Showing posts with label tentang microworkers. Show all posts
Showing posts with label tentang microworkers. Show all posts

Friday, August 2, 2019

Payment ke-28 dari microWorkers

Payment ke-28 dari microWorkers..
Alhamdulillah..walaupun tak banyak, tapi boleh la buat belanja bini makan..hehe
memang dah azam awal tahun 2019, nak cashout kat microWorkers ni 2 kali setahun..
harap2 aku rajin la yea..wish me luck

Saturday, August 20, 2011

Perubahan di Microworkers


Salam, sejak dua menjak ni MicroWorkers dah buat beberapa perubahan yang tak menyenangkan dan agak menyusahkan pengguna dan employer..Antara perubahan yang saya dapat detect adalah :

1) Dah xleh withdraw pakai PayPal
Ni yang paling tensen, memandangkan saya pengguna PayPal yang agak active, so segala pengeluaran ke Maybank/Cimb melalui PalPal, lagipun cas yang dikenakan oleh PayPal amat rendah iaitu RM3 untuk sekali transaction..pihak microWorkers skarang hanya membenarkan ahli withdraw pakai Alertpay dan MoneyBookers je skarang nih..Alertpay saya x berapa bekenan sebab cas pengeluaran dia 5 kali ganda dari PayPal iaitu RM15 untuk sekali transaction..

2) Dah xda referral link
Dulu bleh gak dapat pendapatan sampingan selain daripada buat job di mW nih iaitu menaja/mencari orang untuk daftar melalui link anda, skarang pihak mW dan stopkan kemudahan tu, dulu bleh gak dapat USD1 utk setiap referral yang kita taja..

3) Job dah sikit!
Sekarang bilangan job dah sikit giler..dulu ada gak cecah ratus-ratus, skarang xsampai <20 job yang available..so, skarang pekerja dah susah skit nak earn dwet.. dulu leh gak withdraw sebulan 2 kali, ni sebulan sekali pun payah..

Adakah ini tanda mW nak bungkus?? Hope jangan la sebab mW nih ternyata jujur dan membayar setiap ahlinya sejak 2009 lagi..sayang la kalau mW nak tutup kedai :(

Saturday, June 25, 2011

Kerja mudah di microWorkers

Salam all,

Arini saya nak kongsikan beberapa 'tasks' @ kerja mudah yang terdapat di microWorkers, antara sebab microWorkers 'serasi' dengan saya adalah disebabkan beberapa tasks nya tersangat mudah untuk diselesaikan dan hanya mengambil beberapa minit disamping memberikan upah yang agak 'mahal'..

1) Surf website dan tunggu beberapa minit


Di atas adalah satu task yg mudah dan menyediakan upah yg lumayan, mengikut arahan employer, anda hanya perlu ke satu laman web dan biarkan web itu terbuka untuk beberapa minit sebelum anda boleh menutupnya, dan anda tahu berapa employer membayar utk itu? USD0.30-USD0.40, nilai yang agak tinggi hanya untuk kerja surf website!


2. Facebook like



Untuk kerja pasal facebook, anda disarankan membuat satu akaun 'dummy' khas untuk kerja2 online..xmo la plak hal2 online ni menyemak di profile facebook personal anda, nnt kawan2 anda cabut lari plak..

Ok, kita lihat gambar kat atas, tasks ni sangat mudah, hanya perlu klik butang 'LIKE' sahaja dan anda akan dapat USD0.10, mudah bukan? hanya sekali klik dapat duit!


3. Rate video di Youtube


Ok, sama gak di Youtube, anda disarankan gak mempunyai 2-3 akaun dummy untuk bwat task online di microWorkers, berdasarkan kerja di atas, anda hanya perlu ke laman youtube yang ada video milik employer, dan klik 'LIKE'..itu sahaja! biasanya tasks ni bernilai USD0.10.

Lagi satu task yang biasanya membabitkan youtube adalah 'Youtube: Comment + Rate + Subscribe', iaitu kerja komen, klik 'LIKE' dan subscribe ke atas video milik employer, dan upahnya biasanya USD0.12.


4. Vote @ Undi


Ok, lagi satu task yg mudah di microWorkers adalah 'vote', biasnya employer akan suruh undi untuk video, gambar dan penyertaan dorang dalam sesuatu contest tu. So, senang jea, kita pergi website yang disuruh employer, dan klik 'VOTE'...macam task di atas ni lagi senang, surf website tu dan undian kita dah dikira.

Undi cara ni xkena byr pun, bukan cam AF tu, nak undi duit prepaid kita kena potong.... :(


5. Digg/Delicious/Yahoo Buzz


Ok, jikalau anda merupakan salah seorang pekerja di microWorkers, tapi anda xda akaun Digg/Delicious/Yahoo Buzz, anda disarankan bwat satu sebab byk job kat mW memerlukan anda ada akaun tu semua..cam task kat atas nih, anda hanya perlu log-in ke akaun Digg anda, dan digg artikel milik employer..jgn lupa sertakan bukti2 yg diperlukan employer apabila sesuatu job tu dah dibwat, biasanya task camni cepat abeh dan upah yg biasanya diberi adalah USD0.10..

Oraitt guys, itu la sahaja tips-tips pasal microWorkers yg saya nak kongsi bersama anda semua..mungkin next time saya bagi lagi..Kepada sesiapa yang tak tahu microWorkers tu apa, leh kunjungi website INI

thanx dan jumpa lagi :)

Saturday, May 1, 2010

Microworkers - Buat tugas dan peroleh upah

salam, laman web ni menyediakan beberapa task @ tugas mudah utk user internet selesaikan, dan peroleh upah..para pekerja di rumah yg rajin leh dapat upah serendah USD0.10 sehingga USD+10 bergantung kepada kesukaran utk menyelesaikan sesuatu kerja/task yg disediakan oleh pemberi tugasan/employer tu..


Laman web Microworkers.com

Aku baru je join menda nih dan baru setelkan 4 task yg berjumlah USD0.10 bg setiap task, baru dapat USD0.40 :), kalo nak cashout kena ada USD9, so berjinggut la nak menunggu nya..kepada yg nak try, leh click banner dibawah :


Good luck menjana duit di internet~
salam ukhwah..