Friday, December 26, 2025

Hanya kerana MC 1 Hari Bahagian 1

Salam semua,

Harini nak ceritakan sedikit cerita yang meng'geram'kan jugak la tentang apa yang terjadi pada diri aku yang bermula 21 Disember Ahad sehingga artikel ini ditulis 26 Disember 2025 Jumaat. 

Ianya bermula pabila aku kerja malam hari Ahad 9.00 malam 21 Disember 2025 (Ahad) sehingga ke pukul 8.00 pagi 22 Disember 2025 (Isnin) malam tu menuju kerja aku bawak anak lelaki aku yang sulung tu bersama, si Zaim..dia malam ok sikit perangainya sebab waktu 9.30 malam ke 10.30 malam dia akan tidur..malam tu yang bekerja dengan aku Mak Chaq, rahmah mikrob dan rafiqah blood bank. 

So, aku bekerja ok je sehinggalah pada pukul 4.00 pagi - 5.30 pagi badan aku sudah mula rasa sejuk semacam..sendi-sendi di belakang aku mula rasa sakit-sakit. Ah sudah, nak demam ke? Aku pun terus bekerja sehingga tamat 8.00 pagi Isnin 22 Disember 2025. Aku pun terus balik rumah bawak Zaim dan terus mandi sejurus tiba di rumah. Zaim pun aku trus paksa mandi..

Aku telan 2 bijik panadol, ubat cair kahak dan alahan dan terus tido...ZzZzZz Sejaganya aku pada pukul sekitar 12.30 tengahari ke 1.00 tghari badan aku panas..Arghhhh, aku demam! lama tak demam weh...demam yang kau merasa kesejukan melampau dan akan shaking. Ternyata ubat-ubatan yang aku telan awal tadi tidak menunjukkan kesan langsung ketika demam mula 'naik'..aku terus dapatkan sweater dan terus sambung tidur. Semestinya tidur tidak lena, sekejap bangun 2.45 ptg, sekejap 3.50pm, sekejap 5.55ptg..badan tetap tidak kebah..anak aku ok pulak.. dah masuk maghrib, malam tetap tidak kebah, sudah banyak cara aku lakukan untuk kebah, mandi, makan ubat..

namun cara itu tidak berhasil..dari pagi asyik terbaring..aku tak mmpu weh, memang abis satu badan kau sakit..serius lama dah aku tak kena demam yang teruk cam zaman kita kecik2 dulu..bila kita dah besar ni, cam2 vaksin kita terima, ingatkan dah kebal la..kalau kena pun mungkin sipi-sipi saja..rupanya tidaklah kebal 100% Dan pabila kena boleh effect 100% badan kita down.

Nasib baik la aku sudah mintak Cuti Rehat(CR) pada hari Isnin 22 Disember 2025 tu. Satu hari tu aku asyik terbaring je, henfon pun aku tak tengok, mandi, makan ubat dan sambung tidur. kejadian ni membawak pada hari Selasa 22 Disember 2025. Aku perhatikan jam sudah 12.30 tengah malam hari Selasa tu, namun kepala aku masih berat. Sehingga la tibanya waktu untuk bangun sekitar 6.00pagi ke 6.30pagi..Aku kebuntuan..cuti rehat sudah habis, bakinya 1 hari sudah dibawa ke tahun hadapan..Dengan kederat yang paling berat aku cuba iron baju lengan panjang biru aku dan seluar slack coklat untuk aku awak pi kerja. Setelah itu mandi sambil mandikan anak aku skali..

So, bini aku akan antar anak ke-2, dan aku anta abang, Zaim ke transit kerana sudah bermula cuti sekolah. Sampai di parkir transit Zaim aku sempat lelap dari jam 7.15pg ke 7.50pg..begitulah kita zaman pak2 ni..seminit kalau boleh dicuri, pasti kita akan curi untuk tidur, rehat..Untuk pengetahuan semua, aku thumb print dulu sebelum gerak hantar abg ke transit. Dengan badan yang baru nak baik demam..badan yang masih memerlukan recovery at least sehari lagi..aku tidak ada pilihan selain hadir kerja. Cuti dan time off sudah tidak boleh diguna.

Aku pun masuk makmal sekitar 8.20 pagi..dan mulakan tugas..walaupun mata aku banyak lelap. Aku sudah nekad dalam hati pukul 9.30 pagi aku nak ke klinik Warga untuk minta MC 1 hari..apa nak jadi, jadilah! Klinik Warga ni klinik untuk staff Hospital Shah Alam. Sesiapa kerja di Hospital Shah Alam, boleh la dapatkan rawatan ke, MC ke kalau sakit kat Klinik Warga ni. Aku tengok jam di PC, lambatnya kau bergerak ya...8.35am 8.40am 8.51am 8.59am 9.05am 9.11am..lambat btol masa bila kita dok perati je dia..akhirnya jam 9.30am hampir jua..aku tros shoot Klinik Warga.