Sunday, March 31, 2024

Chromebook

Salam guys, 

just nak share dengan korang, aku baru je beli chromebook jenama DELL dari shopee dengan harga RM90. ni gambarnya..


cantik tak..kondisi dia takda la cantik mana, nampak macam dah digunakan. Tapi semua butang kekunci dia berfungsi dengan baik. Bateri pun boleh tahan lama. Aku nya chromebook ni berasal dari Amerika. Camne aku tau? Ada cam chop sekolah "high school' kat atas cover laptop ni.

Aku memang minat laptop kecik2 ni..dulu aku ada beli lenovo thinkpad..tapi aku bagi kat adik aku pulak, sekarang baru rasa menyesal..nak cari balik yang sama, bukan seratus dua, dekat 500 harga dia..so aku nampak chromebook ni macam sesuai untuk gantikan lenovo thinkpad aku tu..

Harap2 boleh la chromebook ni bertahan dalam setahun dua. Buat2 tulis blog cam sekarang aku buat ni pun dah berbaloi rasa.


Thursday, February 22, 2024

Cerita lawak FB Marketplace

Salam semua,

Nak cerita tentang sebuah kisah, di FB Marketplace..ada sorang mamat ni jual Nokia 3310 dan pad Lenovo..barang ni dah lama la, aku ingatkan harga dia dalam RM60-RM100, so aku pi tanya la dia berapa harga, dia cakap RM170..so aku abaikan je la sebab aku rasakan mahal..

Selang sehari dia msg aku semula kata nak beli ke tak..aku sebenarnya malas dah nak layan sbb aku rasakan mmg kalau nego pun, dia hanya boleh rendahkan harga sampai RM150 je..dan aku dah tak bernafsu pun nak beli barang outdated camtu..aku cakap la aku ada RM20 je, so korang tengok je la msg whatsapp di bawah..

Marah btol beliau..hahaha




Monday, January 1, 2024

Selamat tahun baru 2024

 

Salam semua,

Aku menulis pada 1 Januari 2024..sebenarnya nak tulis pada 31 Disember 2023, tapi aku punya Surface keyboard dia tak function plak..ni pun menulis di laptop aku di rumah...Aku harapkan pada tahun ni, aku akan capai lebih banyak kejayaan dan rezeki berlimpah-ruah..amin