Monday, July 8, 2024

Setel semuanya..

Alhamdulillah..

Jika korang dah baca blog aku sebelum-sebelum ni, ada aku post tentang bulan Jun yang mencabar..senang hati aku katakan yang aku dah hadapi cabaran-cabaran yang aku katakan pada bulan Jun lalu dengan jayanya..

Cuma CME yang aku sampaikan pada 2 Julai 2024 lalu yang tak berapa bagus, banyak kritikan dari bos besar dan Puan Arzu(bos kecil). Apa-apa pun aku dah senang hati...CME seterusnya pada 2025. Alhamdulillah semua sudah ku hadapi.

Selepas ini banyak hari keluarga, kenduri dan hal pasal keluarga yang akan aku hadapi. Mungkin perlu persediaan awal sebab si Zaim nak masuk darjah 1 tahun depan. Perlu jadual baru siapa dan bagaimana nak hantar dan ambil dia dari sekolah. Selama ni aku hanya hantar dia ke taska dengan motosikal saja.

Setiap dari kita ada cabaran2 berlainan yang akan kita hadapi..akhir kata, semoga kita tetap tenang dan sabar untuk tempuhi sebarang cabaran dan ujian..salam jumpa lagi..adios