Tuesday, October 9, 2012

Siapa itu Miley Cyrus



Miley Ray Cyrus atau lebih dikenali sebagai Miley Cyrus adalah seorang pelakon dan penyanyi terkenal di Amerika Syarikat. Dia merupakan bekas bintang kanak-kanak dan remaja dilahirkan oleh Disney Channel. Nama Miley dikenali ramai oleh peminat menerusi karakter yang dibawanya iaitu Hannah Montana.

Melalui karakter tersebut juga, Miley menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian. Kejayaan besar yang dikecapinya menerusi drama bersiri dan filem Hannah Montana telah menjadikan Miley sebagai idola remaja popular.


Pada tahun 2008, anak kepada penyanyi country terkenal, Billy Ray Cyrus ini mengeluarkan album solonya yang pertama bertajuk "Breakout". Miley kini memegang rekod Guiness World Records sebagai penyanyi remaja paling banyak memasuki carta Billboard 100.

Miley Cyrus dalam Hannah Montana