Thursday, January 12, 2012

Kenali Konjunktivitis


Konjunktivitis adalah radang selaput mata akibat selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman seperti bakteria, virus ataupun alahan.

Gejala



Bergantung pada sebab radang selaput mata.

1. Disebabkan oleh bakteria
  • Mata merah
  • Pengeluaran cecair pekat
  • Kelopak mata melekat
  • Selalunya akan berjangkit ke mata sebelah
  • Biasanya berlarutan selama seminggu

2. Disebabkan oleh virus

  • Mata merah
  • Pengeluaran cecair ringan atau cair
  • Selalunya akan berjangkit ke mata sebelah
  • Boleh berlanjutan selama 2 minggu atau lebih

3. Disebabkan alahan

  • Mata merah
  • Gatal mata dan hidung (jika melibatkan penyakit resdung)
  • Mata berair dan pedih
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan dalam masa yang lama.


Rawatan

  1. Antibiotik dalam bentuk ubat titis mata
  2. Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan
  3. Ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan kurang rasa gatal
  4. Elak guna kanta lekap.
  5. Makanan kaya dengan beta karotin seperti lobak merah.

Bagaimana cara untuk mengelak

  1. Elak menggosok mata dengan kasar, lebih-lebih lagi jika tangan kotor.
  2. Kerap mencuci tangan
  3. Elak menyentuh mata yang dijangkiti.
  4. Elakkan berada di tempat yang sesak.
  5. Jangan berkongsi tuala muka mahupun kosmetik seperti pembayang mata atau kanta lekap.
  6. Buang semua ubat titis yang telah luput tarikhnya.

Jadual Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2012

Berikut merupakan jadual gaji bagi kakitangan awam bagi tahun 2012 :)


Friday, January 6, 2012

Kesilapan dalam peribahasa

Aku ingin berkongsi mengenai isu yang agak penting dalam bahasa Melayu, yang hilang dalam terjemahan perkataan dari Jawi ke Rumi.

Harapkan Pagar, Pagar Yang Makan Padi

Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga


Tahukah Korang peribahasa di atas adalah SALAH!!!..Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.Ok..kita pergi satu-satu.

1-Harapkan PAGAR, PAGAR Yang Makan Padi

Sebenarnya tiada PAGAR yang makan padi, yang ada cuma Burung PEGAR yang berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Jadi peribahasa yang betul adalah:-

Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi


BURUNG PEGAR

Di atas adalah gambar burung Pegar (Indonesia) dan di Malaysia dipanggil ayam pegar. Sebenarnya selama ni kita tersilap ingatkan pagar.Korang tak pelik ke kalau Pagar yang makan padi?

Rupanya yang dimaksudkan adalah Burung Pegar.Burung Pegar ni digunakan macam burung hantu lah untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Burung pegar mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak tapi dia sendiri jadi binatang perosak. Maka terciptalah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.



2-Bagai Melepaskan BATUK Di Tangga

Ok..kita pergi pada peribahasa yang kedua pulak..bagai melepaskan BATUK ditangga bermaksud buat kerja separuh jalan?..dan peribahsa sebebarnya adalah:-

Bagai Melepaskan BATOK Di Tangga

Sila angkat tangan jika ada Cikgu-cikgu Bahasa Melayu korang dulu ada menceritakan lebih lanjut pasal perkataan BATUK tu (kalau ada pun..mungkin tak ramai, lainlah korang amik sastera dulu).. BATUK memang tak boleh dikaitkan dengan peribahasa tu, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis?..memang tak sesuai.


BATOK

Ok..Apa itu BATOK ? BATOK sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. BATOK digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik BATOK ke tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Maka terciptalah peribahasa bagai Melepaskan BATOK Di Tangga yang bermaksud buat kerja separuh jalan.


Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, mungkin termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

Thanks to : http://www.nescafeais.com/harapkan-pegarpegar-yang-makan-padi/



Sunday, November 27, 2011

Pembayaran ke-14 dari microWorkers

Withdraw dari microWorkers akhirnya diterima setelah 6 hari menunggu. Agak lama..mungkin kerana melalui Alertpay dan bukan Paypal. Entah mengapa microWorkers sudah tidak menggunakan Paypal sebagai medium pembayaran pekerja. Paypal lebih mesra pelanggan :)

Pembayaran ke-14 dari microWorkers. Membuktikan mereka masih lagi sebuah laman web yang memberi manfaat kepada pencari duit dari internet untuk memperolehi sedikit income.

Hadiah diterima :)

Setelah menunggu agak lama, 2 lagi 'present' selamat sampai ke rumah saya :) Satu darinya adalah dari syarikat Gentle Supreme iaitu syarikat yang buat sabun basuh baju tu, Daia..kan aritu syarikat ni ada wat promosi..saper2 dapat 2 bar kod Daia, dia akan bagi voucher makan KFC sebanyak RM5..saya tebus 3 voucher..yeay! makan KFC freeeeee...

Voucher makan KFC selamat diterima :) Thanks

'Present' saya yang ke-2 lak adalah hadiah dari Karangkraf. Cenderahati dari filem 'World Invasion : Battle of Los Angeles. Hadiah tu merupakan lampu suluh LED kecik dan ada 6 mata skru kecik didalamnya..nice gift

Thanks to Karangkraf (Majalah KLIK!)

Thursday, November 17, 2011

Cara Mudah Buat duit sekurang2nya $100/sebulan melalui fiverr.com


Mungkin ramai yang pernah dan sudah mendengar mengenai Fiverr, tetapi bagi yang belum maka ini adalah peluang anda untuk buat duit.

Fiverr tempat untuk berniaga apa sahaja dengan serendah $5 (USD).
Alamatnya www.fiverr.com

Anda hanya perlu daftar dan jual sesuatu pada USD5 (Apa sahaja)

Contohnya:
1. Kiriman poskad dari Malaysia
2. Jual Facebook account
3. Ajar Programming
4. Testimonial untuk product
5. Terjemahan
6. Dan macam-macam

Langkah #1
Buka website www.fiverr.com dan register.
Hanya perlu klik button 'SIGN IN' atau Connect Facebook spt dibawah.

Langkah #2

Anda akan diminta untuk verify account melalui email.

Langkah #3
Mulakan tawar perkhidmatan anda, tetapi...
Research apa kehendak/atau kemahuan customer paling tinggi dahulu.
Lihat gambar di bawah:

- Yang color HIJAU itu adalah permintaan customer worldwide
- Lihat atas sekali "make me a Twitter page for construction biz"
- Maknanya customer ini menawarkan $5 (USD) kepada sesiapa yang tolong dia buka Twitter
- Susah ke nak buka Twitter??

Lagi Sample:
- Lihat warna HIJAU di tengah-tengah
- Ada customer taip 'Give me style Advice'
- Maknanya dia ni tak reti nak bergaya dan dia minta nasihat
- Susah ke nak bagi nasihat (kalau anda pandai bergaya?)

* Kesimpulannya, ada benda yang anda tahu dan mereka tak tahu/malas nak buat, dan begitu juga sebaliknya. Jadi mereka menawarkan $5 (USD) kepada mereka yang sudi membantu

Langkah #4
Kenal pasti apa demand atau permintaan yang paling tinggi berdasarkan research anda tadi.
Mulakan strategy untuk senaraikan beberapa service yang anda rasakan bagus (pastikan kreatif)

Langkah #5
Klik pada 'Seller' di atas sekali dan Create GIG.
GIG adalah perkhidmatan yang anda akan tawarkan.
1 GIG bersamaan dengan $5 (USD)

Langkah #6
Isi segala info yang diminta dan klik 'Save'

DONE! GIG anda akan diproses dalam masa 24 jam untuk approval.

Andaikata ada yang berminat dengan perkhidmatan anda, mereka akan klik Order Now dan anda akan mendapat msg dari client.

Anda akan mendapat bayaran melalui Paypal selepas 15 hari raikh completed GIG. Dan dari Paypal anda boleh transferkan ke mana2 akaun tempatan anda.

Dan jangan lupa promosikan GIG anda di facebook mahupun kaedah lain jika perlu.

Setkan target untuk mendapat at least 20 customer dalam sebulan.
Cipta atau create GIG yang pelbagai dan kreatif.
Maka tidak mustahil anda dapat $100/mth.

Semoga Berjaya!

Thanks to : carigold forum

Wednesday, November 16, 2011

Apa kata bangsa Cina..

Bukan nak racist, saja menyedarkan bangsaku agar jangan terus Me.. LAYU. Jangan teruss TANAH Dipijak Milik Orang..



Apa kata bangsa Cina..

•KAMI datang dalam kemiskinan, anda sudah ada berada di sini semenjak nenek moyang anda.

•KAMI duduk dibawah terik matahari berniaga, semasa anda meminta bahagian anda dari cukai.

•KAMI mengira saving dan expense keluarga kami, semasa anda mengira apa yg boleh anda belanjakan dgn wang anda.

•KAMI berusaha mencari apa yg boleh kami jadikan wang, ketika anda sedang berusaha mencari apa yg boleh dijadikan barang.


•KAMI rela makan nasi 1 kali sehari demi masa depan, semasa anda menuntut makan 3 kali sehari.

••….50 TAHUN BERLALU….••

(*) KAMI menikmati apa yg telah kami perjuangkan, semasa anda berkata “Cina tak guna, kawal ekonomi negara
kami!”

(*) KAMI melancong ke luar negara setiap tahun,semasa anda kecoh akan kenaikan harga barang.

(*) KAMI bersyukur atas hasil kerja keras kami semasa anda sedang mengutuk negeri ini.

(*) KAMI bercerita tentang bagaimana indahnya hidup ini,ketika anda bercerita tentang pahitnya hidup sekarang ini.

(*) KAMI berfikir makan apa esok, ketika anda berfikir apakah esok dapat makan.

(*) MASA kami menikmati puncak kejayaan, anda menyalahkan kami atas kemiskinan keluarga anda.

(*) KAMI tahu kami hanya pendatang, tapi kami tahu bagaimana membuat kami menjadi lebih bererti di mata bangsa2 lain.

(*) KAMI tahu kami hanya penumpang, tapi kami tahu bagaimana kami berjuang dlm sukarnya hidup menumpang.

(*) KAMI berusaha, wang bukan jatuh dari langit. Kini anda yang meratap mengapa negeri ini penuh dgn kami yg berada diatas…

(*) KAMI bukan sombong, kami bukan membenci anda, tapi kami ingin hidup seperti apa yg nenek moyang kami ajarkan…..

“JANGAN MEMINTA, TAPI BERUSAHA”!!!!

Thanks to : http://www.isuhangat.net

Saturday, November 12, 2011

'LIKE' diperlukan!

Salam all,


Bwat pengetahuan korang, saya ngah join satu contest, dimana pemenangnya akan ditentukan dengan bilangan 'LIKE' yang paling banyak..So, jika anda anda akaun Facebook tu, hope leh tolong saya like gambar ini : http://on.fb.me/vInWrn ..Terima kasih bebanyak kepada yang sudi like, dan jika anda nak saya tolong LIKE page, photo or post anda, sila comment link anda di bawah ni yea..thanks..

'LIKE' gambar seperti di bawah ni yea :


Linknya di sini, KLIK SINI ->>> http://on.fb.me/vInWrn

Sila Login ke akaun Facebook anda terlebih dahulu sebelum 'LIKE' yea..terima kasih banyak-banyak :)

Tuesday, November 8, 2011

Exam Over!


Huhu, just nak berkongsi kegembiraan disini, exam saya baru je tamat! Yeah..lega rasanya..sejak praktikal banyak btol kena bwat..sejak naik dari cuti raya aritu, bermula dengan buku amali, buku log, esaimen dan akhir sekali exam..jenuh sebenarnya hidup sebagai student..

Sebab fokus kat exam, saya abaikan sket aktiviti di alam maya nih..Huhu, blog ni pun dah berzaman x update..Mula2 lepas lepas exam aritu, surf forum WangCyber dan terbaca contest yang dianjur oleh bro Amirul Mukmin, nampak cam best, so saya pun join la, masa terluang pun banyak skarang nih..

Sesapa yang berminat nak join leh baca dulu maklumat di SINI , sesapa yang ada FB tu yang bermurah ati nak support saya leh LIKE pic yang saya hantar di SINI , pastikan login ke akaun FB anda terlebih dahulu yea..thanks banyak-banyak :)

Friday, October 7, 2011

Larutan-larutan di makmal Histopatologi

Salam, di sini saya akan memaparkan larutan-larutan yang digunakan di makmal Patologi Anatomi atau lebih dikenali sebagai makmal Histopatologi. Selama sebulan saya disini berbagai-bagai benda saya pelajari. Daripada penerimaan spesimen sehingga ke penglabelan slaid.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua staf-staf makmal Histo yang memang supportive dan helpful belaka :)


Asid Hidroklorik, ni asid yang pure, xbwat pencairan lagi..kalau buka penutup botolnya,
wap putih cam asap keluar..pergh, ni kalo kena kulit, memang xsampai sesaat kulit abeh cair beb..kena berhati-hati kendalikannya, seelok-eloknya buka penutupnya di kebuk wasap.

Carbol Fuchsin, untuk buat staining a.k.a pencelupan


Methanol, sejenis cecair dalam kumpulan alcohol

Reagent Alcohol 100%. Digunakan untuk buat larutan alcohol yang lebih cair seperti 95% alcohol dan 80% alcohol


Papanicolaou EA 50. Digunakan dalam proses pencelupan.


Osteomoll solution. Digunakan dalam proses dekalsifikasi. Kandungannya adalah 10% asid hidroklorik dan 4% Formaldehyde

Schiff's Reagenz. Digunakan dalam pencelupan Peridic Acid Schiff(PAS)

Xylene

Surgipath Paraplast Plus : Paraffix wax yang digunakan dalam proses embedding.

P/S : Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar..

Sunday, October 2, 2011

Payment ke-2 dari fiverr.com

Payment ke-2 dari fiverr.com setelah berpenat-lelah menyiapkan tugasan yang diberikan, alhamdulillah dapat byk task di Fiverr.com walaupun saya offer 2 service jea..kalo offer lebih takut tak cukup tangan plak nak bwat..

Kepada sesiapa yang diluar sana ada talent atau kebolehan untuk membuat apa2 service kat tenet ke, offline ke, baik offerkan kat Fiverr.com, website tu mmg tgh top di seluruh dunia :)

Setel 5 task saya terus withdraw ke PayPal saya :)

Payment ke-13 dari microWorkers guna Alertpay

Salam all,
saya dah lama dapat cashout ke-13 dari microWorkers,
just lambat update kat blog nih..
cuma cashout kali nih berbeza skit sebab cashout guna Alertpay,
microWorkers dah 'disable'kan penggunaan PayPal..
xtau kenapa microWorkers 'disable'kan PayPal..
padahal PayPal is the best way to pay online :)

Payment ke-13 dari microWorkers

Wednesday, September 21, 2011

Payment dari fiverr.com sepantas kilat

Salam all,

firstly nak ucapkan thanks sekali lagi kepada admin fiverr.com kerana payment daripada website ini ke paypal amat pantas(instant payment!). Tapi pastikan segala upah anda telah di"cleared"kan terlebih dahulu sebelum leh cashout ke PayPal. Nasib baik la fiverr.com ni masih menggunakan PayPal sebagai medium pembayaran. Kalau microWorkers dah tak pakai dah PayPal, mereka pakai Alertpay @ Moneybookers.

Untuk pengetahuan semua, fees PayPal adalah yang termurah untuk transfer dwet dari PayPal ke bank di Malaysia seperti Maybank @ CIMB. Cas dia RM3 je skali transaksi, berbanding ngan Alertpay, dorang kenakan cas RM15 skali transfer..

Ok, berbalik kepada citer asal, ni proof dari fiverr.com yang membuktikan site ni memang leh bwat dwet kepada sesapa yang berusaha dan rajin..

Pembayaran yang ke-2 selamat diterima dari fiverr.com secara instant :)