Friday, October 21, 2016

Friendship Motel, Pulau Pinang

Salam semua,

Bila berkunjung ke Pulau Pinang atau mana-mana tempat yang jauh, biasanya aku akan sewa hotel untuk bermalam. Trivago.com lah tempat untuk aku cari hotel mana yang murah dan dekat dengan sesuatu tempat yang ingin aku tujui/lawati. Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan memilih hotel yang murah dan selesa untuk bermalam.

Apabila perlu bermalam selama lebih dari satu malam, biasanya aku akan tidur di hotel yang berlainan untuk merasai pengalaman di setiap hotel2 tersebut. Semasa di Pulau Pinang, aku sempat bermalam di Friendship Motel atau Rumah Tumpangan Friendship.

Bila bercakap tentang rumah tumpangan, harga untuk bermalam di sini agak murah. Biasanya dalam RM50-RM70 semalam. Ini disebabkan kemudahan dan keadaan bilik yang kita sewa itu pada keadaan yang 'basic' dan biasa-biasa sahaja. Orang kata cukup untuk mandi dan untuk tidur sahaja. Bagi yang mementingkan keselesaan dari segi keempukan tilam dan bantal, aku tidak cadangkan anda tidur di hotel bajet atau rumah tumpangan.

Namun begitu, ada juga hotel bajet atau rumah tumpangan yang selesa. Contohnya Suns Inn Hotel. Mungkin kerana hotel Suns Inn itu baru dibuka, segala barang2 di dalam bilik itu baru. Friendship Motel aku gambarkan sudah berpuluh tahun di situ, tilam dan bantal pun sudah lunyai. Huhu...Televisyennya pun sudah tidak berfungsi lagi. Hurm..cukuplah sekadar mandi dan melelapkan mata.