Thursday, March 5, 2015

Burung belatuk terbangkan wesel

Gambar menunjukkan seekor wesel berpaut di atas belakang burung belatuk hijau di Taman Hornchurch Country di timur London.
LONDON – Imej rakaman seorang jurugambar amatur keadaan seekor burung belatuk hijau terbang dengan seekor wesel di atas belakangnya menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Jurugambar tersebut, Martin Le-May, 52 berkata, dia secara kebetulan merakam imej luar biasa itu ketika bersiar-siar bersama-sama isterinya di sekitar Taman Hornchurch Country sebelum memuat naik gambar itu melalui akaun Twitternya.


LE-MAY bersama kameranya.


Menurut Martin, walaupun gambar tersebut menunjukkan dua ekor haiwan itu dalam keadaan baik namun, mamalia kecil tersebut sebenarnya telah menerkam burung berkenaan dan ingin menjadikannya sebagai mangsa.
Sementara itu, Penasihat Hidupan Liar kepada Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Richard James berkata, gambar wesel dan burung belatuk tersebut sangat mengagumkan.
“Wesel adalah pemangsa yang ganas dan sering menyerang mangsa yang lebih besar daripada dirinya sendiri dan dalam hal ini nampaknya haiwan tersebut telah menyasarkan burung belatuk itu sebagai mangsanya.
“Burung itu sangat kuat sehingga mampu menerbangkan wesel seberat 190 gram serta sangat bernasib baik berjaya melepaskan diri,” katanya.
Gambar itu menjadi viral di media sosial apabila ribuan pengguna berkongsi imej berkenaan yang disifatkan sebagai satu dalam sejuta. – Agensi

sumber : Kosmo

Wednesday, March 4, 2015

Shortcut dalam Microsoft Word

Harini baru ku tahu..huhu, jom cuba ramai-ramai :)

Dompet Alien Workshop

salam semua,

hari ni tengah surfing the net, ada ternampak satu dompet legend..dompet ALIEN WORKSHOP!! tros aku imbas sejarah time bila aku pakai wallet nih..aha, zaman sekolah rendah tahun 90an..memang legend tol la..

Sunday, March 1, 2015

KL Sentral : Sebelum dan Selepas


Sebelum


Selepas


(sila klik gambar untuk besarkan)

Sejarah asal-usul "BORNEO"



Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Ianya dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut. Di bahagian timurnya pula menghampar Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Makasar. Di bahagian selatan Borneo pula adalah Laut Jawa dan Selat Karimata. Pulau Borneo juga di sebelah baratnya adalah Semenanjung Malaysia dan Sumatera dan di sebelah selatan adalah Jawa manakala di sebelah timur adalah Sulawesi dan timurnya pula adalah Filipina.

Dengan keluasannya iaitu 743,330 km persegi, Pulau Borneo merupakan pulau terbesar di Nusantara dan pulau Borneo terdiri daripada 4 negara iaitu Sarawak dan Sabah yang dikenali sebagai Malaysia Timur. Sarawak dan Sabah berserta Semenanjung Malaysia adalah negara pembentuk Gagasan Malaysia. Kalimantan pula merupakan salah satu daripada wilayah Republik Indonesia. Manakala Negara Brunei Darussalam merupakan satu lagi negara yang juga lokasinya terletak di Pulau Borneo.

Di Borneo inilah terletaknya Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia iaitu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras permukaan laut. Gunung Kinabalu ini bukan sahaja puncak tertinggi di Malaysia malah ianya juga merupakan puncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Selain daripada jika dilihat daripada sungainya pula Sungai Kapuas yang terletak di Kalimantan Barat merupakan sungai yang terpanjang di Republik Indonesia manakala Sungai Rejang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia.



Inilah Pulau Borneo yang gah namanya daripada puncak tertinggi sehingga ke sungai-sungainya yang panjang. Selain daripada Pulau Borneo juga mempunyai seribu satu lagi keindahan baik daripada segi budaya dan warisannya yang tidak pernah ada di tempat lain di seluruh dunia. Borneo Nama Diberi… itulah tajuk artikel pada kali ini sebagai satu perkongsian informasi untuk kita semua. Ini kerana dunia mengetahui bahawa Pulau Borneo ini adalah antara nama pulau yang mempunyai paling banyak panggilannya suatu waktu dahulu. Bersama-samalah dengan Borneo Oracle untuk menjelajahi apakah nama-nama bagi Pulau Borneo dari dahulu sehinggalah sekarang.

Po-Li / Po-Lo / Po-Ni / Bun-Lai

Menurut catatan daripada pengembara dari Tembok Besar China sekitar abad ke 8 hingga 9, Borneo dicatatkan sebagai Po-Li atau Po-Lo atau Po-Ni atau Bun-Lai. Di ketika itu dicatatkan juga bahawa di Borneo sudah pun mempunyai banyak peradaban iaitu kerajaan kuno negeri yang juga mempunyai hubungan perdagangan dengan saudagar dari Tembok Besar China.

Chua Jui Ka

Pada tahun 1225 seorang penjawat dari Tembok Besar Negara China yang datang ke Borneo pernah mencatatkan di dalam jurnal perjalanan yang merujuk Borneo sebagai Chua Jui Ka.

Suvarnadyipa

Jika Suvarnabhumi yang bermaksud Tanah Emas adalah merujuk kepada Semenanjung Asia Tenggara termasuk Burma dan Semenanjung Thai dan juga Semenanjung Malaysia suatu waktu dahulu. Suvarnadyipa pula yang bermaksud Kepulauan Emas adalah merujuk kepada kepulauan-kepulauan sekitaranya dan ini termasuk Pulau Borneo suatu waktu dahulu. Ini termasuklah Sumatera dan Jawa seperti di kawasan tanah tinggi Minangkabau dan Borneo yang sememangnya kaya dengan perlombongan emas yang diusahakan secara kaedah primitif suatu waktu dahulu. Nama Suvarnadyipa itu adalah ketika Borneo rata-ratanya wilayahnya adalah di dalam pengaruh empayar besar Srivijaya. Nama Suvarnadyipa ini juga digunakan di dalam teks-teks kuno Hindu dan Pulau Chryse yang merujuk kepada empayar Srivijaya yang kewujudannya adalah pada abad ke-7 sehingga ke-11.

Bona Fortuna

Asal nama Bona Fortuna ini adalah daripada bahasa Itali yang bermaksud bernasib baik atau Good Luck di dalam bahasa Inggeris. Bona Fortuna ini adalah merujuk kepada perjalanan bangsa Eropah yang telah masuk ke kawasan pendalaman di Pulau Borneo yang penuh dengan kekayaan fauna dan flora malah juga binatang-binatangnya yang unik yang tidak seperti di tempat lain.

Boni

Menurut sumber-sumber dokumen sejarah bangsa Cina juga menunjukkan bahawa Borneo juga dikenali sebagai Boni. Ini kerana hubungan diplomatic terawal di Borneo dengan negara China dicatatkan sudahpun terjalin sejak kewujudan Negara Brunei yang wujud pada sekitar abad ke-7 seperti yang dicatit di dalam Taiping Huanyuji (978M). Namun begitu pada ketika itu Negara Brunei diperintah oleh raja-raja yang mempunyai pengaruh Hindu dan beragama pagan.

Bornei

Sekitar abad ke-14 hampir keseluruhan bumi Borneo dikuasai oleh empayar Brunei dan pada ketika itu. Zaman ini adalah apa yang dipanggil zaman kegemilangan Sultan Bolkiah iaitu sultan ke-5 Kesultanan Brunei Darussalam. Nama Bornei ini merujuk kepada satu catatan yang direkodkan oleh Ludavico di Varthema yang datang di Borneo pada tahun 1550.

"We arrived at the island of Bornei which is distant from the “Maluch” about two hundred miles, and we found that it was somewhat larger than the aforesaid and much lower. The people are pagans and are men of goodwill. Their colour is whiter than that of the other sort....in this island justice is well administered..."

Kalimantan

Suatu waktu dahulu Borneo juga dikenali sebagai Kalimantan. Namun begitu persoalan nama Kalimantan itu berkisar kepada wilayah yang ada di Pulau Borneo sekarang. Mengikut sejarah sekarang Kalimantan adalah dibawah Republik Indonesia manakala Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia dan Negara Brunei sebagai satu negara yang lain dan keempat-empatnya terletak di Pulau Borneo.

Jika dirujuk kepada asal nama Kalimantan atau Klemantan sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Kalamanthana. Kalamanthana itu bermaksud pulau yang udaranya sangat panas kerana pulau Borneo dikelilingi oleh lautan dan selat di mana-mana bahagian. Penduduk asli Pulau Borneo yang rata-ratanya masyarakat etnik Dayak pulak memanggilnya Klemantan atau Quallmontan yang akhirnya mempertuturkannya menjadi Kalimantan.

Namun begitu, kita mengetahui bahawa wilayah yang dikenali sebagai nama Kalimantan sekarang juga mempunyai beberapa kerajaan kuno yang gah suatu waktu dahulu dan jajahan kerajaan kuno ini juga ada yang mencakupi wilayah Sabah mahupun Sarawak sekarang.

Ketika kegemilangan empayar Singhasari ianya disebut sebagai Bakulapura iaitu jajahan takluk empayar Singhasari di sebelah barat daya Pulau Borneo. Bakula mengikut bahasa Sanskrit bererti pohon tanjung atau nama saintifiknya Mimusops elengi. Bakulapura juga dipanggil Tanjungpura yang bermaksud kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan yang ada banyak pohon Tanjung.

Di ketika dibawah Kerajaan Majapahit pula Pulau Borneo juga disebut sebagai Tanjung Nagara seperti yang diceritakan di dalam Kekawin Nagarakretagama yang ditulis oleh Empu Prapanca pada tahun 1365 yang merujuk wilayah Tanjung Nagara adalah mencakau sehingga ke Saludung iaitu nama lama Manila dan juga Kepulauan Sulu.

Menurut Hikayat Banjar yang ditulis pada tahun 1663 pula, Kalimantan dirujuk sebagai Hujung Tanah. Nama Hujung Tanah ini lebih mengarah kepada bahagian timur Pulau Borneo sekarang kerana disinilah banyak kerajaan-kerajaan negeri yang menjadi penghantar ufti kepada Kerajaan Banjar suatu waktu dahulu.

Mengikut satu naskah yang dipanggil Ramalan Prabu Jayabaya yang ditulis sewaktu berdirinya Kerajaan Kadiri (Pajalu). Teks Jawa Kuno ini mengisahkan sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan dan ianya menyebut Borneo sebagai Nusa Kencana.

Borneo

Nama Borneo itu sebenarnya wujud pada abad ke-15 iaitu ianya merujuk kepada sebuah pohon yang dinamakan Borneol. Di dalam bahasa saintifiknya adalah Dryobalanops camphora yang juga dikenali sebagai pohon kapur untuk mengeluarkan kapur barus. Pohon ini banyak terdapat di Borneo pada waktu itu dan ianya sememangnya antara tarikan bangsa Eropah untuk mengunjungi Pulau Borneo memandangkan pohon Borneol yang mengeluarkan kapur barus adalah antara produk utama di dalam penghasilan minyak wangi. Akhirnya pelat bahasa Eropah digunakan yang menyebabkan sebutannya menjadi Borneo.

Dan ada juga catatan yang mencatatkan bahawa perkataan Borneo itu merujuk kepada Brunei atau Baruni yang juga merupakan empayar besar di Borneo pada waktu itu. Akhirnya pelat bangsa Eropah menjadikan ianya dipanggil Borneo.

Inilah sekelumit ruang informasi di dalam kita cuba mengenali nama Borneo iaitu satu pulau yang ketiga terbesar di dunia dan Sabah, Sarawak, Negara Brunei dan Kalimantan adalah wilayah-wilayah yang berada di Pulau Borneo sekarang. Pulau Borneo yang sememangnya mempunyai banyak nama-nama sejak dari dahulu lagi iaitu melalui apa yang dicatatkan di dalam manuskrip sejarah kuno daripada pelbagai bangsa di dunia. Ketahuilah ia sebagai sumber wacana ilmu untuk kita.

Sumber:
https://www.facebook.com/BorneoOracle

Sandokan - The Tiger of Malaysia




Seorang novelis berbangsa Itali bernama Emilio Salgari pernah menulis satu novel dibawah kategori fiksyen yang berjudul “Sandokan” sekitar tahun 1849. Novel ini diterbitkan secara berjilid-jilid dan jualannya umpama pisang goreng panas di benua Eropah suatu waktu dahulu. Novel ini juga diangkat menjadi satu filem animasi berjudul “Sandokan” dan sehingga sekarang filem animasi ini sentiasa memenuhi ruang tayangan di stesen-stesen tv di seluruh dunia termasuk Malaysia. Siapakah Sandokan ini sehingga membenarkan seorang bangsa Eropah mengangkatnya sedemikian rupa? Inilah artikel untuk kali ini kerana hakikatnya Sandokan bukanlah seorang individu yang diterbitkan dari imaginasi seorang penulis novel TETAPI Sandokan adalah seorang anak jati bangsa Sabah yang gah namanya di Pulau Borneo suatu waktu dahulu.

Emilio Salgari
Sandokan adalah pemuda dari etnik Sungai iaitu salah satu masyarakat pribumi Sabah dan dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Kampung Melapi iaitu sebuah perkampungan di tepi Sungai Kinabatangan, Sabah. Ayah beliau bernama Maringgan dan juga di dalam bahasa sungai juga digelar dengan jolokan “Taribong Mandok Awan” yang bermaksud “Harimau Terbang”. Digelar sedemikian rupa kerana ayah Sandokan ini bukanlah calang-calang orangnya iaitu penuh ilmu di dadanya samada di dalam tingkah peperangan darat mahupun lautan. Maringgan adalah tokoh yang amat dihormati di kawasan sekitar Sungai Kinabatangan dan Sandokan mewarisi pangkat Ketua Kampung Melapi itu daripada ayahnya dan kerana akrabnya Sandokan dengan ayahnya maka banyaklah ilmu perang yang diwariskan kepada Sandokan.


Dan kerana itu juga Sandokan mendapat jolokan yang sama seperti ayahnya iaitu “Taribong Mandok Awan”. Ibu Sandokan bernama Adoran juga anak Sungai dan perkahwinannya dengan Maringgan dikurniakan dengan 5 orang anak lelaki iaitu Kasannudin, Paid, Manggi, Sandokan dan Pagkon. Pejuang anak Sungai yang gah namanya di bumi Sabah suatu waktu dahulu iaitu Pengiran Digadong Sammah bin Pengiran Ebey merupakan keturunan secara langsung kepada Sandokan. Pengiran Sammah adalah anak Sungai yang bangun menentang penjajahan British North Borneo di Kinabatangan sehingga dihukum mati oleh pemerintah British North Borneo pada 12hb Februari 1884.

Keluarga Sandokan adalah antara keluarga etnik Sungai yang berpengaruh di Kinabatangan kerana secara azalinya mereka adalah keluarga yang kaya raya hasil daripada perniagaan keluarga iaitu sarang burung. Keluarga Sandokan sehingga sekarang dikatakan masih lagi mewarisi perniagaan sarang burung di kawasan sekitar Gua Gomantung. Kerana berkuasanya keluarga Sandokan di situ sehingga membenarkan mereka mempunyai kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk keluarga mereka satu kawasan di Gua Gomantung. Kawasan perkuburan ini dijaga baik sehingga ke hari ini oleh waris-waris keluarga Sandokan. Kehebatan Sandokan di dalam perniagaan sarang burung serta memperjuangkan kebatilan di bumi Kinabatangan tersangat gah sehingga beliau menjadi kebencian kepada British North Borneo. Inilah antara ceritera kehebatan individu yang digelar oleh bangsa Eropah sebagai “lanun” sedangkan hakikatnya beliau merupakan pejuang tempatan bangsa Sabah suatu waktu dahulu.

Kehebatan Sandokan bukan sahaja di bumi Kinabatangan tetapi juga beliau telah banyak menabur bakti di sebuah kerajaan negeri yang pernah berada di bumi Sabah suatu waktu dahulu iaitu Kerajaan Marudu. Sandokan merupakan sahabat baik kepada pemerintah Kerajaan Marudu iaitu Syarif Osman. Sekitar awal tahun 1800M Kerajaan Marudu dibawah kepimpinan Syarif Osman merupakan sebuah kerajaan yang kaya raya baik dari segi ekonomi dan social kerana lokasinya yang strategic untuk sesiapa sahaja datang berniaga. Pada ketika itu British North Borneo tidak senang dengan kebolehupayaan Kerajaan Marudu di bawah pentadbiran Syarif Osman kerana ianya menganggu perluasan kuasa mereka di bumi Sabah pada waktu itu. Syarif Osman yang mendapat khidmat sepenuhnya oleh Sandokan telah gah namanya sehingga ke Sulu di Filipina malah mereka juga telah menguasai kawasan sempadan samada lautan mahupun daratan pada masa itu.



Kemuncak keagungan Kerajaan Marudu adalah apabila pada Ogos 1845, Kerajaan Marudu dibawah pimpinan Syarif Osman dengan Sandokan sebagai tulang belakangnya telah berperang dengan tentera British North Borneo yang juga dibantu oleh James Brooke dari Sarawak Kingdom. Dengan bala tentera yang ramai ditambah lagi dengan penggunaan kapal sekonyer daripada James Brooke menyebabkan akhirnya Syarif Osman dibantu Sandokan kalah di dalam peperangan tersebut. Apabila kalah, Sandokan dan Syarif Osman telah berundur ke Pulau Kuraman (Momprachem).

Ketika di Pulau Kuraman, Sandokan telah membina kubu dan di sinilah Sandokan dengan tenteranya yang terdiri daripada anak watan Sabah yang lain telah meningkatkan operasi menyerang balas kepada penjajahan British North Borneo di Sabah serta turut menyerang mana-mana kerajaan negeri di Sabah pada waktu itu yang bersekongkol dengan British North Borneo. Menurut cerita dikatakan British North Borneo berang dengan tindakan Sandokan telah bertindak menyerang perkampungan Sandokan di Melapi, Kinabatangan sehingga menyebabkan ramai keluarganya telah berhijrah keluar daripada Kinabatangan dan merekalah antara penduduk awal yang mendiami Sandakan, Sabah sekarang malah nama Sandakan itu sendiri diberi berdasarkan kepada nama Sandokan.


Berang dengan kejadian yang menimpa keluarganya, Sandokan berserta Syarif Osman yang di dalam buangan semakin merancakkan penentangan mereka. Kekuatan bala tentera Sandokan ini juga dibarisi oleh pelaut daripada bangsa Portugis iaitu Yanez de Gomera dan Tremel-Naik dari Benggala. Dengan gabungan inilah Sandokan berperang di laut dengan tentera British North Borneo dan James Brooke dan setiap bahtera Sandokan akan dinaikkan bendera peribadi Syarif Osman dari Kerajaan Marudu iaitu bendera merah harimau. Dan kerana itulah Sandokan dilabelkan sebagai Lanun bagi British North Borneo dan James Brooke sedangkan hakikatnya Sandokan adalah pejuang tempatan bangsa Sabah yang bangun menentang penjajahan mereka.




Inilah sekelumit sejarah Sandokan iaitu individu yang dilabelkan oleh bangsa Eropah sebagai Lanun di dalam novel Sandokan oleh seorang novelis berbangsa Itali iaitu Emilio Salgari. Lebih memeritkan lagi di dalam novel terkenal itu Sandokan dikatakan adalah rekaan semata-mata sedangkan Sandokan itu wujud sebenarnya di bumi Sabah. Sudah menjadi lumrah bagi bangsa Eropah melabelkan sesiapa penentang mereka sebagai lanun seperti juga Rentap Libau, bangsa Sarawak dari etnik Iban yang dilabelkan sebagai lanun oleh pemerintahan James Brooke di Sarawak Kingdom. Sandokan, bangsa Sabah dari etnik Sungai juga mendapat nasib yang sama.

Sejarah ini sengaja digelapkan daripada pengetahuan kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan Sabah Sarawak khususnya kerana tidak mahu kita mengetahui sejarah sebenar kita sendiri sedangkan suatu waktu dahulu kita juga pernah ada pahlawan yang terbilang yang bernama Sandokan “The Tiger Of Malaysia”.


sumber :


http://en.wikipedia.org/wiki/Sandokan
http://syakilrizkullah.blogspot.com/...of-borneo.html
http://www.imdb.com/title/tt0074050/
http://www.amazon.com/Sandokan-Pirat.../dp/0978270738
http://www.cindyvallar.com/sandokan.html

Lelaki dengan bulu mata terpanjang di dunia



KIEV 1 Mac. – Seorang lelaki warga Ukraine mendakwa mempunyai bulu mata terpanjang di dunia menerusi diet ‘khas’ yang enggan didedahkan kepada orang ramai.

Menurut portal Mail Online, Valery Smagliy, 58, mempercayai punca bulu matanya yang unik itu adalah berikutan perubahan diet makanan yang diamalkannya, baru-baru ini, sekali gus memberi peluang kepada wanita untuk mendekatinya.

Smagliy berkata, dia me*nyimpan bulu matanya kerana sukakan perhatian daripada wa*nita yang kagum dengan bulu matanya itu, namun Smagliy merancang untuk memotongnya selepas dia pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat ukuran rasmi.

Ini disebabkan dia tidak mampu menampung ‘berat’ bulu matanya itu yang menyakitkan kelopak matanya serta menyukarkannya untuk melihat,

“Saya merancang untuk menggunakan rahsia ‘khas’ saya ini sebagai ‘alat’ untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai. Oleh itu saya tidak akan mendedahkan rahsia bagaimana bulu mata saya boleh tumbuh panjang,” katanya.

Menurut buku Guinness Book of Records, bulu mata terpanjang pernah direkodkan adalah pada 2007, milik Stuart Muller yang panjangnya 6.99 sentimeter.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar....H7g6wJOj.dpuf

Sejarah Batu Arang



TAPAK pembakaran Pasu Arang Batu yang masih kekal di Pekan Warisan Batu Arang. - Foto Zunnur Al Shafiq

RAWANG - Kewujudan pekan Warisan Batu Arang terletak di Rawang, Selangor menyimpan pelbagai kisah sejarah yang hari ini masih tersimpan di pekan berusia seabad itu.

Lokasi paling mendapat perhatian penulis di pekan ini ialah sekitar kilang batu-bata Brik Klin.

Kilang berusia hampir 100 tahun dan terletak berhampiran pusingan bulatan dalam pekan ini menyimpan pelbagai cerita misteri dan segelintir penduduk pernah mengalami gangguan atau kejadian misteri.

Penduduk yang hanya dikenali sebagai Raja, berkata penghijrahan beliau ke pekan Warisan Batu Arang sejak 30 tahun lalu mendakwa kawasan kilang ini paling banyak berlaku kejadian misteri seperti suara bayi menangis, kemunculan lembaga hitam berambut panjang dan susuk tubuh tanpa kepala.

Katanya, pernah individu yang mengambil pasu tanah liat untuk simpanan peribadi meracau-racau hingga demam dan kemudian atas nasihat pengamal perubatan tradisional memulangkan pasu terbabit, beliau akhirnya pulih seperti sedia kala.

"Kisah lain ialah kumpulan penggambaran filem seram berkisarkan hantu raya yang melakukan filem di sekitar kilang ini lari lintang pukang apabila hantu terbabit muncul di lokasi terbabit

"Kisah terbaharu yang diceritakan iaitu penggambaran mengenai filem ular yang mana seorang wanita memegang reptilia terbabit terkejut apabila ular seakan sama muncul berhampirannya," katanya sambil menasihatkan agar pengunjung tidak bermulut celupar ketika berada di kawasan ini.

Penulis sendiri berada di pintu rumah pembakaran arang batu yang masih kukuh, tetapi dilitupi akar pokok jawi turut berasa seram apabila melihat kawasan terbabit seolah-olah 'berpenghuni' selepas ditinggalkan begitu lama.

Pekan Batu Arang bermula dari sebuah perkampungan kecil dan dikelilingi hutan sehingga penemuan batu kecil berwarna hitam oleh Haji Abdul Hadi berasal dari Batang Berjuntai (kini dikenali Bestari Jaya) ketika mencari pokok rotan tahun 1908, Pekan Warisan Batu Arang pernah mencapai zaman gemilangnya selepas itu.

Kisah Bukit Emas Mini ini diceritakan oleh Setiausaha JKKK Batu Arang, Ahmad Rafie Yob, 65, ketika ditemui penulis untuk menyingkap asal usul pekan ini yang mendapat nama sebagai kawasan perekonomian terpenting di Selangor tahun 1913 hingga 1930-an.

Menurutnya, pembabitan syarikat dari British iaitu Foundation of Malayan Collieries Limited yang mengusahakan arang batu giat dijalankan selepas Sekretariat Geologi Persekutuan J.B Searreno yang mengkaji batu hitam hasil penemuan Haji Abdul Hadi yang mengesahkan mineral terbabit mampu membawa pulangan tinggi jika dikomersialkan.

Sekitar tahun 1913, J A Russell bertanggungjawab mengusahakan lombong arang batu. Beliau mengupah pekerja dari China dan India bekerja di lombong, selain penduduk tempatan.

Pekerja ini dikawal selia oleh pegawai British yang menetap di banglo di atas Bukit Nanas dan kerja mereka ialah merancang kawasan dan pembinaan infrastruktur untuk pembangunan dan laluan kereta api bagi kemudahan aktiviti melombong arang batu di sini ketika itu.

Sekitar tahun 1915-1930, industri arang batu di pekan ini semakin berkembang pesat apabila teknologi British yang menggunakan kereta lembu digantikan dengan kereta api.

Selepas itu, rumah udara (Air Shaft) dibina untuk pengaliran udara dalam terowong, pembinaan kilang batu-bata Brick Klin untuk aktiviti perlombongan.

Hasil perlombongan ini, sebanyak 15.5 juta tan arang batu dikumpul dan pendapatan RM163.3 juta berjaya diperoleh dengan penjualannya meskipun hanya diniagakan di Tanah Melayu sahaja pada masa itu.

Hasil daripada pendapatan ini, beberapa industri pertanian seperti pembukaan ladang getah dan ladang pokok teh di Cameron Highlands diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada syarikat itu.

Ahmad Rafie yang juga pesara Kejuruteraan Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) menambah, terdapat dua kaedah melombong arang batu di pekan ini dan antaranya ialah melombong di permukaan tanah (open cast) dan terowong dalam tanah.

Terdapat 11 kawasan lombong terbuka diusahakan pada zaman itu manakala kira-kira 600 meter terowong sedalam 304.8 meter berselirat dikorek dan dibina bawah tanah Pekan Batu Arang untuk kerja melombong arang batu.

"Hari ini terdapat pintu masuk terowong yang masih boleh dilihat manakala terowong dalam tanah tidak boleh dimasuki pengunjung kerana dipenuhi air," katanya.

Meskipun begitu, zaman kegemilangan perlombongan arang batu tidak bertahan selamanya apabila sekitar tahun 1936 hingga 1959 berlaku permasalahan besar arang batu apabila permintaannya semakin merosot kerana penggunaan minyak diesel.

Ketika itu, berlakulah peristiwa bantahan pekerja yang melancarkan mogok. Selepas itu, berlaku pencerobohan tentera Jepun di Tanah Melayu dan serangan pengganas komunis di kawasan perlombongan menyebabkan aktiviti ekonomi di situ semakin terjejas teruk.

Sekitar tahun 1960, Syarikat Malayan Collieries Ltd terpaksa menutup kawasan perlombongan terbabit kerana menanggung kerugian yang teruk dan hari ini beberapa kesan tinggalan seperti kilang batu-bata Brick Klin, rumah udara (Air Shaft), pintu depan terowong, bekas stesen dan landasan kereta api, Pekan Cina dan Rumah Putih (bekas rumah keluarga pegawai British) boleh dikunjungi pengunjung.


Kronologi Pekan Warisan Batu Arang

-1908: Penemuan arang batu oleh Haji Abdul Hadi.

-1913: Penaung Malayan Collieries Limited J A Russell mengusahakan lombong arang batu dengan 5,000 pekerja.

-1915: Pembinaan landasan kereta api Kuang-Batu Arang dan pembangunan sekitar Batu Arang.

-1930: Pekan Arang Batu menjadi pusat perekonomian terpenting di Tanah Melayu.

-1936-1 937: Pelancaran mogok oleh pekerja lombong di atas pengaruh Marxist Lenin pada 1936 mebabitkan 6,000 orang buruh.

-1942-1945: Penjajahan tentera Jepun ke atas tanah Melayu termasuk lombong arang batu.

-1948-1960: Pengganas komunis mensabotaj lombong arang batu hingga digelar `kawasan hitam'.

-1960: Malayan Collieries Limited ditutup kerana sumber minyak diesel mengambil alih industri arang batu.


INFO

-Mendapat pengiktirafan Pekan Warisan Batu Arang tahun 2011.

-Perancangan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Bandar Bersejarah.

-Terdapat 22 lokasi boleh dikunjungi. Antaranya Bekas Kelab Sukan Pekerja Lombong dan Tapak Tinggalan Kilang Batu Bata.

-Menjadi lokasi penunggang basikal lasak berkumpul di pekan ini setiap minggu.

-Penduduk terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

-Menjadi lokasi memancing air tawar di kolam berbayar dan bekas lombong arang batu.






Sumber : http://www.bharian.com.my/node/37751

Saturday, February 14, 2015

Nasi Kandar Hameediyah

Jika anda berpeluang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke Nasi Kandar Hameediyah. Kedai dia kecik je kat tengah2 bandar tu..



Dia punya nasi kandar, memang terasa rempahnya..memang AAA++ la, kedai dia 2 tingkat, better makan kat atas, lagi selesa :)

Hadiah daripada Majalah Maskulin : Western Digital Hard Disk 2TB

Salam semua,

dalam minggu lepas saya ada dapat panggilan telefon, bila di angkat di hujung talian adalah seorang lelaki yang menyatakan dia dari pihak karangkraf atau lebih tepat lagi dari majalah Maskulin..

dia straight to the point, dia kata saya menang hadiah peraduan Wested Digital, hadiahnya adalah external hard disk 2TB! Wow..x pernah terpikir nak beli hard disk lagi sebenarnya sebab ada dua dah external hard disk, satu 250 gb dan satu lagi 500 gb, tu pun x abeh isi movie..

so dia kata soh datang ke pejabat Karangkraf di seksyen 15, Shah Alam..so datang la saya pada 13 Februari 2015 bersamaan hari Jumaat selepas semayang Jumaat. Lama gak tunggu wei, dekat sejam baru orang yang bertanggungjawab turun bawak hadiah..

Alhamdulillah, rezeki saya bersama seorang lagi pemenang, adiah ada 2 jea..harga semasa hard disk 2TB adalah dalam RM600-RM700..hurm :) meh tgk gambor sket



 

 

 

Friday, January 30, 2015

Sejarah Awal Penubuhan kumpulan SLAM



Slam adalah salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti popularity dalam dunia muzik tanah air masa kini dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth`, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan

Nostalgia

“ setiap kejayaan memerlukan pengorbanan” itulah falsafah melayu yang tidak pernah dinafikan kebenarannya oleh keenam-enam anak muda yang telah Berjaya mencipta nama gemilang dalam arena muzik tanahair masa kini.

Nama Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Album ini telah memuatkan `lagu lagenda` bagi Slam `Tak Mungkin Berpaling`.

Sebenarnya kumpulan ini diasaskan oleh Shah, bekas anggota kumpulan Exist. Diatas komitmennya sendiri, Slam telah ditubuhkan pada awal tahun 1993 di Johor Bahru.

Bercerita tentang sejarah penubuhan kumpulan ini, Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan bersama Exist pada waktu itu telah menjadi inspirasi kea rah terbentuknya Slam.

Dia mengajak teman lamanya iaitu Ajak, Man dan Lili berjuang bersama atas dasar semangat setiakawan yang utuh.

Susahnya cari pengganti…
Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi. Sebelum bertemu dengan Zamani, Slam terlebih dahulu mnedapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vocal tersendiri.

Bagaimanapun jodoh Slam dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana Slam sentiasa ingin mempersembahkan sesuatu yang terbaik buat peminat mereka.

Mereka mempunyai perancangan masa depan yang menarik dalam industry muzik. Mereka mempunyai visi yang baik bagi mendukung wawasan Slam.

Mereka terpaksa mengambil keputusan drastik dengan menyingkirkan penyanyi yang tidak mempunyai cirri-ciri seperti dikehendaki oleh Slam. Risiko yang terpaksa dihadapi adalah terlalu tinggi.

Sewaktu rakaman album pertama mereka berjalan dengan lancer. Slam terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagi ‘Nina` ciptaan Rahim Othman.

Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam.

Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini dikenali sebagai Johan Music


KEMUNCULAN ZAMANI

`He is a good looking man`
Begitulah `first impression` peminat-peminat Slam terhadap penyanyi bersuara emas ini.

Dalam ekspedisi mencari suara emas ini, mereka akhirnya ditemukan dengan zamani yang pada ketika itu berusia 19 tahun.
Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan Slam yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani boleh membuat peminat Slam tidak puas memandangnya.

Nak dijadikan cerita, ada dikalangan peminat fanatic kumpulan ini sanggup menelan berpuluh-puluh biji panadol kerana kecewa membaa satu kenyataan akhbar kisah cintanya dengan seorang penuntut disalah sebuah pusat pengajian tinggi luar Negara satu ketika dahulu.

“saya sentiasa berusaha memantapkan suara disamping stamina yang cukup kerana saya mahukan mutu persembahan yang terbaik buat Slam`, ujar vokalis yang membahasakan dirinya sebagai ‘Adik` di kalangan kumpulan Slam.

“apabila saya memilih untuk menjadi penyanyi maka saya harus melupakan seketika masalah peribadi yang boleh mengganggu emosi dan konsentrasi saya pada muzik. Seboleh mungkin saya akan menceraikan masalah peribadi yang menyerang saya dengan masalah karier kerana memikirkan tanggung jawab dalam kumpulan. Saya tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kepada teman-teman lain. Mereka mempunyai komitmen yang tinggi, jadi kenapa saya harus menunjukkan perangai yang buruk? Itu adalah prinsip hidup saya” jelasnya panjang lebar.

Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. “itu bukan sifat saya kerana keluarga saya tidak pernah ajar semua itu” jelas penyanyi yang mempunyai sifat malu yang cukup tebal ini menerangkan pendiriannya tentang perkara tersebut.

Menurutnya, dia banyak belajar dari temannya, Shah tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain.

“hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik “komennya ringkas menurutnya lagi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun jika dihitung dari sudut umur, Shah adalah kumpulan yang paling muda.

Dia Berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal Slam sebelum diketepikan kerana masalah suara. Kebolehan luar biasanya telah Berjaya memukau anggota Slam yang pada ketika itu masih lagi menggunakan nama `Fix’.

“Sejak hari pertama saya bersama Slam, saya telah bertekad untuk mempersembahkan sesuatu yang bermakna kepada kumpulan ini. “Saya tidak mahu memusnahkan harapan mereka yang telah memberikan kepercayaan pada saya” jelas Zamani mengimbas kembali peritnya perjuangan menagih kepercayaan teman-teman suatu ketika dulu.




Dia juga tidak pernah mengikuti kelas vocal secara formal. Pendek kata, teman-teman dalam Slam sahaja yang menjadi gurunya selama ini.

Kelebihan yang ada pada Zamani adalah dia sentiasa bertanya kepada teman-teman bagaimana cara untuk menyanyi dengan baik. Teman-temannya pasti akan memberi petua dan petunjuk bagi memantapkan vokalnya.

`Fix` vs SLAM?
Setelah Berjaya menamatkan proses rakaman yang memakan masa hampir 60 jam, mereka sekali lagi dikejutkan oleh berita buruk dari meja pengurusan. Nama `Fix` tidak boleh digunakan kerana ianya boleh menimbulkan `kekilafan’ dalam sebutan.

Surat putih dari angkasa puri itu seakan merentap jantung kelima-lima anak muda yang ghairah untuk tampil dengan muzik tersendiri di pentas seni suara tanahair.

Pun begitu, profesionalisme yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan Johan Sound Production Berjaya menenangkan setiap anggota kumpulan yang tergantung namanya ini.

Mana Datangnya Nama SLAM
Mereka sekali lagi terpaksa membuka talian kepada penggemar muzik tanah air yang sudi member nama kepada kelima-lima anak muda yang baru dilahirkan kea lam seni suara Malaysia. Dari 3.000 penyertaan yang Berjaya dikumpul, Johan Sound Production dan anak-anak muda yang cukup tegar pegangan muzik ini telah memilih `SLAM` sebagai nama baru menggantikan nama asal ‘Fix`.

Pertama kali melangkah ke studio
Ketika pertama kali menjejakkkan kaki ke dalam studio rakaman, setiap anggota Slam mempunyai perasaan bercampur-baur diantara berani, yakin dan gementar.

Biarpun begitu mereka sewajarnya boleh berbangga kerana tidak perlu menggunakan pemuzik undangan. Inilah kehebatan Slam !
Sewaktu di studio, setiap anggota Slam tahu dan faham tugas masing-masing. Selagi tidak berpuas hati dengan muzik ataupun vocal, mereka akan terus bermain tanpa henti. Kadang kala masa dalam studio lebih panjang dari waktu-waktu lain. Setiap anggota Slam mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjulang muzik Slam ke tahap tertinggi.

Lantaran itu tidak hairanlah jika mereka bersengkang mata semata-mata ingin menuju ke satu aspirasi yang telah dipersetujui bersama.

Album Pertama SLAM
Bagi album pertama, Slam terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana proses penukaran vokalis. Walaupun selama 60 jam digunakan untuk proses memasukkan vocal, namun setiap anggota Slam tetap menunjukkan komitmen yang amat tinggi sehingga album ‘Slam 1’ selesai dirakamkan.

Jatuh Bangun Kami Bersama……
‘impian tidak selalunya menjadi kenyataan’, Slam terpaksa akur dengan kehendak peminat muzik tempatan.
Konsep ‘Pop Kreatif’ yang diperjuangkan secara kumpulan merupakan sesuatu yang baru di Negara ini. Walaupun album pertama mereka cukup baik dan mempunyai nilai artistic serta ‘komersial value’ tinggi, namun faktor popularity juga perlu diambilkira.

Album pertama mereka sekadar mencecah jualan 40.000 unit sahaja.

Lagu-lagu seperti ‘Malam Dan Semalam’, Buat seorang kekasih’ dan ‘Nina’ masih belum cukup kuat untuk menangkat martabat muzik Slam.

Penyertaan Eddie (Keyboardist)
Namun, Slam tidak dapat melatah ! lantas mereka membuat ‘Post moterm’ ke atas Slam. Mereka akhirnya bersetuju untuk menambah anggota dengan mengundang Eddie yang pernah bermain muzik bersama kumpulan Ekamatra sewaktu kumpulan itu berada dipuncak kegemilangannya menerusi ‘Pusara Di Lebuhraya’.

Slam bertambah mantap apabila Eddie (Keyboardist) menyertai SLAM setelah meninggalkan Ekamatra. Alunan jari jemarinya sebagai pemain ‘Keyboard’ memang asyik untuk didengari. Dengan pengalaman yang luas dimiliki oleh pemuzik yang berkaca mata ini, beliau telah memantapkan lagi susunan muzik SLAM disamping idea-idea beliau yang tidak pernah jemu untuk diterima oleh anggota-anggota SLAM yang lain. Inilah salah satu kekuatan SLAM!

Album ‘Kesan Terbukti’



 



“Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’ Dalam usia setahun jagung penubuhannya, Slam telah Berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Album kedua mereka ‘Kesan Terbukti’ telah Berjaya meletakkan kumpulan ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi tanahair dari segi penjualan kaset dan CD di pasaran.

Album ini telah meledak dipasaran ! nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan dikalangan peminat muzik tempatan. Lebih membanggakan apabila lima lagu didalam album ini Berjaya menguasai carta radio seluruh Malaysia. Lagu ‘Kembali Terjalin’, ‘Tak Mungkin Berpaling’, ‘Nur Kasih’, ‘Manisnya Rindu’ dan ‘Bukan Niat Membalas Derita’ merupakan rangkaian lagu-lagu ‘Hits’ sepanjang tahun 1995.

Manakala lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’ pula merupakan lagu yang mencerminkan identity muzik yang diperjuangkan oleh Slam.

Lagu ini telah meletakkan nama Zamani sebaris dengan vokalis handalan tanahair. Begitu juga dengan anggota-anggota yang lain.

Segala penat-lelah mereka dalam dua studio iaitu Chanel dan Kings, berbaloi bila album ‘Kesan Terbukti’ mencecah angka 200.000 unit dipasaran. Ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka. Begitulah tuah yang tidak pernah diramal oleh sesiapa samada composer atau anggota Slam sendiri.

Album ‘Kembali Merindu’



 


Album ‘Kembali Merindu’ telah berada dipasaran pada 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik kearah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana ‘target’ Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industry muzik sudah semakin hampir untuk digapai.

Bagi setiap anggotanya, slam kini berada pada tahap pertama menuju ke tahap kedua. Lantaran itu setiap ahli kumpulan ini tahu ketiga dalam industry muzik bukanlah sesuatu yang mustahil.
Pada tahap pertama Slam berusaha mengumpul popularity dan peminat tersendiri melalui asas yang kukuh. Manakala pada tahap kedua pula mereka perlu memantapkan muzik dan identiti Slam sebagai bekalan menuju ke tahap ketiga yang lebih bersifat universal. Pada tahap ini, irama muzik Slam bersifat sarwajagat dan boleh diterima seluruh dunia.

Itulah jaminan slam dan sebahagian dari episode ‘Impian Keemasan’ Slam dalam dunia muzik yang mereka ceburi. Album ‘Kembali Merindu’ melalui satu proses pembikinan yang amat teliti dan meninggalkan nostalgia tersendiri kepada setiap anggotanya. ‘Kembali Merindu’ memakan masa hampir 8 bulan untuk disiapkan termasuk tarikh awa; pengumpulan material yang dilakukan oleh Slam sendiri.

Pecah Pasaran Indonesia !!!
Slam juga telah mula dikenali di Indonesia kerana irama muziknya yang unik dan mempunyai nilai komersial yang tinggi di Negara tersebut. Walaupun begitu, seperti kelazimannya setiap album dari Negara ini yang ingin menembusi pasaran Indonesia mesti mengalami sedikit perubahan samada dalam susunan muzik ataupun melodi. Sedikit perubahan iaitu dengan menukar tajuk yang terdapat pada kulit album. ‘Kesan terbukti’ telah ditukarkan kepada ‘Tak Mungkin Berpaling’. Album ini meletup dalam pasaran Indonesia.

Komposer
Dalam setiap pembikinan album, Slam tidak terlalu cerewet memilih Komposer.
Mereka akan menggunakan khidmat composer-komposer yang berada dalam reputasi terbaik mengikut situasi semasa. Slam tidak memandang pada pengalaman semata-mata kerana bagi setiap anggota Slam komitmen dan tuah composer selalunya harus seiring dengan aliran pemikiran Slam.
Nama-nama seperti Johan Aziz (Komposer dan Pengurus Slam), Rahim Othman dan Saari Amri tidak pernah lekang dari bibir peminat setia kumpulan ini. Bagi peminat-peminat Slam, nama-nama besar ini telah Berjaya mencorak dimercu gemilangan mutakhir. Komposer-komposer ini telah Berjaya mencorak irama muzik Slam dari pelbagai dimensi kerana mereka mempunyai cara, citarasa, identity dan susunan muzik tersendiri.

 

sumber: http://lazivon-slam.blogspot.com/2010/06/sejarah-awal-penubuhan-slam.html

Saturday, January 17, 2015

Spesis cacing gergasi ditemui



SPESIS amfibia gergasi menyerupai cacing tanah yang dikenali sebagai Ichthyophis Cardamomensis ditemui di kawasan terpencil Pergunungan Cardamom di Kemboja.

Spesis yang dipercayai kehilangan habitat ini boleh menjangkau 1.5 meter, tetapi ia bukan seekor ular.

Penemuan ini telah disahkan oleh ahli herpatologi (amfibia dan reptilia) Flora Dan Fauna Antarabangsa (FFI) Kemboja, Neang Thy awal bulan ini.

“Penemuan ini sangat penting dan membuktikan Kemboja mempunyai banyak lagi spesis tumbuhan dan haiwan yang tidak ditemui oleh ahli sains.


“Malah banyak lagi tempat perlu dikaji,” jelasnya yang telah membuat kajian mengenai amfibia dan reptilia sejak 2003.

Spesis ini tergolong dalam keluarga ‘caecilian’- menyerupai ular atau cacing tanah dan hidup di bawah tanah.

Pergunungan Cardamom merupakan kubu rejim Khmer Rouge suatu ketika dahulu, namun kini ia menjadi habitat pelbagai haiwan yang jarang ditemui termasuk gajah Asia.

Namun ia bakal pupus kerana berlakunya pencerobohan hutan tanpa kawalan.

Friday, January 16, 2015

Jambatan tertinggi di dunia - Millau Viaduct



Jambatan ini berada pada ketinggian 343 meter dan telah diangkat sebagai jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini merupakan sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis.

Selain itu, jambatan ini sangat mengagumkan bahkan apabila di ukur ketinggiannya, ia hampir menyamai bangunan Empire State serta memiliki struktur sangat kukuh dan mengagumkan. Malah jambatan ini pernah dimasukkan dalam rancangan "National Geographic" dalam edisi "Megastructure".