Monday, June 27, 2011

Perihal 5 sen

Assalamualaikum..

aritu terpikir lak saya bila terpandang tabung saya yang hampir penuh..tabung saya bwat sendiri dari balang 'pringles'..agak lama gak la saya menyimpan, mau dalam 3-4 tahun..saya terpikir, daripada terperuk xdpt nak beranak duit tu..baik saya laburkan kat dalam ASB..dapat gak dividen skit2..

Tabung saya yg xberapa nak chomey..

kira punya kira ada dalam RM110..saya asingkan dwet syiling yang tahun 1999 ke atas, senang kata dwet syiling yg ada gambar parlimen sy asingkan sebab saya tahu ada collector dwet syiling lama kat luar sana tuh..ada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen lama dalam tahun 1967 - 1988..

Hehe, byk x syiling sayer? :)

so, dwet syiling yg latest dari tahun 1999 ke tahun sekarang ni saya tukarkan kat kedai mamak, dapat la dalam RM107(dwet ni sy masuk dalam ASB, tmbh pelaburan :) ), yang dwet syiling lama tu saya jual kat mudah.my..buat permulaan saya jual syiling 5 sen ada 7 keping tahun 1967-1988 kat mudah.my, bawah ni gambarnya..


Dwet syiling yg saya iklankan kat mudah.my

Selang 2-3 hari ada org sms saya tanya syiling nih, saya tak letakkan harga sebab saya tak tahu nilai syiling lama nih, lepas tawar-menawar saya setuju harga RM19 termasuk pos..saya tahu yang harga syiling lama nih lagi bernilai kalo jual satu-satu mengikut harga pasaran..tapi saya nak jual lum sum je tros, senang..

ok, jika dipikir harga syiling lima sen tu, RM0.35, kalo saya tolak kat mamak saya dapat RM0.35 je, tapi saya dapat tahu skarang ni ramai collector yg cari syiling lama nih, so saya iklankan kat mudah.my dah dapat untung RM19, modal RM0.35 dpt RM19, untung bersih lepas tolak dwet pos RM3 adalah RM15.65!..besar nilainya tu, leh makan cendol 15 kali..huhu

Sedapnyer cendol...yummy

pada anda di luar sana, jika ada menda2 nak buang ke dalam tong sampah tu, pikir2 kan lah semula, lebih baik anda jual, sekurang-kurangnya dapat reducekan sampah dan reuse semula selain dapat $$$..antara barang2 yang boleh dijual dan ada harga walaupun dh rosak(pada pandangan saya la..) adalah barangan elektronik(pc, notebook, tv, peti sejuk, mesin basuh, konsol game - technician slalu beli brg2 ni walaupun dah rosak utk dijadikan spare-part), kenderaan cam motor, keter..

dan..kalo anda ada syiling lama tu, jgn dipakai utk beli brg ke, tepon awek ke..simpan dan jual cam saya..tu caranya kita nak 'beranak'kan dwet kita tu..hehe

Saturday, June 25, 2011

Kerja mudah di microWorkers

Salam all,

Arini saya nak kongsikan beberapa 'tasks' @ kerja mudah yang terdapat di microWorkers, antara sebab microWorkers 'serasi' dengan saya adalah disebabkan beberapa tasks nya tersangat mudah untuk diselesaikan dan hanya mengambil beberapa minit disamping memberikan upah yang agak 'mahal'..

1) Surf website dan tunggu beberapa minit


Di atas adalah satu task yg mudah dan menyediakan upah yg lumayan, mengikut arahan employer, anda hanya perlu ke satu laman web dan biarkan web itu terbuka untuk beberapa minit sebelum anda boleh menutupnya, dan anda tahu berapa employer membayar utk itu? USD0.30-USD0.40, nilai yang agak tinggi hanya untuk kerja surf website!


2. Facebook like



Untuk kerja pasal facebook, anda disarankan membuat satu akaun 'dummy' khas untuk kerja2 online..xmo la plak hal2 online ni menyemak di profile facebook personal anda, nnt kawan2 anda cabut lari plak..

Ok, kita lihat gambar kat atas, tasks ni sangat mudah, hanya perlu klik butang 'LIKE' sahaja dan anda akan dapat USD0.10, mudah bukan? hanya sekali klik dapat duit!


3. Rate video di Youtube


Ok, sama gak di Youtube, anda disarankan gak mempunyai 2-3 akaun dummy untuk bwat task online di microWorkers, berdasarkan kerja di atas, anda hanya perlu ke laman youtube yang ada video milik employer, dan klik 'LIKE'..itu sahaja! biasanya tasks ni bernilai USD0.10.

Lagi satu task yang biasanya membabitkan youtube adalah 'Youtube: Comment + Rate + Subscribe', iaitu kerja komen, klik 'LIKE' dan subscribe ke atas video milik employer, dan upahnya biasanya USD0.12.


4. Vote @ Undi


Ok, lagi satu task yg mudah di microWorkers adalah 'vote', biasnya employer akan suruh undi untuk video, gambar dan penyertaan dorang dalam sesuatu contest tu. So, senang jea, kita pergi website yang disuruh employer, dan klik 'VOTE'...macam task di atas ni lagi senang, surf website tu dan undian kita dah dikira.

Undi cara ni xkena byr pun, bukan cam AF tu, nak undi duit prepaid kita kena potong.... :(


5. Digg/Delicious/Yahoo Buzz


Ok, jikalau anda merupakan salah seorang pekerja di microWorkers, tapi anda xda akaun Digg/Delicious/Yahoo Buzz, anda disarankan bwat satu sebab byk job kat mW memerlukan anda ada akaun tu semua..cam task kat atas nih, anda hanya perlu log-in ke akaun Digg anda, dan digg artikel milik employer..jgn lupa sertakan bukti2 yg diperlukan employer apabila sesuatu job tu dah dibwat, biasanya task camni cepat abeh dan upah yg biasanya diberi adalah USD0.10..

Oraitt guys, itu la sahaja tips-tips pasal microWorkers yg saya nak kongsi bersama anda semua..mungkin next time saya bagi lagi..Kepada sesiapa yang tak tahu microWorkers tu apa, leh kunjungi website INI

thanx dan jumpa lagi :)

Friday, June 24, 2011

Quote menarik

Hari ni saya nak kongsi satu quote menarik yang dikatakan oleh Irfan Khairi, ianya berbunyi seperti ini :

"Menurut kajian, kira-kira 98% masyarakat TIDAK SANGGUP mengeluarkan DUIT untuk MEMAJUKAN DIRI, manakala CUMA 2% SANGGUP berbuat demikian..dan MEREKA ITULAH yang akan BERJAYA"~Irfan Khairi,Pakar Perniagaan Internet


Salah satu buku olahan Irfan Khairi

Kalo rakyat Malaysia ada 27 Juta, so 2% mewakili 54 000 orang yang sanggup keluar duit untuk pergi kelas, seminar dan ceramah untuk memajukan diri, saya juga terasa sebab bila dapat duit dari tenet, selalunya dibelanjakan atau masuk dalam asb saja, jarang saya laburkan untuk pegi kelas atau seminar utk memajukan diri..ilmu pun byk dpt dari forum saja..

Adakah anda juga begitu?

So, lepas ni ayuh la kita laburkan sikit duit kita tu untuk ilmu, ilmu yang bermanfaat berguna sehingga ke akhir hayat :)

Wednesday, June 15, 2011

Payment yang ke-11 dari microWorkers

Ternyata microWorkers membuktikan ianya adalah sebuah laman web yang sah dan bebas scam apabila mereka membayar saya buat kali yang ke-11..terima kasih kepada pihak microWorkers yang memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan secara online di hadapan komputer samada di rumah dan pejabat atau di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan untuk mengakses internet..

Sebagai bukti pembayaran, saya sertakan lampiran email yang dihantar pihak PayPal ke dalam peti inbox email saya..

Pembayaran ke-11 dari microWorkers selamat diterima ke dalam akaun PayPal saya :)

terima kasih kepada pihak microWorkers yang memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan secara online di hadapan komputer samada kerja dari rumah dan pejabat atau di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan untuk mengakses internet..

Friday, June 10, 2011

Thanks to Karangkraf & Buena Vista

Alhamdulillah,

Selesai sudah latihan klinikal untuk 1 semester di Hospital Tengku Ampuan Afzan, sekarang sudah cuti semester..setibanya di rumah saya di Shah Alam, saya menerima 2 bungkusan, dari Buena Vista dan satu lagi dari Karangkraf..x silap saya kontest 'Green Hornet' dan kontest Majalah Maskulin 'Nivea Men's Expert'

have a view, thanks again..usaha tangga kejayaan :)


Hadiah diterima dari pihak Buena Vista Columbia Tristar Film, barangan promosi filem 'The Green Hornet'

Hadiah diterima dari Karangkraf, peraduan dari Majalah Maskulin edisi ke berapa, lupa la plak :)