Saturday, June 11, 2022

Busy busy busy

Salam guys,




Agak lama aku tak menulis dalam blog ni..memang busy dengan kehidupan aku sekarang..ni pun aku curi-curi masa menulis di tempat kerja..

Kehidupan bujang, berkahwin dan dah ada anak memang berbeza sangat..dulu sewaktu bujang dan selepas berkahwin, aku dapat rasakan banyak masa yang terluang untuk aku lakukan pelbagai aktiviti..namun selepas ada anak 2 ni, segala masa yang terluang tadi telah di'ambil' oleh anak-anak aku..mereka tinggalkan sisa-sisa masa untuk aku hanya selepas mereka tidur..time tu la aku akan pulun buat semua benda seperti edit video, tgk youtube, main game, instagram dan sebagainya..

Untuk edit video pun perlu mengambil masa yang lama sekiranya mahu menghasilkan video yang berkualiti..bahan aku dah ada serba-sedikit dari travelling beberapa bulan yang lepas, cuma nak edit tu je..aduhai, memang takda masa..