Tuesday, December 31, 2019

Selamat datang tahun 2020



Lebih kurang 6 jam lagi, 2019 bakal berakhir..
banyak kenangan tahun 2019 yang manis dan ada yang pahit..
tahun ini opah meninggalkan kami..
maka tiadalah serinya raya di kampung lagi..

Atuk pertama yang meninggal dunia adalah belah abah, pada tahun 1997..
kemudian disusuli dengan atuk belah mak, tak silap tahun 1999..
kemudian opah belah mak pada tahun 2015..
dan yang terakhir adalah opah belah abah pada tahun 2019..

Raya tahun 2020 pastinya tiada seri di kampung lagi..

Pabila semua orang tua(opah dan atuk)telah tiada..
hati sayu tak terkata..
mengenang kenangan dahulu kala..
meriah dengan saudara mara..
pada malam raya takbir bergema..

Saturday, November 2, 2019

Pesanan pertama di Shopee




Alhamdulillah..

Berjaya mendapat pesanan pertama di Shopee..
Rasa teruja dia macam first2 menjual secara online di Lelong.com.my 11 tahun yang dulu..
Walaupun pesanan pertama ni hanya berharga RM6, tapi cukup membuktikan Shopee ni boleh jadi lubuk duit online bagi online seller macam aku ni..

harap rezeki aku ada di Shopee memandangkan Lelong.com.my dah tak boleh cari makan..mungkin selepas ni nak tambah produk dan nak start jual kat Lazada pulak..

Wish me luck guys

Lawat kedai aku di Shopee : https://shopee.com.my/syedzack

Monday, October 21, 2019

Menjual di Shopee

Salam semua,

Pada tanggal 17 Oktober 2019 iaitu hari Khamis, telah menjadi satu sejarah bagi aku kerana mula menjual di Shopee. Setelah hampir 2 tahun jadi pembeli, akhirnya aku terpaksa mengikut trend terkini. Lelong.my dah tak releven lagi. Mereka pun mengenakan cas yang mahal untuk membuka stor. Manakala di Shopee tak perlu pun bukak stor bagai. Ada barang, tros boleh listing..sama macam mudah.my. Kaedah menjual secara lelong @ bid bukan trend sekarang. Dahulu ya, seronok bid barang dari harga RM1. Bayangkan laptop, TV dan kasut NIKE boleh di bid dari harga RM1. Seronoknya tidak terkata jika kita dapat menang bid dengan harga terendah.

Harga untuk membuka stor di Lelong.my. Gambar bertarikh 21 Oktober 2019

Dan paling penting listing di Shopee adalah ianya percuma. Cuma kalau nak bagi produk kita tu berada di atas setiap carian, kita perlulah bayar 'fees' sikit. Banyak sebenarnya kenangan bersama Lelong.my, dulunya dipanggil Lelong.com.my. Aku start jual di sini tahun 2008, masa tu umur aku 22 tahun. Dan pembeli pertama aku bernama Goh Kam Boon. Dia tinggal di Genting Highland. Rasa seronok sangat barang yang kita jual ada orang beli.

Begitulah aku bersama Lelong.my sehingga ke akhir tahun 2016/2017. Sales agak slow..mungkin persaingan dari mudah.my. Aku pun semakin sibuk dengan kerja. Lama-lama kelamaan aku tengok listing aku dah tak boleh post ke Lelong.my(Aku pakai auto-posting, iaitu selepas 10 hari dia akan listing sendiri, tak perlu kita nak relist selepas listing produk kita tu expired). Rupanya Lelong dah wajibkan sesiapa nak menjual di laman webnya, kena bukak stor. Adeh..tak pa la, mungkin 'jodoh' ku bersama Lelong.my dah berakhir di situ.

Itu saja lah coretan aku kali ni. Mata pun dah mengantuk walau baru pukul 11.00 malam. Itulah penangan orang kerja 8-5. Jaga anak lagi, hahaha.. ok, pesan aku..jika anda pengguna Shopee, jangan lupa follow kedai aku yea, thanks a lot kepada semua. Muahhh ciked!

Jangan lupa follow dan like listing saya ok? Terima kasih..

P/S : Pada sesiapa yang nak tambah ilmu dalam menjual di Shopee, boleh klik banner kat atas belah kanan tu(warna oren dengan gambar mamat bertopi coklat), mana tau sales anda boleh mencanak naik? Mana tahu kan..try la :)

Wednesday, August 7, 2019

Nasi Bujang



Nasi bujang..

Aku mula diperkenalkan dengan nasi bujang ni masa aku form 1..seorang kawan sekolah bernama Mizi belanja aku makan..dalam tahun 1999 harganya dalam RM1-RM1.50..sejak itu memori tu tak pernah luput dari ingatan..

dan pabila aku di Kolej pada tahun 2009-2012, menu ini lah yang selalu aku order..harga pada masa itu adalah dalam lingkungan RM2-RM2.50. Dengan bajet aku yang ketat, hanya RM10 untuk belanja makan sehari, harga nasi bujang ni amatlah berbaloi-baloi. Bagi aku rasa dia yang buat sedap tu datang dari telur dan sup ayam. Kalau dua2 ni rasanya cun, maka sedaplah Nasi bujang tersebut..


Friday, August 2, 2019

Nasi goreng cendawan ayam

Nasi goreng cendawan ayam, first time aku makan yang sedap bila aku sambung belajar di Kuala Lumpur. Ada satu tempat makan nama dia Mutiara Binjai yang terletak di Medan Selera Jalan Muda Abdul Aziz. Selain nasi bujang dia yang banyak, murah dan sedap, menu nasi goreng ni antara menu wajib bagi student2 macam aku ni, sebab dia jimat dan banyak..

Sekali makan tengahari kenyang sampai malam weh..

Selepas belajar dan dah kerja, aku selalu juga ke sini untuk makan menu ni, sambil2 derma darah kat PDN, aku singgah kejap ke mari untuk mengimbau kenangan..harga time tu tahun 2009-2012 dalam RM4.50 - RM5 bagi menu seperti di bawah ni..mungkin sekarang dah naik kot harga dia, maybe dalam RM6 - RM6.50. Ikut peredaran zaman la, barang mentah pun semakin mahal, so tak mungkin la harga dia sama seperti 7-8 tahun yang dulu..


Ayam goreng tu, dipotong kecil-kecil, kemudian dibubuh sos resepi istimewa yang lain dari yang lain. Serius, rasa dia memang unik, tak pernah jumpa kat mana-mana..memang tersendiri sedap dia..hanya kat sini je ada rasa sos yang sebegini sedap.


Apa yang aku harapkan, makcik pakcik yang berniaga kat sini sentiasa sihat walafiat seperti ibu bapaku juga..Aminnn

Gambar makanan

Gambar makanan untuk rujukan pada masa hadapan..hehe








Makanan di Rantau Panjang, Kelantan

Salam semua,

just nak share makanan aku ketika berkunjung ke pekan Rantau Panjang di Kelantan bulan Februari 2018. Seronok sebenarnya pergi tengok tempat orang..hampir kesemuanya berbeza, dari segi makanan, rumah, persekitaran dan cara orang berpakaian.

Ketika di pekan Rantau Panjang, sempat merasa makanan kebiasaan orang sini iaitu mee sup dan teh O panas..memang sedap..teh O panas dia pun memang kaw kaw..hahaha, memang manissss


Buah mangga ni sebagai pemanis mulut..mesti cuba ketika di Rantau Panjang..



Payment ke-28 dari microWorkers

Payment ke-28 dari microWorkers..
Alhamdulillah..walaupun tak banyak, tapi boleh la buat belanja bini makan..hehe
memang dah azam awal tahun 2019, nak cashout kat microWorkers ni 2 kali setahun..
harap2 aku rajin la yea..wish me luck

Sunday, July 7, 2019

Maggi goreng sedap

Nak habaq mai, aku makan maggi goreng kat satu restoran nih, memang sedap..harga berpatutan..cuma nasi putih ngan lauk2 dia tu kurenng sket, bagi aku kurang rasa la..kalau setakat nak kenyang tu boleh la, tapi masakan panas dia mantop, nasi goreng ka, mee goreng ka, roti canai ka, memang puas hati la..wifi pun laju




Ni gambar maggi goreng kat Restoran Nasi Kandar Pelita, harga mahal, rasa so-so, anggap lah dia sebagai gambar hiasan

Selamat tinggal Lelong.my

Nampaknya bolehlah aku mengucapkan selamat tinggal kepada laman web Lelong.my. Selama 11 tahun aku setia sebagai buyer dan seller di laman web tersebut, nampaknya hari ni baru aku tersedar yang posting untuk beberapa barangan yang aku jual, dah tak boleh kelihatan di laman web tu.

Ini disebabkan sekarang Lelong.my hanya membenarkan user yang ada 'seller stor' je yang boleh menjual, bukan lagi kepada user biasa seperti aku..nak jadi seller yang ada stor di Lelong.my bukan murah bhai.., bawah ni dia punya harga..berbaloi ke nak bukak stor kat Lelong.my lagi sedangkan laman web jualan online sekarang dah dimonopoli oleh Lazada, Shopee dan Mudah.my?



RM398 setahun? Hehe, kalau dulu-dulu boleh la, sekarang ramai seller dan buyer Lelong.my dah lari ke Lazada dan Shopee..orang pun pikir 2 kali nak bukak stor kat Lelong.my, tak silap aku dulu tahun 2008-2010 harga untuk bukak stor di Lelong.my hanya RM198 setahun, sekarang mendadak naik..perghh 2 kali ganda dowh~

Untuk makluman korang, Lelong.my dulu dikenali sebagai Lelong.com.my merupakan platform pertama aku menjual barang pada tahun 2008. Nama pembeli pertama pun aku masih ingat, Goh Kam Boon dari Genting Highland. Dia beli beberapa model diecast kapal terbang. Memori sungguh..Dulu-dulu aku takda la bukak stor pun, just topup RM20 sebulan/2 bulan sekali, bayaran untuk naikkan posting kita kat front page setiap kategori barang yang kita jual hanya RM1.50 untuk 10 hari.

Buat masa sekarang aku masih menjual di Mudah.my..itu pun sebagai free user hanya boleh list 6 barangan sahaja dalam 1-1 masa, tak lebih dari tu..kena ada 2-3 akaun lain kalau nak list banyak barang..Kat ebay Malaysia pun susah nak cari makan, dah try dulu jual kat sana, tapi macam krik2 jea..kat ebay US ada sikit la rezeki jual poskad, tapi tak banyak pun dapat..banyak ditelan PayPal..kita jual harga USD0.50, PayPal telan USD0.32 sebagai fees..punya la hanat perangai PayPal nih..tapi nak buat camner, dia yang berkuasa kat Ebay US nih..kita ni mentimun, ikut je la dia telan duit kita T.T

Hidup mesti diteruskan, aku ada bercadang nak menjual di Shopee, mungkin kena belajar dulu dalam sebulan dua ni ilmu2 pasal Shopee..wish me luck guys


Friday, July 5, 2019

Motorsikalku yang pertama

Salam semua,

kali ni nak bercerita mengenai motorsikalku yang pertama..ianya dibeli di sebuah kedai motor di Seksyen 20, Shah Alam dengan harga RM2600 hasil perkongsian aku dengan abahku..

Abahku beri RM1500, duit ku RM1100..maka keluarlah motorku..model Suzuki FX110 warna merah..dah tak berapa ingat tarikh keluarnya motor ini, hanya ingat beli masa aku semester ke-2 di Poli Shah Alam, tak silap aku dalam Jan ke Feb tahun 2005.

Bila pertama kali aku naik motor ni, berketar beb kedua-dua tangan aku bawak motor ni pulang ke rumah..time tu masih segar kat ingatan ni..owner sebelum ni tokey kedai kata orang tua yang pakai, tak tahu la, biasa tokey2 kedai ni suka 'kencing' orang, cakap sebelum ni owner orang tua la, orang perempuan la, low mileage la..

Tapi tak kesah la, janji motor ni banyak berjasa kat aku masa kat poli tahun 2005-2007, kerja kat Innofocus Electromed 2007-2009, dan semasa aku belajar di Kolej Teknologi Makmal Perubatan 2009-2012..

banyak jugak moto ni rosak, pertama kali masa nak balik dari poli, dekat jalan motor Lebuhraya Persekutuan, bila moto ni tiba2 x leh jalan dan berhenti, nasib baik ada seorang pakcik India yang tolong tunda pakai kaki ke Bengkel Ramesh Seksyen 20..

yang kedua dekat PJ, masa tu aku nak pergi tempat kerja abah, cam kejadian yang 1st la, tiba-tiba mati, nak kick start tak boleh..yang ni aku ingat lagi bila aku kena sorong motor pegi tempat kerja abah, punya la penat, peluh jgn cakap la..abis lenjun baju..bila aku kat tempat kerja abah, aku punya panik sampai terus masuk kilang cari abah guard kejar aku cakap 'awak tak boleh masuk sesuka hari'..pastu aku panggil abah cakap moto rosak, then dia bagi solution supaya aku sorong lagi motor kat bengkel atas bukit, dalam 500 meter gak la..adui, jauh beb

Dan yang paling besar rosaknya adalah pada tahun 2012, dalam bulan 10, awal bulan sebab aku ingat lagi yang aku pi kedai nak tukar minyak hitam kat satu kedai melayu ni, bila mamat yang nak tukarkan minyak hitam tu boleh patahkan tempat nat kat bawah enjin(tempat keluar minyak itam tu)..punya lah aku bengang, yang aku pun bengap tak mintak ganti rugi kat bengkel tu, dorang yang buat sampai pecah..aku pi servis ni pun sebab pada 22/10/12 aku dah start kerja..mintak tolong member bdak flat tunda balik rumah..

bila survey2 cari bengkel yang boleh repair/welding balik tempat nat nih, maka jumpa la satu kat seksyen 17..tapi harga dia superb la RM900 bhai..skali overhaul, welding, minyak itam, upah pasang..

itulah kali terakhir dia rosak, selepas itu aku mula tinggalkan dia di bawah flat je sebab aku dah beli motor baru pada bulan March 2013..sepanjang motor aku rosak dari awal bulan Oktober 2012, aku memang pakai sepenuhnya viva hitam adik perempuan aku..kereta tu pun banyak jasa kat aku..sejak dah ada motor baru, aku serahkan hak penjagaan motor lama aku ke adik lelaki aku..

Maka sampai sekarang la motor tu masih boleh jalan..

Rindunya dekat si merah ni, susah senang kami bersama

Friday, June 14, 2019

Kerepek Pisang

Kerepek pisang is one of my feveret..kalau makan petang2 sambil tengok tv memang layan..
teringat time muda remaja, pabila raya opah selalu buat sendiri kerepek pisang nih..time tu ramai sedara-mara, tu yang meriah dan cepat siap sebab ramai yang menolong buat kerepek pisang nih..




Tuesday, June 11, 2019

Susu pilihan terbaek

Susu HL dari Marigold ni antara pilihan terbaek..harganya lebih sedikit dari susu jenama lain. Mungkin khasiatnya lebih sikit kot..tapi tetap menjadi pilihan hatiku..rasanya pun boleh tahan..



Monday, May 27, 2019

Kisah Si Tanggang

 
Salam..

post ke-2 pada tahun 2019 ni..malas betul nak menaip sejak ada anak ni..hehe, kena tunggu dia tidur baru boleh buat semua kerja..

hari ini, sewaktu anak dan bini tidur, aku layan cerita klasik tv2 tajuk 'Si Tanggang'..walaupun dah banyak kali tengok, tapi aku suka tengok cerita klasik melayu dulu..semua ada mesej tersirat yang kita boleh 'related' kan dengan kehidupan kita zaman sekarang..

Malah boleh aku katakan mesej tu boleh digunakan sampai la bila2 sampai la kiamat..ok la, back to da point, mesej yang disampaikan dalam filem melayu klasik 'Si Tanggang'..

Dari sudut positif sikap Si Tanggang, aku suka dengan sikap rajin a.k.a ringan tulang Si Tanggang dalam filem ni..daripada Zero to Hero..daripada seorang miskin, sehingga la jadi saudagar terkenal..meskipun dia tiada apa-apa dari mula, sehingga la dia bekerja atas kapal..dari situ dia tunjuk bakat dia yang terpendam, rajin, terer berlawan, jujur..sehingga la dia dipercayai dan di jadikan anak angkat kepada nakhoda kapal.

Dalam kehidupan kita sekarang pun, kita boleh ikut sikap positif si Tanggang..bak kata mak aku, 'kalau kita rajin, ke mana kita dicampak pun, kita berduit'..sampai sekarang aku ingat kata2 tu..

Ok la, just nak bagitau lagi seminggu 2 hari nak raya..radio dah start pasang lagu raya mendayu-dayu..baru la feel nak beraya wehhh...baju raya tak beli lagi..huhu

salam..

Friday, January 25, 2019

Selamat tahun baru 2019


Selamat tahun baru 2019..

agak janggal sebab aku ucapkan pada tarikh 25 Januari..sepatutnya di ucapkan pada 1 @ 2 Januari..

apa boleh buat, tanggungjawab aku dah bertambah..so lepas ni semakin sibuk nak membahagikan masa dengan dunia online dan keluarga/kerja..

setiap orang ada 24 jam kan..

so kena la pandai bahagi-bahagikan masa..aku menulis ni pun time anak tengah menyusu..kalau dia bangun, kena layan dia plak..huhu

ok la guys, nak mandi..salam