Showing posts with label derma darah. Show all posts
Showing posts with label derma darah. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Jom derma darah

Tahukah anda saya ni takut kat jarum suatu ketika dulu? Bila nampak jarum nak derma darah lagi la takut, cam nak pengsan pun ada. Tapi apa yang anda perlukan hanya menghadapi ketakutan anda buat kali pertama. Bila ketakutan anda buat kali pertama tu berjaya diharungi, nescaya anda pasti nak lagi..

Haha, tu la perasaan aku dulu first time nak derma darah, takuuttttt, tapi bila dah buat sekali..baru rasa dia punya 'feel'..best siot, rasa cam korang dah berbakti pada negara, lagipun darah korang bukannya habis, nanti badan kita akan ganti balik..sapa yang tak pernah derma darah lagi tu, cuba lah..jangan takut..

Sebaiknya dari muda kita derma darah, setiap 3 bulan sekali, kumpulkan rekod kat buku rekod derma darah yang warna merah tu. lagi banyak lagi bagus..Jom ramai-ramai derma darah.


Thursday, August 18, 2011

Apa itu Aferesis


Aferesis adalah satu proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas yang sangat mudah. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.

Bagaimana ia dilakukan?

Anda akan dijemput duduk dan jarum yang mengalirkan darah akan dicucuk pada lengan anda yang akan bersambung terus kepada mesin melalui saluran pengaliran darah. Darah akan masuk ke dalam mesin yang akan mengasingkan sel darah merah dari plasma dan platelet. Plasma dan platelet akan dikumpul di dalam beg berasingan. Sel darah merah akan dikembalikan kepada penderma.

Mesin yang digunakan untuk mengasingkan sel darah merah dan plasma + platelet

Siapakah yang layak menjalani Aferesis?
Seseorang individu itu layak menderma secara aferesis sekiranya anda sihat, berumur 18 tahun sehingga 50 tahun dan berat anda melebihi 55 kg.

Mengapa plasma dan platelet diperlukan?
Plasma digunakan bagi merawat pesakit hemofilia, penyakit hati, masalah pendarahan, kelecuran akibat kebakaran, dan penyakit buah pinggang. Platelet digunakan untuk menghalang pendarahan bagi mangsa demam denggi dan leukemia.

Plasma + platelet yang berjaya dikumpul akan disaring sebelum dapat digunakan.

Dimanakah anda boleh menderma darah?
Anda boleh menderma di Tabung Darah hospital terdekat yang menyediakan perkhidmatan ini atau di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. No telifon : 26955558