Thursday, July 24, 2014

Hamper Dashing daripada Karangkraf

Alhamdulillah balik dari kerja, ada bungkusan berat daripada Karangkraf..mmg berat pun, ingat pe menda, lepas bukak baru tau barang2 Dashing..rasanya dapat daripada peraduan di Maskulin..

Biasanya majalah Maskulin yang ada peraduan2 minyak wangi, pencuci muka, syampoo dan penjagaan diri. Kalo majalah KLIK plak kebanyakkan hadiah dorang bagi adalah barang2 filem..jom layan gambar :)

Saturday, June 28, 2014

Selamat datang Ramadhan 2014


Selamat berpuasa kepada semua umat islam..Semoga kita mendapat berkat dan pahala yang banyak dalam bulan yang mulia ini..

Sunday, April 13, 2014

Tugu Negara

Buat pertama kalinya pergi ke tugu negara..lama dah lalu lalang cuma x berkesempatan nak singgah..kedudukannya berdekatan dengan tasik perdana, seberang jalan jea..






Sunday, March 16, 2014

Sweetie Mochi - Sedap tapi kecil

Haritu ke kedai, bila masuk terlihat la roti terbaru nih..x tau la baru ker x, tapi ni 1st time aku tengok..harga agak mahal RM3.30, but sebab aku suka mencuba benda baru, so beli la..rasa dia agak sedap, tapi kecik jea..x puas makan..ada 4 keping je





Oat Segera Brand Hexa

Oat segera brand Hexa, lebih murah berbanding quaker oat..



Tamiya 4WD - Tridagger X

Tamiya 4wd fully cowled 4wd mini series Tridagger X..dibeli pada 15 March 2014 berharga RM35 :)









Universal Studios Singapore Ticket

Tiket untuk ke taman tema Universal Studios di Singapura..ianya telah diberikan kepada saya oleh seorang rakan yang telah berkunjung ke sana..




Saturday, March 8, 2014

Kereta Perodua Viva 1.0

Sebuah kereta perodua viva 1.0 berwarna hitam..



Muzium Negeri Kedah Darul Aman

Berikut adalah gambar pemandangan bangunan muzium negeri Kedah Darul Aman yang terletak di bandar Alor Star.

Suzuki Swift dan Perodua Viva

Suzuki Swift Putih dan Perodua Viva


Nasi Goreng Kuang

Ni adalah salah satu nasik goreng feveret aku yang terdapat kat Kuang nih..
kuantiti dia mmg banyak..makan pagi leh tahan sampai malam..hehe



Kotak Tisu Feveret Aku

Tisu Premier untuk kegunaan makmal :)

Perfume Replika Murah

Salam semua,

harini saya nak posting pasal perfume replika..aku berminat dgn perfume replika sebab ianya murah daripada original, bukan murah sikit, BANYAKKK..lagipun kualitinya agak okay la..

di sini aku nak kongsikan cara nak dapatkan sebotol harga perfume replika dengan harga yang sangat murah iaitu dalam RM20 - RM25 sebotol..untuk pengetahuan semua, kalo harga pasar malam sebotol RM40 - RM60 , kalo nego kaw2 pun mungkin leh dapat harga paling rendah dalam RM30 - RM35.

Begini, anda semua tahu x plaza pemborong GM kat terletak kat chow kit dan bukit tinggi klang?? Ahaa..dekat sana anda leh dapatkan harga borong bagi perfume replika nih..tapi rahsianya anda kena beli 3-6 botol sekaligus.., kalo beli satu kena harga RM30- RM35, ok la tu kita beli banyak, kita leh bwat stok atau bagi pada kawan atau teman tersayang..

harga borong biasa sebotol pewangi ni RM25, tapi kalo anda pandai nego, anda leh dapatkan harga RM120 untuk 6 botol..kalo pandai ayat, leh dapat lagi murah..SERIOUSSS...

nah tgk gambar perfume replika yang saya borong.. :)




Isipadu setiap pewangi dalam botol ni adalah dalam 100ml ke 125 ml..wangiiiiiii