Iklan maggi kat majalah dulu-dulu..memang lain dah rupanya maggi sekarang ngan dulu..
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Saturday, August 2, 2014
Iklan Ajinomoto dolu-dolu
Rasanya ramai di antara kita tak penah usha2 gambar iklan2 lama di akhbar dulu..berikut adalah iklan Ajinomoto kat akhbar tahun 80-90an..
Klik pada gambar untuk besarkan..
Klik pada gambar untuk besarkan..
Fosil dinosaur pertama di Malaysia
KUALA LUMPUR: Ahli paleontologi dari Universiti Malaya dan dua Universiti Jepun telah menemui fosil dinosaur pertama di Malaysia.
Fosil gigi ditemui di luar bandar Pahang.
Ketua penyelidik Jepun Dr Masatoshi Sone dari Universiti Malaya berkata fosil itu ditemua Ogos lalu selepas kerjasama dengan Universiti Malaya bermula sejak September 2012.
Fosil gigi "Sample UM10575" milik dinosaur Spinosaurid, yang dikenali sebagai karnivor dan memakan ikan.
"Ia dijangka bahawa fosil dinosaur lain masih kekal di Malaysia" kata wakil Universiti Malaya Dr Masatoshi, yang juga bekerjasama dengan penyelidik daripada University Waseda dan University Kumamoto dari Jepun.
Para penyelidik juga mengatakan mereka akan terus menyelidik lanjut dan berharap untuk menjalankan siasatan yang lebih luas.
Penemuan fosil gigi "Sample UM10575" milik dinosaur Spinosaurid, yang dikenali sebagai karnivor dan memakan ikan itu meyakinkan pengkaji bahawa fosil dinosaur lain masih kekal di Malaysia.
Selipar daripada tayar terpakai
Selipar daripada tayar terpakai? hurm..bagus gak gini, dapat reuse tayar terpakai..dapat gak jana pendapatan, hasil tangan dorang ni pun nampak cantik..
Kalau mahal pun takpe, janji tahan lama dan berkualiti tinggi, kan?
Harimau Tasmanian Pupus Dari Muka Bumi
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Harimau Tasmania(Tasmanian Tiger) atau nama saintifiknya Thylacinus Cynocephalus.
Haiwan ini sebenarnya bukan sejenis harimau,tetapi ia adalah marsupial pemakan daging (karnivor) yang paling besar diketahui pada zaman moden.
Namun sayangnya, haiwan yang pernah mendiami bumi Australia, New Guinea dan Tasmania ini telah dianggap pupus pada tahun 1986, 50 tahun selepas Harimau Tasmania yang terakhir mati pada tahun 1936 di Tasmania's Horbart Zoo.
Kepupusannya adalah disebabkan perburuan haram,serangan penyakit,anjing dan gangguan manusia.
Terdapat juga usaha untuk mencari saki baki spesis haiwan ini yang masih hidup di habitat asalnya, namun sehingga sekarang masih belum ditemui sebarang bukti kewujudannya.
Yang tinggal hanya tinggalan gambar-gambar dan fosil-fosil sahaja..Memang sadis.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























