Saturday, November 30, 2013

Gokey Mini 4WD Spin Cobra

Salam all,

nak citer keter mini 4wd aku yang baru, namanya SPIN COBRA dari brand GOKEY....model ni model lama xsama cam model yang dikeluarkan gokey sekarang..model sekarang kurang berkualiti sikit berbanding keluaran gokey yang dulu..

Brand gokey dulu kualiti kotak, lukisan depan agak cantik berbanding box mini 4wd keluaran gokey yang terbaru..beratnya pun kita leh beza, keluaran dulu agak berat berbanding keluaran sekarang, mungkin disebabkan kualiti plastik dan tayar. Keluaran dulu guna tayar getah warna itam tu, manakala keluaran sekarang guna tayar span.

meh usha gambar dulu..










Proto Saber JB AULDEY

Proto Saber JB mini 4wd daripada brand AULDEY..brand yang terbaik selepas TAMIYA..









Saturday, November 23, 2013

Cluster Gundam Brand BENDI dari China

Minggu lepas aku beli gundam buatan China berharga RM15 jea, harga yang murah untuk gundam sebesar nih..kalo jenama BANDAI harga mau ratus-ratus nih..

tapi cam biasa la kualiti cam cipan sikit, plastik dia rapuh dan mudah patah..kena hati-hati sewaktu pasang...aku pasang pun dah patah itu, patah ini, nasib baik ada gam lilin, senang nak lekat balik bahagian yang patah..







Monday, November 11, 2013

Apa itu PREAUTH SALE SHELL

Salam semua,

harini nak menulis tentang apa itu PREAUTH SALE..



ceritanya disini, saya mempunyai KAD DEBIT MAYBANK yang ada gambar cherry tu, sebelum ni nak isi minyak pakai duit jea, nak dijadikan cerita, nak isi minyak di SHELL, dalam dompet ada RM10 je, lagipun kaunter nak bayar jauh..terdetik di hati nak pakai kad debit MAYBANK..

so, pertama sekali masukkan kad BONUSLINK, bila dah approved baru masukkan kad debit, selepas approve isilah minyak RM19.99..kita tak leh nak set baper kita nak isi melainkan kita pegi kaunter.

Dah isi minyak so balik la, keesokkan harinya pi ATM nak cucuk duit, tengok belen cam dah banyak kurang, pe lagi balik je tros bukak MAYBANK2U..tgk kat transaction history ada ni :


so terkejut la jugak tgk, rasanya aritu rasanya ada guna kad debit utk isi minyak, tapi RM19.99 je, apsal kena tolak sampai RM200!!?? Rasa geram la plak nak call Maybank tanya apehal, tapi pe-pe hal pun kena search tenet dulu sebelum buat pe2..

Rupa-rupanya ada gak yang buat post pasal PREAUTH SALE nih...rupanya RM200 ditolak dari akaun bank kita dan AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA SELEPAS 2-3 BEKERJA..so, rasa senang sket ati nih..kalo x memang menyesal la mengada-ngada nak pakai kad debit utk bayar minyak..

so, sapa-sapa yang mengalami apa yang saya alami nih, harap bersabar sementara duit kita 'dipinjam'..xper janji dapat balik..jgn tak dapat balik dah la yea..banyak tu RM200, leh bwat makan 2 minggu..huhu

Friday, November 8, 2013

Nasi Goreng Minang : Takana Juo

Salam semua..

just nak share tempat makan murah dan jimatttt kat Kampung Baru..tempat ni memang aku selalu pegi lepas kelas dulu..maklumlah hidup student duit kena berjimat-cermat, so nak makan kena la pilih tempat yang murah kan?

Harga nasi goreng kat sini memang murah dan yang pasti BANYAK! Kuantiti nasi dia memang banyak wa cakap lu, saya yang kuat makan ni pun termengah-mengah nak habiskannya..kalo yang sikit makan tu leh kongsi bertiga..

Harga memang jimat RM3.00, dan yang pasti sup dia sedapppp woooo..sup dia cam rasa sup bakso, tapi memang sedap kalo makan ngan nasik goreng tersebut..


Friday, November 1, 2013

McDonalds Chicken McRIB

McDonalds Chicken McRIB..hurm, so delicious..terutamanya kalo ada orang yang belanja..haha

Air Terjun Lubuk Yu, Maran, Pahang Darul Makmur

Air Terjun Lubuk Yu, Maran, Pahang Darul Makmur.








Mesin untuk Ujian "Full Blood Count"

Gambar di bawah menunjukkan mesin analyzer untuk mengira sel-sel darah manusia..biasanya terdapat di makmal-makmal perubatan di klinik ataupun hospital..


Mesin-mesin di Makmal

Mesin-mesin yang biasanya berada di makmal..