Tuesday, July 15, 2025

Chicken Pox dan cuti kuarantin

Salam semua..

 


Cuma harini nak citer yang anak kedua aku dah kena chicken pox..Ianya start tumbuh bintik-bintik tu pada malam Khamis 10 Julai 2025. Kemudian pada hari Jumaat 11 Julai 2025 bini aku bawak anak aku yang kedua ni untuk berjumpa doktor di Klinik Warga Hospital Shah Alam..Malangnya doktor tak pasti samada itu chicken pox atau bisul ke sebab hanya tumbuh 2-3 bintik..oleh yang demikian, dia suruh pantau dulu..

Kebesokkan harinya pada hari Sabtu dan Ahad, memang bintik-bintik tu dan semakin banyak. So, memang la budak ni dah terkena chicken pox. Bini aku suruh aku bawak anak aku pulak jumpa doktor di Klinik Warga pada 14 Julai 2025.  Walaupun lambat doktor panggil..aku datang pada pukul 8.40am dan dipanggil pada pukul 10.00am. Doktor yang panggil tu memang tak banyak cakap selepas dia tengok muka anak aku berbintik-bintik. Lepas dia check suhu dan timbang berat, dia tros mintak IC aku untuk nak buat surat kuarantin.

Berjalan kaki dengan riang ke Klinik Warga Hospital Shah Alam

Alhamdulillah aku dapat cuti kuarantin menjaga anak selama 5 hari bermula 14 Julai 2025 hingga 18 Julai 2025. Dah la aku tak kerja 12/13 Julai, dan pada 19/20 Julai. Ini menjadikan cuti yang kedua terpanjang sepanjang aku berkhidmat pada kerajaan. Cuti terpanjang yang aku pernah dapat adalah pada tahun 2021 bila aku dijangkiti Covid-19. Rasanya sampai 2 minggu. Yang ni baru 9 hari straight.  

Muka ada suka sebab dia tak tau nak jumpa doktor. Dia ni memang anti sikit dengan doktor.

Aku menulis perenggan terakhir ni pada cuti keempat Khamis (17 Julai 2025). Sebenarnya bosan juga duduk di rumah saja. Ya lah, kita cuti menjaga budak, bukan kita yang cuti. Dia bangun je kena mandikan, bagi makan..kita bukan leh suka keluar sambil lewa. Bila nak bawak budak ni takleh, nnt orang nampak abis aku kena kecam. Duduk rumah bukan leh goyang kaki saje tgk tv, kerja rumah kena buat..

Ok lah guys, tu je nukilan aku setakat ini, nak pergi basuh baju ni..Salam :)