Gambar bertarikh 20 Julai 2015 jam 2:57 petang. Simpan sini untuk kenang-kenangan, takut simpan dalam file PC ni, dia corrupted plak. Opah ni sebelah abah aku. Mak kepada abah aku..Mengikut sumber opah aku ni dah berusia lebih 100 tahun. bayangkan kalau dia jalan, dia membongkok macam huruf 'L' tu..cuma tak tahu tarikh sebenar opah lahir ke dunia ni. Bayangkan opah aku lahir sebelum perang dunia ke-2 dan sebelum Malaysia masih dipanggil "MALAYA" lagi.
Gambar bawah ni, gambar opah masa muda-muda..mengikut cerita dari sumber yang boleh dipercayai, gambar ni dirakam dalam tahun 1950an. paling kiri tu moyang aku, ayah kepada opah aku..yang tengah tu atuk aku(meninggal tahun 1995). Budak dalam gambar ni merupakan anak pertama atuk dan opah aku iaitu Ayah Long aku. Arwah dah beliau..rasanya dia dalam 2-3 tahun dalam gambar ni. Gambar ni pun aku dah repair pakai Ai.




