Sunday, October 24, 2021

Pengasuh kaki kencing..

 Salam semua,

 


Untuk topik hari ni nak cakap tentang pengasuh..hidup aku agak bz sejak seminggu dua ni disebabkan sikap pengasuh anak aku yang suka mengulat dan bercuti. Seminggu hanya 4 hari je hantar kat dia..itu pun nak mintak cuti lagi..ambil vaksin la, join rewang pengantin la, atok kat kampung sakit la..macam2 alasan lagi..

Aku mula sedar perangai pengasuh ni sejak anak pertama lagi..sejak 3 tahun yang lalu..macam2 alasan dia bagi nak bercuti..ada sekali tu dia kena covid, sampai 3 minggu cuti, kami hantar anak seminggu je..kami bagi gaji macam biasa, dan dia ambil tanpa serba-salah yang dia hanya bekerja seminggu..cuba rasa bersalah sikit, bila di hulur gaji full, cakap camni "takpe la, akak jaga seminggu je, akak amik RM100 je erk" sejuk sikit hati aku ngan bini aku..ini tidak, diambil macam takda apa-apa berlaku..

Kemuncaknya berlaku minggu lepas, bila kerajaan umum boleh rentas negeri. Si pengasuh ni boleh senyap2 balik kampung pada hari Sabtu tanpa memberitahu bini aku. Dia hanya msg bini aku pada Ahad malam yang mengatakan dia akan balik besok. Selepas itu bini aku pun msg la balas dan call..tapi tak berbalas dan berangkat msg dan call tersebut. Rupa-rupanya si pengasuh tu nak sambung cuti sampai hari Selasa iaitu cuti Maulidur Rasul sedangkan aku dan bini aku bekerja pada hari Isnin dan Selasa. Terpaksa la menghantar anak ke rumah sedara mara. Sejak kejadian tu, aku dan bini aku pun nekad dah taknak antar pada pengasuh tu lagi dan cari pengasuh baru..

Moral of the story nya di sini kawan2..janganlah kita selalu 'ceplos' dalam melakukan sesuatu perkara/pekerjaan/amanah yang ditugaskan kepada kita..jgn main2 dan hendaklah selalu fokus dan berusaha keras dalam melakukan amanah yang diberi..