemula yang lain..

Terima kasih banyak2 guys..