Monday, October 22, 2018

Game

Game..

aku maksudkan game komputer..sejak dua menjak ni dah addicted balik ngan game online iaitu Ragnarok Online..maka berjam-jam akan di habiskan depan pc untuk main game nih..

tak tahu mengapa aku addicted ngan game nih..ingat dulu masa form 4/5, sanggup naik basikal stengah jam semata-mata nak main game nih, time tu rate cc tu RM3 bagi 2 jam, so sanggup datang dari jauh..

masih segar di ingatan apabila abang cc tu tak bagi aku masuk sebab aku pakai seluar hijau sekolah..punyalah sakit hati, nak balik rumah jauh..

Mungkin game ni macam kehidupan kita yang sebenar, semakin lama kita main semakin tinggi level dan semakin banyak 'harta' kita..bagi yang tak tahu, saya ni jenis pengumpul barang, apa-apa barang saya suka kumpul, tak kira la setem ke, duit syiling ke, kasut ke, baju ke..rasa puas sangat bila dpt tgk barang kita dah banyak..

Game Ragnarok Online

Harap lepas ada anak ni, saya akan kurangkan buat menda-menda 'lagha' ni..doakan saya yea..

Friday, September 28, 2018

Pembayaran ke-27 daripada microWorkers


Pembayaran ke-27 daripada microWorkers. Hanya mengambil masa kurang daripada 24 jam lepas request dari microWorkers terus ke PayPal. Ternyata microWorkers adalah laman web yang terbaek untuk jana duit di internet. Anda rajin, banyak la duit anda..

Pembayaran ke-27 daripada microWorkers

Payout pertama tahun 2018. Tenyata tahun ni saya takda la rajin sangat..penat badan ni buat 'ot'..nak buat kerja online tak dapat la, balik je dari keje atau 'ot', terus lelap..

Berbeza zaman student dulu, boleh dikatakan setiap bulan atau sebulan setengah skali cashout..dulu banyak masa, lagipun badan tak la penat sangat..so lepas abis kelas tros bukak microworkers cari kerja2 simple yang boleh dibuat.


Daripada PayPal tros saya withdraw ke maybank.. pun mengambil masa kurang 24 jam..PayPal amek fees Rm3 je..dapat la RM90++ jadi la buat belanja makan isteri dan saya..hehe

Monday, September 17, 2018

Sabar


Sabar..

Perkataannya cukup ringkas cuma 5 patah perkataan..tapi bukan semua orang mampu bersabar.. Aku nak tekankan di sini sabar dalam berpasangan..Seriously, jika anda nak berpasangan, apa yang penting adalah sikap sabar..

Tambah jika anda lelaki dan pasangan anda tu perempuan..anda paham2 sendiri la orang perempuan ni, ada hari dia ok, ada hari time dia "lambang merah", time tu emosi dia terganggu..pasal tak teman dia makan pun boleh jadi gaduh besar..

Sebab tu dalam Islam, lelaki ada kuasa menjatuhkan talak..kalau la dapat kat tangan perempuan, rasanya 90% orang yang berkahwin akan bercerai dalam masa terdekat..tu andaian aku je la..jgn amek serious ye kaum wanita..

Kaum lelaki pun kena sentiasa bersabar dengan karenah pasangan mereka, jauhkan sikap panas baran dan buat keputusan dalam keadaan marah. Ini boleh menjejaskan perhubungan. Aku bila tengah marah, aku akan berdiam..so bila pasangan aku tahu aku diam tu, dia tau la aku tengah marah..aku amik masa sikit nak 'cool down'..begitu juga pasangan aku, time dia marah kita diam jea, biar dia lepas semua kemarahan dia..time mood dia dah ok, kita pun sembanglah balik..


Wednesday, September 12, 2018

Waktu Lapang sebelum Waktu sibuk


Baru dapat menulis..

semalam tak sempat pun tulis atau update apa2 kat blog mahupun forum..sibuk betol semalam dengan kerja..bila aku renungkan, btol la apa yang disebut manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara...

Harini ada masa terluang aku manfaatkan dengan menulis blog ni..Biasanya kita ni bila dah terjadi baru berfikir..kalau tak terjadi kita tak amek pusing pun..ingatlah wahai kawan2 ku..kita kena manfaatkan apa saja yang kita lakukan sekarang nih..

contohnya berbakti kepada orang tua sewaktu mereka sihat @ ada lagi kat muka bumi ni..bila mereka dah tiada..dah takda gunanya kita menyesal..

ok la kawan2..ada kerja sikit, ada masa aku tulis lagi..

Saturday, September 8, 2018

Tajuk di akhbar Harian Metro


Cuba korang tengok tajuk berita setiap akhbar di atas..apa yang pelik? Aha..si harian metro tu la, semua berita cakap anjing tu cuba selamatkan bayi tu, si harian metroll ni plak cakap anjing tu plak nak makan bayi tu..jauh menyimpang btol tajuknya..

sebab tu la aku kurang nak baca paper..dulu Utusan Malaysia, sebelum BN jatuh, punya la berat sebelah..isk3

macam-macam hal

Perempuan zaman sekarang


Salam semua, aritu dapat gambar atas ni dari wassap..aku gelakkan je sebab ianya realiti..contohnya kita boleh tgk kawan2 kita kat facebook..yang tak boleh blah tu bila dah jadi janda dorang ni kebanyakkan melawa balik..dok selfie lepas tu upload kat media sosial..

kita jadi pelik sebab sebelum tu takda pun aktif dalam media sosial..lepas jadi janda secara automatik kaum hawa ni dah pandai berhias balik..haha

Lagi satu aku pelik yang dah ada laki nih..dok mekap tebal2 pastu selfie, share kat media sosial..what the heckk???!! apa motif weh..aku rasa ko xda jual produk kecantikan..macam xda motif plak ko nak tayang muka ko..ko dah ada laki la..respect la sikit dia tu..ko buat onar dia yang tanggung dosa kau..

Sunday, September 2, 2018

Sakit Gigi

Korang pernah sakit gigi tak? Gigi aku ni macam rutin plak lepas satu-satu dia berlubang dan sakit..buat pengetahuan korang aku dah 2 kali cabut gigi geraham sebab berlobang dan super sakit..

pernah 1 malam tu sampai tak tidur aku dibuatnya..tu la salah aku sendiri pegi usik gigi yang sakit tu..mula2 kumur air garam, x berhasil..last2 amek ragum cuba nak cabut sendiri gigi tu! Gila la..memang sakit sangat sampai aku tergamak nak cabut sendiri gigi pakai ragum..! Gigi tak tercabut, makin sakit lagi ada la..

Tak boleh tidur tu sampai pukul 5.30 pagi mak aku pun terkejut aku tak tidur lagi..pengalaman sungguh..yang terbaru ni baru semalam jadi..asalnya tengah gogok gigi..tergosok gigi yang berlobang tu(geraham kiri bawah). Dari pagi sampai ke malam sakitnya..mula2 sakit, lepas tu ada redanya..pastu sakit balik..dah la pagi tu kerja sampai pukul 2.00 ptg.

Last2 aku balik telan panadol 2 bijik pastu tampal koyok kat bawah telinga kiri..tros aku lelap dari pukul 9.30 malam sampai la besok pagi..tak tahu la bila akan berakhir seksaan ini..takkan nak cabut lagi gigi ni? lama2 takda gigi dah aku..utk makluman korang aku penah tampal gigi kat klinik swasta kena RM170. Tak sampai 4 bulan tampalan dia tu tercabut..sakitnya hati weh

Sakitnya gigi yang berlubang ni ibarat sakitnya hati bila putus cinta T.T


Monday, August 27, 2018

Aku dan Microworkers


Microworkers..hampir 8 tahun aku mencari duit di laman web ini..ternyata ianya benar dan bukan lah scam..website ni pantas untuk di akses..Namun gitu, ianya semua bergantung pada mood aku, bila aku rajin aku buat tugas2 kat sana, kalau takda mood atau dalam keadaan malas, memang setahun sekali la baru cashout..macam tahun 2018 nih..

kalau korang bleh tgk jadual cashout aku kat bawah ni, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang gemilang bagi aku..memang time tu aku rajin sebab time tu aku student..student time tu ada elaun RM621.21 sebulan, tapi nak menampung kehidupan di tengah2 KL memang x cukup..masa belajar 8pg - 5 ptg. So dari 5 ptg sampai 8 pagi besoknya aku free..time tu la aku rajin buat task2 di microworkers ni..




Laman web microworkers ni konsepnya mudah, jika korang rajin memang korang berduit..kalo malas maka sebaliknya la..keje dia senang je, like video di youtube, retweet di twitter, sign-up jadi referral orang di sesebuah laman web, like video atau gambar kat Facebook dan sebagainya. Buat masa sekarang aku still buat microworkers ni selain Neobux. 2 program ni x payah kluar modal walau satu sen pun..susah dah nak cari duit di internet sekarang sebab ramai dah beralih pada Facebook dan Instagram. 

Lagi satu microworkers ni dah takda komisen untuk affliates, iaitu jadi referral la, macam MLM tu..dulu dia bayar USD1 untuk sorang yang kita kenalkan pada microworkers nih..sekarang takda lagi, mungkin ramai orang scam kot..buat akaun palsu..

Thursday, August 23, 2018

Jambatan Gantung Tertinggi di dunia


Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!

Serangga Terpanjang di dunia


Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.

Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba. 




International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!

Monday, August 20, 2018

Coretan Selasa

Bila dah masuk seksyen baru sejak awal Ogos lalu, aku dah banyak masa lapang kat tempat kerja..tu kalau korang perasan aku start balik blogging bulan Ogos nih..sekarang aku kat seksyen HBA1c, urin dan Osmolality..

Buat HBA1c hari Isnin, Rabu dan Jumaat..so hari Selasa dan Khamis aku cuma run mesin urin dan osmolality je, tu pun x lama lepas buat QC yang x sampai sejam tu, pastu aku freeeee....ye haaa, tapi November aku dah masuk seksyen baru dah, mesin Centaur dan Versacell..mesin yang paling banyak buat hal kat makmal Biokimia nih..

Inilah mesin UX-2000, mesin analisis air kencing

Duk kat lab ni kena banyak rotate kerja..so akan belajar kat semua seksyen..orang kata tengah banyak masa ni kena manfaatkan sebaik mungkin..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, lapang sebelum sibuk :)

Tuesday, August 14, 2018

Gambar makanan

Gambar makanan yang dikongsikan kat group facebook..sebelum aku delete, aku upload dulu kat sini sebagai kenangan..hehe
















Wajah baru

Setelah sekian lama blog ni tak berubah wajah..akhirnya harini aku decide untuk tukar imej blog aku nih..waktu senggang sewaktu kerja aku gunakan untuk tukar theme blog ni..

Sambil-sambil update blog ni, aku sempat usha beberapa blog lama yang dulu famous seantero Malaysia..lama dah rupanya dorang tak update..last update adalah pada tahun 2011,2014,2016..mungkin kewujudan apps seperti instagram dan facebook mengubah attitude orang untuk lebih nak update kehidupan mereka di apps terbabit..

Theme blog aku yang lama..dia punya kelebaran tu tak boleh lebar lagi..tu sebab utama aku tukar theme blog ni..

Rindu zaman-zaman dulu bila semua orang ada blog sendiri..semua hendak di update..kalau boleh setiap hari post di blog apa yang mereka buat..Selain tu best juga baca kisah kehidupan kawan-kawan kita di blog, ada yang boleh dibuat tauladan dan pengalaman..

Bagi aku, update blog ni ikut mood..macam bulan 8 ni la, ada mood nak update blog, aku skali transformasi semua..susah nnt kalau mood berubah, tros blog ni terbiar je..

Wednesday, August 1, 2018

Ceritera Udang Galah

Al-kisahnya bila ada member jual udang galah dengan harga seringgit seekor..nampak macam menarik..tapi apakan daya aku alah pada udang dan segala spesiesnya..bila makan sekitar mulut jadi gatal termasuklah lelangit mulut aku..

Maka niat nak membeli tu terus terbantut..








Post pertama tahun 2018



Akhirnya post pertama tahun 2018. Bukannya malas nak update blog..tapi bz dengan kerja hakiki dan kerja online..dari awal tahun haritu dok sibuk dengan youtube..edit video untuk adsense di youtube..last2 x approve adsense sebab banyak video ciplak aku cedok dari facebook..hahaha

so masa untuk berblog sudah menjadi semakin tipis..tambah-tambah bila dah berbini dan bakal menimang cahayamata sulung bulan 10 ni..doa2 kan la semuanya selamat..

Insyaallah ada masa lapang aku update balik blog ni dengan kehidupan online aku..