Friday, December 1, 2023

Jumaat yang memenatkan

Salam semua,

Cuma nak bagitau, semalam 1 Disember 2023 merupakan Jumaat yang memenatkan bagi aku. Seawal pagi pukul 7 pagi aku dah bangun, disebabkan bini aku masuk kerja pukul 7, oleh yang demikian dia terus pergi kerja tanpa menyiapkan 2 orang anak aku. Pukul 7 pagi tu aku kena bangun dan kena bangunkan kedua-dua anak aku, mandikan dorang dan pakaikan dorang baju. 

Selepas dorang pakai baju, aku bagi dua-dua orang tu tgk Youtube untuk mengelakkan dorang bergaduh dan selerakkan barang sementara aku pulak mandi. Selepas tu aku pun anta dorang ke pengasuh dan taska. Selepas tu aku pun masuk kerja..bos ajak meeting pukul 9 pagi, tapi tak jadi sebab takda beberapa staff, so dia tunda pukul 3 petang.

Pukul 9.30 pagi aku keluar la ke Restoran Nasi Kandar Saddam untuk breakfast. Aku breakfast makan nasi sebab tengahari nanti ada jamuan kat lab aku sempena Deepavali dan majlis perpisahan 3 staff lab aku iaitu Puan Yus, Tharmini dan Quek. Sebab tu kena makan awal, nanti time jamuan, takda la kenyang sangat.

Selepas kenyang aku pun balik la lab sambung buat kerja. Nasib baik la ada student budak degree dari UiTM bernama Afifah yang tolong aku run sample..kurang la sikit penat aku. dalam pada masa yang sama, aku dikejutkan dengan mengatakan aku kena 'lunch call'. Disebabkan awal bulan, so jadual lunch call bulan Disember tak keluar lagi..hanya diketahui pada pagi tu sahaja. Aku dah la rancang selepas jamuan aku nak balik tido disebabkan kepenatan. Penat semalam pun tak hilang lagi, so ingat tengahari tu nak tido sampai dari kul 12 ke pukul 3 petang..terpaksa la aku ponteng solat Jumaat sebab kalau aku pergi, takut terlelap dan takut orang pandang-pandang plak.

So, pada pukul 11.00 ke 11.30 pagi tu aku bersiap sedia la, sebab aku kena baca doa kat jamuan tu. Ada gak staff yang dah balik awal sebab ada hal yang kena selesaikan. Biasa kalau pukul 11.45 - 12 tghari tu aku dah chow dah. Ni sebab ada jamuan, aku terpaksa tunggu..Jamuan start pukul 11.45 pagi, dan selepas beberapa ucapan, dan nangis2, aku pun baca doa dan selepas tu kita makan2..

Disebabkan nasi beriani ayam tu dah siap bungkus, so senang sikit la perjalanan majlis, orang just amek bungkusan makanan dan cari tempat untuk makan. Aku pun sama, selepas amek bungkusan makanan, aku tinggalkan majlis untuk buat lunch call di lab aku la. Time tu dah pukul 12.20 tghari. Ni nak citer, boleh pulak mesin depan buat hal, probe dilution tertusuk ke atas petutup tiub. Dah tak leh run mesin depan, hanya boleh run mesin belakang.

Engineer datang pada pukul 2.45 petang. Dia nak ajar aku sebab hanya ada aku sorang di lab masa tu, tiba-tiba Akma datang dan beberapa staff yang lain pun datang nak belajar cara tukar probe. Selepas tukar probe, pukul 3 petang datang la Puan Arzu untuk buat meeting. Aku yang mengantuk tu pun terpaksa la kuatkan diri untuk hadir meeting tu selama sejam aku berdiri. Owh, lupa plak nak bagitau, aku makan nasi yang siap bungkus tadi pukul 2.30 petang.

Pukul 4 petang berakhir la meeting dan aku pun sambung kerja analisis air kencing. Masuk Disember aku masuk tempat baru iaitu analisis air kencing. Sebelum tu pada bulan Oktober dan November aku berada di HbA1c. Selepas buat beberapa sampel air kencing, pada pukul 4.10 petang datang pulak U32 aku yang baru tak sampai sebulan pindah ke lab aku, dia datang ajak nak suruh aku tolong angkat barang. Ko bayangkan dah pukul 4, time orang dah prepare nak balik dia boleh plak suruh kita ni angkat barang. Incas angkat barang, si Riduan dah keluar pi amek anak dia, sebab dia 'short call'. Aku pulak yang kena jadi 'kambing hitam'.

Aku kena tolong dia angkat barang 2 tempat ye..dalam bilik 'cold room' dan stor barang. Nano dan Riduan mengelak untuk tolong angkat barang dengan alasan ada kerja nak di buat. Ye la, dah dekat pukul 5, orang malas la buat kerja dan dah siap-siap nak balik..Boleh pulak si U32 ni datang secara huru-hara suruh angkat barang. Habis angkat barang tepat pukul 5.02 petang. Lagi sekali aku geram sebab biasa aku balik awal dalam pukul 4.55 petang dan akan thumb print pukul 6 petang ke atas sebab sambil2 ambik anak aku dari taska, so aku akan thumb keluar agak lewat. Alhamdulillah takda komplen lagi dari bos besar setakat ni.

Aku balik dengan keadaan kepenatan ya amat. Nasib baik tak puasa atau 'short call' Kalau tak aku dah pengsan..balik dari tempat kerja pulak bini aku ajak pi I-City, ke Padini secara lebih tepat sebab nak healing beli baju. Aku pun turutkan la, selepas amek si Zaim dari taska, kitaorang tros ke I-City..bagi anak aku main kat 'The Parenthood', dekat kul 9 malam baru balik. Aku tak cakap apa dah, lepas mandi aku tros baring dan tido. Aku dah pesan awal2 dah kat bini aku supaya uruskan kedua-dua anak aku sebab aku penat sangat. Nasib baik dia OK dan buat segala kerja..aku pun tido zZzZzZz..

Aku menulis ni pada pagi 2 Disember 2023 pukul 8 pagi. Kedua-dua anak aku dah pun bangun.. petang ni pulak aku kena kerja overtime dari pukul 2 petang ke 9 malam. Nasib baik la pagi ni aku boleh rehat sikit, ni pun rasa badan macam nak demam. Ada batuk sikit2..aku terus telan 2 bijik panadol..

Ok itulah saja coretan aku untuk kali ni, rajin aku coretkan untuk tatapan di masa hadapan..untuk mengimbau kenangan betapa penatnya aku selama 1 hari menguruskan hal di tempat kerja dan juga di rumah. Assalamualaikum

Thursday, September 28, 2023

Sebulan tidak post content di Youtube


Ya, hampir sebulan aku tak post video di Youtube. Memang bz gile la kehidupan aku ni.. Balik je lepas bercuti di Melaka selama 4 hari 3 malam aritu, jadual aku jadi packed gile. Aritu baru la mari mood lepas post video "short" labah-labah kat cermin kete aku..baru la kerajinan tu datang balik.

Aku menulis ni pun kat tempat kerja. Ada masa sample tak banyak, aku start tulis apa yang aku nak tulis. Kat rumah tak boleh sebab anak2 aku ada je mangacau..selain tu ada je nak dikemaskan kat rumah tu..iron baju kerja, basuh baju yang bertimbun-timbun tu, sapu sampah, buang sampah, beli keperluan rumah dan anak-anak..

Peringatan la untuk si bujang-bujang di luar sana nun..hidup bujang anda masih lagi banyak masa, anda dah kawen pun sama, tapi bila dah ada anak..maka masa anda pun semakin berkurangan untuk melakukan hobi, keluar memancing, main playstation, main game kat cyber cafe, main dota..haishhh, itu la kehidupan sebenarnya..dugaan sewaktu kita nak meneruskan kehidupan kita..samada anda nak stay di kehidupan lama, atau ikut flow kehidupan biasa..

Okay la, lagi sejam nak habis kerja..kul 9 malam, masa untuk kemas2 meja dan habiskan sample2 yang baru sampai..sehingga kita jumpa lagi, salam

Sunday, September 24, 2023

4 Hari 3 Malam di Melaka..

 Alhamdulillah..

Berjaya juga aku dan bini aku bercuti..biasa 3 hari 2 malam je, ni kita lajak sikit satu malam lagi jadi 4 hari 3 malam..15 September 2023 hari Jumaat hingga 18 September 2023 hari Isnin. Pada 15 September tu aku ngan bini aku bekerja seperti biasa pada sebelah paginya, dan pada sebelah petang, aku minta "Off Petang" bermula pada pukul 2.00 ptg ke 5.00 ptg. Waktu rehat pada hari Jumaat adalah dari jam 12.15 tghari ke 2.45 ptg.

 Target aku adalah bertolak sebelum pukul 5 ptg. Tercapai juga, tapi bila masuk highway pada pukul 4.45ptg, highway dah pun jem..sampai la susur keluar ke KLIA baru jalan kembali tak jem dan bergerak lancar.

 

Bergambar di hadapan Muzium Penjara Malaysia

Cuaca tak menyebelahi kitaorang sebab panas terik lip lap wehh..kul 9 pagi je matahari dah memancar terang. Sangat la tidak sesuai untuk badan seperti aku ni sebab kuat berpeluh. Baru pergi satu destinasi je, badan aku dah berkicap weh..memang tak kena tul la bila cuaca begini..so lepas je melawat satu destinasi, biasanya aku akan makan lepas tu balik hotel untuk tido dan mandi. Bila badan aku berkicap je, aku selalu bertanyakan pada bini aku samada badan aku berbau ke tak..sebab aku ni sensitif sikit tang bau badan ni..ada la pengalaman silam..panjang cite nya, ada masa nanti aku citekan..

 

Air kelapa + laici dan coconut shake yang aku beli dekat2 area mekdi dataran Pahlawan. Coconut shake dia kureeeeng sikit rasa dia manakala air kelapa + laici memang sedappppppppp..2-2 item ni harga dia RM5 setiap satu..tak dapat dah nak harga RM3-4 sekarang ni.

 

Sepanjang 4 hari 3 malam ni, aku menginap di 3 hotel berlainan. Sebabnya aku nak buat konten untuk video youtube aku, dan nak rasa kepelbagaian tido di hotel yang berbeza. Semua hotel tu aku book di booking.com sebab boleh dpt sikit RM bila pakai app cashback yang merupakan partner untuk booking.com. Kalau harga hotel RM100, boleh dapat balik duit dalam 6% iaitu RM6 dan masuk wallet cashback kita. 

Hotel pertama yang aku book adalah Hotel Hallmark View, kedua hotel Mio Boutique dan yang ketiga Hotel Sentral. Hotel Hallmark ni ada tiga iaitu Hallmark Crown, Halmark Leisure dan yang ketiga Hallmark View. Setakat ni aku dah duduk kat Hallmark Crown dan View, dua-dua harga bawah RM100 dan pengalaman aku memang best weeehhh, tak maacam hotel bajet, harga hotel bajet tapi dalaman dia cam hotel RM150-RM200. Cukup puas hati..

Hotel kedua aku iaitu Hotel Mio Boutique. Ni aku rasa hotel baru..lokasi dia kat rumah2 kedai..yang ni lagi best..bayangkan sebelah kanan dia 99 Speedmart, sebelah kiri dia 7 Eleven. memang senang la weh nak cari kudap-kudapan. Hujung kedai tu pulak ada kedai mamak, kedai nasi kandar dn makanan2 lain cam nasi ayam penyet. Fuhh, memang best sini semua lengkap. Masalah dia cuma satu, iaitu parking. Parking susah sikit nak dapat terutama sebelah siang hari. dan majlis perbandaran akan saman pada kereta yang takda kupon kereta. Dorang cuti hari Isnin dan Selasa saja..hehe dorang pun tau hari Ahad memang ramai pelancong dari luar, masa ni la dorang nak pulun..kalau ikut logik akal hari Ahad adalah hari cuti. Aku pun pernah kena clam tayar kat Penang sebab parking di kawasan larangan tepi jalan pada hari Ahad.. ye hari Ahad, majlis perbandaran keje ye, kita ingatkan cuti.

Hotel ketiga yang aku duduk adalah Hotel Sentral City Centre. Hotel Sentral ni ada 2 erk kat bandaraya Melaka ni, satu Hotel Sentral City Centre dan satu lagi adalah Hotel Sentral Riverview. 2-2 sama je kompeni dia..aku pilih hotel ni pun sebab dia antara yang termurah yang ada breakfast dan kolam renang. Aku cuma bayar RM99 je untuk hotel ni.. aku rasa sebab murah sebab aku booking pada Hari Ahad dan besoknya hari kerja iaitu Isnin. Kalau aku booking pada hari Sabtu dan besok Ahad, aku pasti harganya akan sedikit tinggi dalam RM140-RM180.

Seronok aku rasakan pada petang hari Ahad di Melaka. Kereta dah tak banyak! Ye..kereta atau laluan trafik sekitar Bandar Hilir pun dah tak jem. Ini bermakna pelancong dan orang luar yang bercuti di Melaka dah mula balik. kiranya kau nak makan pun senang, nak cari paking kosong kat area Menara Taming Sari pun senang, banyak kosong..nak makan pun tak ramai orang dan yang paling penting tak perlu beratur panjang. Sebab tu dulu sebelum aku ada anak, aku dan isteri aku akan merancang percutian kitaorang, iaitu kitaorang akan pergi bercuti start hari Ahad. Tak kisah la 3 hari 2 malam ke, 4 hari 3 malam ke, kitaorang akan gerak Ahad pagi atau tengahari. Sebabnya cam gini la, seronok sebab tak perlu hadap jem, harga hotel akan jadi lebih murah, restoran pun tak ramai orang.

Masa kitaorang baru2 kawen dulu, kitaorang selalu gerak cuti hari Ahad kat Genting Highland. Korang tau tak harga hotel First World sekitar tahun 2016 dulu? huhu, hanya RM56 semalam..ye btol..tapi kena booking hari weekdays la, weekend harga jadi mahal...seronok weh, RM56 je..walaupun takda ekon, ko bukak je tingkap, angin sejukk akan menusuk masuk ke bilik..

Hahaha, mesti korang pelik, banyak pulak yang aku tulis ni..Hehe, sebenarnya aku tulis ni sambil kerja..sampel di lab ni tak berapa banyak, so aku ada banyak masa nak karang post ni..Kalau la nak karang post cenggini kat umah, memang tak la..anak2 aku sentiasa masuk dan mengacau aku mengarang..ada je yang dorang nak, susu la, keropok la, biskut la, layan dorang lama2 aku mengantuk lupa terus nak update blog ni..

Aku tulis blog waktu kerja 2 ptg- 9 malam di lab sambil di temani oleh Iced White Coffee Kaw oleh Pak Li Kopitiam.

Sunday, May 28, 2023

Kayap

Salam semua..

Aku perasan ada sekumpulan macam jerawat di kening belah kiri mata si Zaim apabila aku mengambilnya dari Taska pada 25 Mei 2023 hari Khamis. Aku ingatkan ada member dia la yang cakar..puas jugak la tanya si Zaim sapa yang cakar...memang di tak jawab la..terpinga-pinga

Besoknya aku perasan dah keluar macam gelembung-gelumbung kecil di kawasan kemerahan tadi. Peristiwa ni aku pernah kena pada kaki sebelah kiri di mana dia keluar gelembung-gelembung air dan semakin membesar sehinggakan air tu pecah dan keluar sendiri membasahi seluar..aku sendiri pada masa itu tak jumpa doktor, aku ingatkan infeksi kuman ke apa, baru teringat itu mungkin sejenis kayap.

Gambar ni aku rakamkan pada pagi Jumaat 26 Mei 2023 sewaktu nak hantar Zaim ke taska.

Aku mula sedikit risau bila tengok benda tu semakin merah2. Pada sebelah petangnya bini aku mengajak aku ke Klinik Kem Rimba untuk tanya doktor apakah menatangnya pada kulit Zaim tu. Bila doktor tengok, doktor cakap Zaim kena kayap. Tak tahu jenis apa..doktor cakap kayap je..dan di beri cuti kuarantin kepada ibu bapa yang menjaga selama 5 hari sehingga Selasa 30 Mei 2023.

Memandangkan 2 rakan sekerja aku cuti seminggu. Memang aku tak dapat cuti lah..boleh cuti cuma takut bos bising..tak pe la, aku bagi bini aku cuti..sapa tak nak cuti kuarantin kan? cuti tanpa rekod tu..Sehingga post ni di tulis, kayap si Zaim alhamdulillah dah mengering dan kulit2 mati mula tanggal. Insyallah beliau akan di hantar ke taska pada hari Selasa 30 Mei 2023.

Gambar di rakam pada Sabtu petang 27 Mei 2023.

Gambar kayap ular ni aku rakamkan pada tahun 2010. Kayap ni kena kat salah seorang member aku. Memang geli la weh tgk..gelembung-gelembung air tu..


Saturday, May 20, 2023

Busy

Salam semua..

Memang aku busy gile dowh..korang boleh tgk la sendiri..ni post pertama tahun 2023..series la memang busy gile..priority yang pertama yang paling banyak ambil masa aku adalah kerja aku, kemudian anak-anak aku 2 orang, dan seterusnya bini aku..

Jadual seharian aku adalah mengejutkan anak-anak aku dari tidur dan ajak dorang mandi, seterusnya mengenakan pakaian dan sikat2 rambut..kemudian dalam pukul 7.20-7-40 pagi pulak aku mandi dan pakai baju keje..seterusnya punch card dan hantar anak pertama aku ke tadika little caliph..Hari-hari aku masuk lambat ke tempat kerja dalam pukul 8.15-8.20 pagi..bos dah mula bising2 suruh berada tepat pukul 8 pagi di tempat kerja..sekarang ni susah sikit sebab aku terpaksa antar anak pertama aku tu..

Aku menulis ni pun aku buat sebab bawak laptop ke tempat kerja, aku takut nak log-in akaun aku kat pc tempat kerja, takut kena hack pulak..video youtube pun dah lama aku tak upload dan edit..fuhh, memang orang kata time ni la aku ada duit, ada tenaga tapi takda masa..demmm

Batuk aku ni pun masih tak hilang-hilang, sudah berbotol-botol ubat batuk aku telan dan gula-gula strepsil aku kemam, gatal di tekak ni masih tak hilang-hilang..dok tang tu jugakkk, adoi la, kadang2 tu sampai termuntah-muntah di buatnya tambah2 lepas makan..batuk teruk ni start bila kena covid awal tahun 2021 aritu..nak pergi jumpa doktor malas, pelbagai prosedur aku kena tempuh kalau jumpa doktor, amek kahak la, x-ray la..adoi, mau seharian habis masa di hospital saje..

Gini la kehidupan seharian aku, 8pg - 5ptg di tempat kerja.