Nampaknya bolehlah aku mengucapkan selamat tinggal kepada laman web Lelong.my. Selama 11 tahun aku setia sebagai buyer dan seller di laman web tersebut, nampaknya hari ni baru aku tersedar yang posting untuk beberapa barangan yang aku jual, dah tak boleh kelihatan di laman web tu.
Ini disebabkan sekarang Lelong.my hanya membenarkan user yang ada 'seller stor' je yang boleh menjual, bukan lagi kepada user biasa seperti aku..nak jadi seller yang ada stor di Lelong.my bukan murah bhai.., bawah ni dia punya harga..berbaloi ke nak bukak stor kat Lelong.my lagi sedangkan laman web jualan online sekarang dah dimonopoli oleh Lazada, Shopee dan Mudah.my?
RM398 setahun? Hehe, kalau dulu-dulu boleh la, sekarang ramai seller dan buyer Lelong.my dah lari ke Lazada dan Shopee..orang pun pikir 2 kali nak bukak stor kat Lelong.my, tak silap aku dulu tahun 2008-2010 harga untuk bukak stor di Lelong.my hanya RM198 setahun, sekarang mendadak naik..perghh 2 kali ganda dowh~
Untuk makluman korang, Lelong.my dulu dikenali sebagai Lelong.com.my merupakan platform pertama aku menjual barang pada tahun 2008. Nama pembeli pertama pun aku masih ingat, Goh Kam Boon dari Genting Highland. Dia beli beberapa model diecast kapal terbang. Memori sungguh..Dulu-dulu aku takda la bukak stor pun, just topup RM20 sebulan/2 bulan sekali, bayaran untuk naikkan posting kita kat front page setiap kategori barang yang kita jual hanya RM1.50 untuk 10 hari.
Buat masa sekarang aku masih menjual di Mudah.my..itu pun sebagai free user hanya boleh list 6 barangan sahaja dalam 1-1 masa, tak lebih dari tu..kena ada 2-3 akaun lain kalau nak list banyak barang..Kat ebay Malaysia pun susah nak cari makan, dah try dulu jual kat sana, tapi macam krik2 jea..kat ebay US ada sikit la rezeki jual poskad, tapi tak banyak pun dapat..banyak ditelan PayPal..kita jual harga USD0.50, PayPal telan USD0.32 sebagai fees..punya la hanat perangai PayPal nih..tapi nak buat camner, dia yang berkuasa kat Ebay US nih..kita ni mentimun, ikut je la dia telan duit kita T.T
Hidup mesti diteruskan, aku ada bercadang nak menjual di Shopee, mungkin kena belajar dulu dalam sebulan dua ni ilmu2 pasal Shopee..wish me luck guys