Friday, October 2, 2009

Payment ke-11 dari PTC Neobux, thanks Neobux :)


payment terbaru aku dapat melalui neobux arini..
kepada sesiapa yg lom dapat payment tu, tingkatkan usaha..
dapatkan usd2 pertama dari neobux..
gud luck~! nak join? CLICK SINI

Duit Pertama Dari PTC Palmbux


Payment terbaru dan first dari PTC Palmbux..

sesapa nak join Palmbux leh pi Palmbux.com
cepat2 sementara ianya membayar anda...

Friday, March 13, 2009

8 Cara Buat Duit Di Internet

Ramai yang tertanya tanya bagaimana nak buat duit di internet? Apakah rahsia buat duit di internet ini? Saya ceritakan 8 cara yang boleh anda lakukan untuk mencari duit tambahan di internet. Ada yang berisiko tinggi, ada yang berisiko rendah. Terpulang kepada anda untuk menilai samada ianya sesuai untuk anda ataupun tidak.

Kesemuanya memerlukan usaha yang gigih daripada anda. Bukan sekadar Duduk Diam Dapat Duit (4D). 4D adalah judi namanya. Jangan memperjudikan wang anda. Jauhi pelaburan internet dan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal dalam masa yang singkat tanpa sebarang usaha. Ia sangat berbahaya dan berisiko tinggi. Malah ia berkemungkinan besar adalah tipu ataupun scam!

1.Program Pengiklanan (PPC Publisher)

Ia adalah program dimana terdapat perkongsian pendapatan diantara syarikat pengiklanan Pay Per Click dan webmaster seperti anda. Contoh program sebegini ialah Google Adsense, Yahoo Publisher, Bidvertiser, Clicksor dan banyak lagi. Kita akan menolong syarikat iklan tersebut untuk membuat promosi iklan daripada pengiklan dan kita akan diberikan share daripada setiap klik yang terhasil. Ianya dari 1 sen hingga berpuluh puluh dolar bagi setiap klik bergantung kepada berapakah pengiklan bayar untuk setiap klik tersebut. Lebih banyak klik yang pelawat laman web kita klik iklan, lebih banyak yang kita akan dapat. Jika kita mempunyai pelawat yang ramai, kemungkinan untuk mendapat hasil yang banyak adalah tinggi! Program yang paling terkenal ialah Program Google Adsense oleh Google. Anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense di Raja Adsense: Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense untuk maklumat lanjut tentang buat duit dengan google adsense.

2.Produk Digital

Dengan bahasa mudah produk digital adalah produk yang tidak dapat dipegang kerana ia dalam format digital.Biasanya ia hanya boleh digunakan dengan mengunakan komputer. Contoh produk digital ialah ebook,video,grafik,perisian dan banyak lagi. Ia merupakan antara perniagaan internet yang paling menguntungkan kerana pemilik boleh menjualnya berulang kali tanpa merisaukan tentang kehabisan stok atau menyimpan stok. Penjual biasanya akan menghantar produk menerusi email dan produk berkenaan boleh didownload ke komputer pembeli. Isu utama dalam produk digital ialah cetak rompak. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Jangan risau. Ia tidak akan memberikan kesan yang besar jika anda mengambil langkah berjaga jaga tentang produk anda. Produk kegemaran saya ialah ebook. Anda boleh dapatkan Ebook Rahsia Penulis Ebook di Rahsia Penulis Ebook- Bagaimana Membuat Duit dengan Ebook bagi mengetahui bagaimana untuk anda memulakan perniagaan ebook dan produk digital anda sendiri.

3. Jual Iklan

Kini semakin banyak laman web iklan yang menawarkan khidmat iklan percuma. Mereka juga ada menawarkan iklan yang berbayar dengan kadar yang berpatutan. Pelbagai jenis direktori pengiklanan muncul pada hari ini. Yang paling terkenal ialah Monsun Biz yang kini semakin tiada hala tuju. Antara direktori pengiklanan yang terkenal di Malaysia ialah Cari Classified, IklanPercuma.com, IklanNiaga.com, Mudah.com.my dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk membinanya, anda perlukan sedikit perancangan untuk direktori iklan anda. Jika diperingkat antarabangsa pulak, pelbagai konsep direktori pengiklanan diperkenalkan. Orang Malaysia yang berpengalaman dalam direktori iklan ialah Alang dimana pendapatan beliau mencecah RM20K sebulan menerusi iklan di direktori iklan belian. Beliau pernah ditemuramah di beberapa akhbar nasional seperti NSTP dan Kosmo tentang kejayaan beliau.

4.Produk Fizikal

Jika produk digital produk yang tidak dapat dipegang. Produk fizikal pulak ialah produk yang dapat dipegang dan disentuh. Tumpuan penjualan produk fizikal biasanya menerusi laman kedai online dan laman web pihak ketiga seperti Ebay dan Lelong. Bagi menjual produk fizikal bagi pasaran Malaysia, Lelong.com.my adalah tempat yang terbaik. Ia mempunyai pelanggan yang tetap yang sememangnya gila membeli. :-). Produk seperti telefon bimbit, gadget,kamera,produk komputer, jam tangan dan banyak lagi adalah antara produk panas di Lelong. Bagi pasaran antarabangsa pulak, anda boleh mengunakan Ebay. Ebay mempunyai laman Ebay tempatan seperti Ebay.com untuk US,Ebay.co.uk untuk UK,Ebay.com.au untuk Australia, Ebay.com.de untuk Jerman, Ebay.com.my untuk Malaysia dan banyak lagi. Tempat paling mudah menjual ialah di Ebay.com,Ebay.co.uk dan Ebay.com.au. Anda boleh dapatkan buku dikedai buku berdekatan dengan anda tentang menjual di Lelong.com.my dan jugak menjual di Ebay.

4.Forex

Anda minat dengan forex atau tukaran wang asing ni? Ramai yang mengalami kerugian dalam forex ni. Ia merupakan cara cari duit dalam kategori berisiko tinggi. Forex juga bergantung kepada teknikal dan fundamental analisis yang bagus. Saya pernah terjebak sekejap dalam forex ini. Saya stop setelah mengalami kerugian dalam masa 1 hari. Sebabnya fundamental analisis yang kurang skit. Teknikal analisis semata mata tidak cukup untuk membuat untung dengan forex. Terdapat banyak broker forex.Pilih yang sesuai. Anda perlukan seorang guru untuk membantu anda dalam trading forex. Cadangan saya ialah Bro Nasir. Anda boleh layari Kuasa Forex.Kuasa Menjana Kekayaan Terpantas di Dunia.. Saya dulu pernah guna ajaran beliau dalam ebook kuasa forex tu. Tapi akibat terlalu tamak, ia hilang sekelip mata. :P. Jika anda ingin berforex ni, pastikan mental anda kuat. Trade ikut pasaran bukan ikut hati anda. Jangan trade jika pasaran tidak menentu. Kalo rajin,saya mungkin terjebak balik kot dalam forex. Tapi kecil kecilan la dulu untuk tambah modal. Ingat terdapat 2 jenis forex. Pilih broker yang menawarkan Islamic Forex. Modal minimum bergantung kepada anda. Nilai yang selamat ialah USD1000 untuk start dalam forex. Boleh start dengan modal dengan lebih rendah, tapi berhati hati la ye.

5.Affiliate

Program affiliate merupakan program seperti jurujual. Kita akan mendapat komisen daripada jualan dan sebagainya. Kini kebanyakan produk menawarkan program affiliate mereka sendiri. Bagi pasaran antarabangsau pulak ialah Clickbank,PayDotCom,CJ,PepperJam Network dan banyak lagi. Bagi program affiliate produk digital yang terbaik ialah Clickbank. Terdapat lebih daripada 15,000 produk yang boleh anda promote. Anda boleh dapatkan panduan clickbank di Pelancaran Panduan ClickBank ~ 3 Super Affiliate Bongkarkan Rahsia Mereka! ~ Terhad & Rahsia ... ! untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk anda buat duit dengan clickbank. Anda boleh download report percuma saya tentang clickbank di Laporan Percuma Clickbank

6.Perkhidmatan

Terdapat banyak perkhidmatan yang boleh anda buat. Ia juga sangat lumayan. Jika anda menawarkan khidmat untuk pasaran antarabangsa. Ia lebih lumayan. Perkhidmatan seperti web design, ecover, consulting dan sebagainya boleh anda lakukan di internet. Harganya anda yang tentukan. Bagi pasaran antarabangsa, caj sebanyan USD300 - USD1000 adalah perkara biasa. Malah ada yang lebih tinggi! Bagi servis membuat video teaser atau video korporat ada yang mencecah $20K bagi 30 saat video. Tapi pastikan ia adalah berkualiti. Anda akan menerima tempahan tidak henti jika perkhidmatan anda yang tip top. Mereka akan menyarankan perkhidmatan anda kepara rakan rakan mereka. Jadi tawarkan perkhidmatan yang terbaik.

7.MLM

Multi level Marketing atau MLM online sememang boleh buat duit untuk anda. Tetapi anda perlu membuat kajian terlebih dahulu la. Pastikan ia tidak membebankan anda. Buat kajian dengan teliti seperti marketing plan dan sebagainya.

8.Pay Per Action

Ia seperti program affiliate jugak. Tetapi pelawat tidak semestinya membeli produk yang ditawarkan. Biasanya anda akan dibayar jika ada orang subcribe,daftar,download dan sebagainya. Bagi mereka, ia sudah memadai jika ada orang melanggan khidmat mereka dan mereka akan membayar sesiapa yang membawa ahli baru kepada mereka. Bayaran juga agak lumayan. Malah ada yang membayar sehingga USD30 bagi setiap orang yang mendaftar dalam program mereka. Antaranya ialah laman web dating, ringtones dan sebagainya. Anda perlu bijak memilih program yang sesuai untuk anda promosikan. Pastikan ia tidak melanggar batas batas agama. Cari lah rezeki yang halal ye.

Ini adalah 8 cara yang boleh anda buat duit di internet. Anda banyak cara lagi sebenarnya. Saya hanya menyentuh secara general atau umum sahaja. Saya juga mengabungkannya menjadi 8 kategori ini sahaja. Ia bergantung kepada kemampuan anda untuk melakukannya.

Saya sukakan perkara yang boleh diautomasikan. Ia membolehkan saya membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, setiap perniagaan anda perlu lakukan promosikannya. Tanpa promosi anda tidak akan mendapat apa apa. Hanya Forex yang tidak perlu anda promosi. Yang lain, anda perlu promosikannya. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords di Panduan Asas Google Adwords dan Panduan Pengiklanan Media di Rahsia Pengiklanan Berkesan di Media dan Internet.

..petikan dari wangcyber.com

Tuesday, March 3, 2009

Jom berforum di wangcyber

salam all,

lama tak posting..biasa la, sibuk join PTC dan berforum..saya hanya nak kongsikan laman forum usahawan2 internet di malaysia di Wangcyber.com

best jugak dapat macam2 idea, pandangan, hint dan tips tentang google adsense, PTC dan cara2 buat duit online yang lain..anyway, mmg btol bleh buat duit dari internet nih..percaya la, kalo x cuba mmg rugi..

ayuh kita berforum~!

Saturday, August 9, 2008

Movie? Filem? tengok percuma jer...



Huhu, teringat pada sekitar tahun 2000 -2002 dizaman vcd popular dahulu, tak kira la vcd apa, vcd filem or lagu-lagu karaoke, semua dicetak rompak dgn harga RM5 - RM6 satu cerita. Sejak peguatkuasa membanteras cetak rompak, periuk nasi pirate2 cetak rompak mula terjejas, kita sebagai pembeli vcd terbabit juga merasa tempias nya, ye lah, kalau ada keluar filem2 terbaru, terpaksa cari vcd original atau tgk je kat wayang.

tetapi, pada zaman ketika saya menulis artikel ini, saya boleh tersenyum lebar, xkisah kalau vcd pirate xda, hanya perlu talian internet dan pc, terus boleh menonton filem2 terbaru...ini kerana, di internet sekarang terdapat berbagai-bagai program yg membolehkan user mendownload filem2 atau berkongsi filem2 tersebut...



Sebagai contoh, saya sekarang memuat turun filem2 di pelantar/program 'ARES', dahulu saya menggunakan mIRC atau Limewire..kualiti video juga yang terbaik kerana diubah format dari DVD, xperlu seperti dahulu, kalau kita beli vcd cetak rompak terpaksa menanggung risiko tahap kualiti video dirakam dari dalam panggung...teruk giler~! saya juga pernah terkena, saya tanya toikey kedai, "gambar bagus ke bos?", then tokey cakap "jgn risau, copy vcd original". tapi sebaik je masuk dalam vcd player, rupanya gambar dalam panggung....siap nampak kepala orang dan kualiti audio yg super hampess...

Tuesday, July 22, 2008

10 tip jadi lelaki COOL~

Tidak semua lelaki itu cool. Sebab itu ramai lelaki mahu menjadi cool. tetapi bagaimana? Sebenarnya tiada rahsia untuk menjadi seorang lelaki cool. Semuanya bergantung keapda anda. Pasti ada sesuatu dalam diri yg boleh dijadikan anda seorang yg lebih cool. Sekiranya anda masih tidak tahu, di sini ada beberapa tips untuk menjadikan anda lebih cool di kalangan rakan-rakan.

1. Berpenampilan menarik
2. Berpengetahuan
3. Jangan tunjuk bad mood.
4. jangan tunjukkan kelemahan.
5. Tunaikan janji.
6. Jangan kerap membuat panggilan.
7. membuat panggilan apabila perlu.
8. Memiliki teman wanita yg baik.
9.Merancang aktiviti.
10. Jadi seorang yang lucu.

Friday, July 4, 2008

Ada barang yang hendak dijual??

Anda ada barang yang hendak dijual? atau barang yang tidak mahu lagi dan hendak dibuang? saya cadangkan anda menjual sahaja barangan tersebut di salah sebuah laman web dibawah ini :

www.mudah.com.my

www.lelong.com.my

www.ebay.com.my

Sunday, June 8, 2008

Memahami Minda Jutawan

Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris, "The Millionaires Mind', telah membuat penyelidikan ke atas beratus-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yg diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. MAHU TAHU?
Berikut adalah carta Millionaire's Mind menurut turutan :
1. Jujur dgn semua org
2. Berdisiplin
3. Mesra dn semua org
4. Mempunyai teman hidup yg memahami.
5. Bekerja lebih masa dari org lain
6. Mencintai kerja atau karier mereka
7. Mempunyai kebolehan pemimpin yang hebat.
8. Mempunyai daya saing yg tinggi
9. Teratur dan terurus
10. Kebolehan menjual idea atau produk sendiri.


Penyelidikan ke atas jutawan-jutawan dapat memberi gambaran yg jelas minda seorang jutawan. Untuk menjadi jutawan, anda tidak perlu mencipta kaedah atau teknik baru. Pelajari dan lakukan apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan-jutawan lain...

Saturday, June 7, 2008

Business Oppurtunity : Who Wants To Be A Millionaire? Successful Internet Entrepreneur

:: Definition of Business Opportunity : Definasi Peluang Perniagaan ::
Business Opportunity : The assets for an existing business enterprise, including its goodwill, as used in the real estate law, the term includes the sale or lease of the business and goodwill of an existing business enterprise.

:: Criteria You Needed to Start The Internet / Home Business Opportunity ::Kreteria yang dikehendaki untuk memulakan perniagaan internet / di rumah
+ Basics knowledge on computer and internet.+ you must be interested in learning so that you can succeed.+ You'll get a bonus for attracting people / home business.+ To make your business more successful, you will need to be creative and a hardworker.+ Importantly, you must provide customers good products and service so that they come for more in future which then will increase your business day by day.+ You must carry out your business legally, this means you must sell genuine products and promoting your products.+ Always think positive and be open minded to accept the challenges and consequences around you.

:: Example on Internet / Home Business Opportunity ::Contoh perniagaan interet / di rumah
Sales Product (Internet Trading / multi level marketing)+ Prepaid card for handphone.+ health care products such as supplement, weight loss, men and women personal product.+ ebooks (internet business opportunity skills, + software such as antivirus / antispamming program, keywords / link analysis program and many more.Service+ Webmaster (making websites for other people)+ advertising agency (help people to promote their website on the net. Example : Google Adwords & Google Adsense and Malaysia Cari)

:: How to Make Your Business a Success? (Important Fact) ::Bagaimana menjadikan perniagaan anda berjaya? (Fakta penting)
+ Find product or service that asks for high quality.+ Find product or service that's less challenging to make it easier.

:: Tips to Make People Trust Your Internet / Home Business. ::Tips mendapatkan kepercayaan orang ramai mengenai perniagaan internet / di rumah yang dijalankan.
+ Include your contact information+ Use sensible and trustworthy words, be honest with customers to make your prospect more effective so that the customers will be confident with you+ don't force or cheat on costumer. You will be blacklisted and you will lost your costumer this way and trust by people.

Wednesday, May 28, 2008

Apa itu PayPal?

iApa itu PayPal?


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

PayPal adalah salah satu syarikat dari Amerika yang membekalkan laman web yang menawarkan akaun wang elektronik untuk bertujuan membayar/menerima wang dikalangan ahli-ahlinya didalam dunia internet. PayPal diperakui akan keselamatan transaksinya di internet. PayPal bukan bank internet tetapi memberi perkhidmatan dan kemudahan untuk menerima dan memindahkan wang elektronik dari/ke akaun bank ahli-ahlinya. PayPal diterima dan diiktiraf oleh kebanyakan syarikat-syarikat kewangan dunia seperti bank dan syarikat kad kredit/debit. PayPal juga telah diterima sebagai alternative pindahan wang elektronik di internet yang selamat. Kini PayPal menduduki tangga teratas dengan memiliki ahli (member) paling ramai berbanding syarikat-syarikat lain yang memberikan perkhidmatan seumpamanya didalam internet.Akaun PayPal menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh semua pelayar internet jika mereka inginkan melakukan transaksi di internet

Kenapa pelayar internet mesti memiliki akaun akaun wang elektronik (PayPal)?

Ramai warga kita tidak tahu apa itu wang elektronik mala tidak ingin ambil tahu walaupun sudah mula menggunakan internet. Akaun wang elektronik sebenarnya sangat penting bagi mereka yang cuba mendekatkan diri dalam dunia perniagaan internet. Akaun wang elektronik juga telah menjadi salah satu kelayakan penting yang harus dimiliki oleh individu-individu yang ingin mendaftarkan diri dengan laman web yang menawarkan bayaran atau melibatkan transaksi wang. Sekiranya kita memiliki akaun (PayPal), kita tidak perlu risau akan perkara yang melibatkan transaksi wang di kebanyakan laman web kerana PayPal diterima secara umum. Ramai dikalangan kita memiliki kad kredit. Kad kredit hanya boleh digunakan untuk membayar, bagaimana pulak untuk menerima bayaran? Akaun wang elektronik bertindak lebih dari kad kredit apabila kita melakukan aktiviti di internet.

Setelah anda memiliki akaun Paypal, anda boleh mula menerima bayaran daripada pemegang kad kredit di serata dunia . PayPal sebagai syarikat no satu yang membekalkan perkhidmatan bayaran secara online menawarkan cara terpantas untuk menerima bayaran daripada lebih 86 juta ahlinya di seluruh dunia.

Akaun PayPal layak dimiliki oleh kebanyakan penduduk dunia berdasarkan Negara mereka kerana PayPal telah menyingkirkan beberapa Negara dari senarai mereka atas sebab-sebab tersendirinya. Rakyat Malaysia layak mendaftar dan memiliki akaun PayPal.


Apakah kelebihan memiliki akaun wang elektronik?

Kita memerlukan akaun wang elektronik apabila kita melakukan transaksi di internet. Transaksi elektronik bermaksud membayar atau menerima wang secara elektronik tanpa
melibatkan wang tunai. Apabila kita memiliki akaun wang elektronik antarabangsa seperti PayPal, ianya mudah bagi pihak/individu lain membayar kita melalui internet dan disebaliknya tanpa perlu beratur di bank dan membazir masa/caj-caj yang bakal membebankan kita. Saya sendiri pernah beratur dan mengisi boring untuk memindahkan duit ke akaun bank Negara barat kerana tidak tahu selok belok wang elektronik yang sedia ada ketika itu. Akaun wang elektronik juga akan memberi kita kuasa untuk membeli dan menjual barang/produk kita didalam arena dunia internet yang terkenal akan keluasan pasarannya.

Adakah memiliki akaun wang elektronik PayPal melibatkan risiko?

Tiada risiko yang boleh dikaitkan untuk memiliki akaun wang elektronik .Risiko sepatutnya wajud dan difikirkan oleh mereka-mereka yang ingin melabur dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Memiliki dan melabur adalah dua perkara yang berbeza. Sebagai contoh, memiliki kad ATM punya risikonya tersendiri. Mala, membawa MyKad ketika kita keluar rumah pun punya risikonya tersendiri. Tetapi kita tidak boleh menghalang diri dari memiliki kad ATM atau membawa MyKad bukan?

Bagaimanakah cara untuk mendaftar akaun PayPal?

Sila ikuti langkah-langkah berikut dan teliti contoh-contoh yang diberikan dibawah dengan tenang agar tiada kesilapan apabila mengisi borong pendaftaran.


Klik disini untuk mendaftar akaun PayPal

Pastikan anda mengisi maklumat yang benar/tepat demi mengelak kesukaran dimasa depan. Jangan lupa bahawa ini adalah akaun wang elektronik yang akan kendalikan urusan wang anda di internet
Cuba melihat pada contoh dan langkah-langkah mengisi borang pendaftaran dibawah

Sekiranya anda ke laman utama PayPal, Klik pada Link "Sign Up"












Choose Account Type - Selepas anda pilih negara, muka baru akan keluar.











Sign Up for a PayPal Account- Pilih jenis akaun disini. Personal Account adalah percuma.








PayPal Account Owner Contact Information - Taipkan butir-butir diri anda tanpa lakukan kesilapan





PayPal Account Login & Password Recovery - Lihat pada contoh dan keterangan dalam gambar



Tandakan "Yes" dan taipkan abjad yang kelihatan. Seterusnya klik butang "Sign Up"



Selepas anda klik butang Sign Up, akan keluar satu lagi muka baru yang akan meminta anda memberi butir-butir kad kredit. Anda boleh abaikan muka surat tersebut dengan batalkannya. Klik pada butang Cancel dan teruskan pendaftaran. Itu sahaja. Selepas itu, anda akan diminta untuk memeriksa akaun email anda untuk penggesahan email. Anda perlu ke akaun email dan buka mail yang dihantar oleh PayPal untuk klik padaURL yang diberikan disana. Setelah anda klik URL tersebut anda akan terus dibawa ke laman Login PayPal. Anda boleh cuba Login ke akaun PayPal anda dengan taip ID dan kata laluan PayPal anda. INGAT, ID PayPal anda adalah alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar di PayPal.

Selain dan simpan url berikut untuk kembali ke laman Sign Up.

Monday, May 19, 2008

Petikan power buat azimat tingkat motivasi

Ramai ahli perniagaan yg berjaya membuat setiap keputusan berdasarkan infomasi yg dimiliki, pengetahuan dan pengalaman serta nasihat2 dari pelbagai pihak, Banyak yg boleh dipelajari dari mentor, orang yg dipercayai serta rakan niaga yg mantap - dari sudut kejayaan dan kesilapan mereka. Segelintir kita hanya perlu menghayati apa yang diperkatakan tanpa bersemuka.

Di sini saya cuba mengetengahkan beberapa petikan kata-kata dari beberapa orang ahli perniaagaan terkenal, semoga ia boleh dijadikan panduan bagi anda dalam mengharungi perjalanan menuju puncak kejayaan.

"Readers must always put their people before themselves. If you do that, your business will take care of itself"
Sam Walton(1918-1992)
Ketua pegawai eksekutif dan presiden Wal-Mart Stores, Inc.

"Self practical, tested merchandise at respomsible profit, treat your customers like human being and they will always come back"
Leon L. Bean(1872-1967)
Presiden L.L. Bean, Inc.

"If you can run business well, you can run any business well"
Sir Richard Branson (1950-sekarang)
Ketua pegawai eksekutif,
Virgin Group, Ltd.

"In this business, by the time you realize you're in trouble, it's too late to save yourself/ Unless you're running scared all the time, you're gone"
Bill Gates (1955-sekarang)
Pengerusi dan ketua arkitek perisian,
Microsoft Corporation.

"The secret of success is to get up early, work late and strike oil"
J.D. Rockefeller (1839-1937)
Pengasas,
Standard Oil.

"Do something. either lead, follow or get out of the way"
Ted Turner (1938-sekarang)
Pengasas,
Turner Broadcasting System Inc.

Selain itu, saya juga ada kata-kata azimat saya sendiri iaitu "I want money, so i give money, and it comes back in multiples" dan "No pain, no gain"...