Saturday, June 22, 2024

Tinggal CME saja lagi..

Salam semua, Seperti yang korang maklum pada post2 aku sebelum ni, aku ada tuliskan tentang bulan Jun ni yang penuh dengan cabaran dan tugas. Sekarang hari Sabtu 22 Jun 2024 pukul 2.50 ptg..seperti yang aku tuliskan pada tajuk, hampir semua task atau tugasan/cabaran bulan Jun ni telah aku hadapi. Hanya tinggal CME yang dijadualkan pada hari Selasa ini (25 Jun 2024). Sebenarnya CME aku mengikut jadual adalah pada 28 Mei 2024. Tapi ditangguhkan pada 11 Jun 2024. Tapi 11 Jun pun tak dapat buat sebab masing-masing sibuk dengan perhimpunan pagi.
Aku dapat tempat kedua untuk penderma darah terbanyak peringkat hospital dengan 32 kali dermaan. Tahun 2022 aku dapat tempat pertama, cuma hadiah dia dulu kureeeng sikit berbanding tahun ni. Hadiah tahun 2022 dulu dapat sijil, piala plastik dan buah-buahan tempatan, manakala hadiah tahun 2024 ni, aku dapat kurta dari Soghir(owner dia Dr Hanan), wang tunai RM100, piala plastik dan sijil.

Untuk tugas yang pertama, iaitu perhimpunan pagi jabatan Patologi yang berlangsung pada 14 Jun 2024 lepas bersamaan hari Jumaat. Aku memegang watak Tok Dalang dalam persembahan Dikit Barat. Latihan hampir setiap petang pada minggu tersebut. Alhamdulillah selesai juga akhirnya. 

Untuk cabaran yang kedua, iaitu aku pertama kali seorangan kerja oncall malam. Itu pun aku berjaya hadapi pada malam 15 Jun 2024 bersamaan hari Sabtu. Mengantuk memang mengantuk..tapi itulah cabaran..yang menambahkan getir bagi cabaran ni adalah, keesokkan harinya pada Ahad 16 Jun 2024, aku kena balik kampung. Kira family day untuk keluarga aku la..kitaorang dah sewa homestay di Seri Iskandar. Pagi dari oncall tu, aku tido 2 jam setengah, pukul 11.20 pagi aku dah bangun terus kemas2 beg dan terus balik kampung ikut WCE. 

Yang ketiga, adalah kerja di lab la, aku kena buat QC External RIQAS untuk mesin Atellica 1 dan 2. Memang banyak la citer dia..nak order test dan kena masukkan result ke dalam kertas yang diberikan oleh SO. Menda dah siap semalam, cuma nak print result dan masukkan result je belum siap lagi. Due date 24 Jun 2024. 

Keempat adalah pada 19 Jun aritu aku adalah urus setia untuk seminar POCT. Nasib baik aku ajk sahaja..keje pun tolong bawak2 kipas je..keesokkan harinya 20 Jun 2024 bersamaan hari Khamis. Aku dan salah seorang SO aku berkursus di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Kursus selama sehari je..kitaorang bertolak naik kereta hospital jam 7.30 pagi dan sampai dalam kul 9.10 pagi..Jem bhai...habis kursus pukul 4 petang. Sampai hospital betul2 pukul 5 petang. Kalau berkursus di hotel, memang makan dan minumnya special..memang kenyang je sepanjang masa.

Saturday, June 15, 2024

Pertama kali kerja malam

Salam,

Sekarang pukul 4 pagi..aku pertama kali kerja malam sorang2..dulu ada juga 2-3 kali kerja malam, tapi time tu berteman..sekarang sorang2..aku masuk pukul 9 malam 15 Jun 2024, dan akan balik pukul 8 pagi 16 Jun 2024.

 


Ini semua atas desakan orang atasan kerana kekurangan staff. Semamangnya aku tak buat kerja malam, di sebabkan aku mahu jaga kesihatan. Ini pun sebab terpaksa..bukan kejar wang je..ni pun aku dah mengantuk gile-gile disebabkan tak tidur..besok nak drive balik kampung..harap aku leh recover sebelum drive ke Seri Iskandar esok.

Monday, June 3, 2024

Bulan Jun yang mencabar

Salam semua,

Sudah tiba bulan Jun 2024. Bulan Jun ni adalah bulan yang mencabar juga bagi aku. Bulan Jun ni aku ada CME yang akan aku sampaikan pada 11 Jun, begitu pula pada 14 Jun ada perhimpunan pagi anjuran Jabatan Patologi. 15 Jun(Sabtu) pula aku akan bekerja sebelah pagi, dan malam. 16 Jun aku akan balik ke kampung. Harapan aku supaya tak merasa mengantuk kaw2..

 


Selepas 'ujian-ujian' ni berakhir..aku akan merasa lega sepanjang tahun ini. Doakan aku lepas segala cabaran ini dengan jayanya..