kali ni nak bercerita mengenai motorsikalku yang pertama..ianya dibeli di sebuah kedai motor di Seksyen 20, Shah Alam dengan harga RM2600 hasil perkongsian aku dengan abahku..
Abahku beri RM1500, duit ku RM1100..maka keluarlah motorku..model Suzuki FX110 warna merah..dah tak berapa ingat tarikh keluarnya motor ini, hanya ingat beli masa aku semester ke-2 di Poli Shah Alam, tak silap aku dalam Jan ke Feb tahun 2005.
Bila pertama kali aku naik motor ni, berketar beb kedua-dua tangan aku bawak motor ni pulang ke rumah..time tu masih segar kat ingatan ni..owner sebelum ni tokey kedai kata orang tua yang pakai, tak tahu la, biasa tokey2 kedai ni suka 'kencing' orang, cakap sebelum ni owner orang tua la, orang perempuan la, low mileage la..
Tapi tak kesah la, janji motor ni banyak berjasa kat aku masa kat poli tahun 2005-2007, kerja kat Innofocus Electromed 2007-2009, dan semasa aku belajar di Kolej Teknologi Makmal Perubatan 2009-2012..
banyak jugak moto ni rosak, pertama kali masa nak balik dari poli, dekat jalan motor Lebuhraya Persekutuan, bila moto ni tiba2 x leh jalan dan berhenti, nasib baik ada seorang pakcik India yang tolong tunda pakai kaki ke Bengkel Ramesh Seksyen 20..
yang kedua dekat PJ, masa tu aku nak pergi tempat kerja abah, cam kejadian yang 1st la, tiba-tiba mati, nak kick start tak boleh..yang ni aku ingat lagi bila aku kena sorong motor pegi tempat kerja abah, punya la penat, peluh jgn cakap la..abis lenjun baju..bila aku kat tempat kerja abah, aku punya panik sampai terus masuk kilang cari abah guard kejar aku cakap 'awak tak boleh masuk sesuka hari'..pastu aku panggil abah cakap moto rosak, then dia bagi solution supaya aku sorong lagi motor kat bengkel atas bukit, dalam 500 meter gak la..adui, jauh beb
Dan yang paling besar rosaknya adalah pada tahun 2012, dalam bulan 10, awal bulan sebab aku ingat lagi yang aku pi kedai nak tukar minyak hitam kat satu kedai melayu ni, bila mamat yang nak tukarkan minyak hitam tu boleh patahkan tempat nat kat bawah enjin(tempat keluar minyak itam tu)..punya lah aku bengang, yang aku pun bengap tak mintak ganti rugi kat bengkel tu, dorang yang buat sampai pecah..aku pi servis ni pun sebab pada 22/10/12 aku dah start kerja..mintak tolong member bdak flat tunda balik rumah..
bila survey2 cari bengkel yang boleh repair/welding balik tempat nat nih, maka jumpa la satu kat seksyen 17..tapi harga dia superb la RM900 bhai..skali overhaul, welding, minyak itam, upah pasang..
itulah kali terakhir dia rosak, selepas itu aku mula tinggalkan dia di bawah flat je sebab aku dah beli motor baru pada bulan March 2013..sepanjang motor aku rosak dari awal bulan Oktober 2012, aku memang pakai sepenuhnya viva hitam adik perempuan aku..kereta tu pun banyak jasa kat aku..sejak dah ada motor baru, aku serahkan hak penjagaan motor lama aku ke adik lelaki aku..
Maka sampai sekarang la motor tu masih boleh jalan..
Rindunya dekat si merah ni, susah senang kami bersama |