Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Showing posts with label hotel. Show all posts

Saturday, December 3, 2016
Hotel Sentral Seaview, Pulau Pinang
Hotel Sentral Seaview di Pulau Pinang, hotel yang agak selesa, bersebelahan dengan pantai, kolam renang yang luas, sarapan pagi dengan menu yang pelbagai.Tidak sesuai untuk backpackers dan pengembara bajet kerana harga bilik RM100 dan ke atas.
Thursday, November 24, 2016
Hotel De Palma Kuala Selangor
Berkesempatan untuk kursus di sini selama 3 hari 2 malam. Tempat yang agak best untuk lari dari kesibukan kota. Cuma aktiviti malam tak berapa nak ada. Cuma ada kelip2 je kat Kampung Kuantan.
Monday, August 8, 2016
Hotel Station 18, Ipoh Perak
Salam semua,
nak cerita sikit tentang saya dan isteri ke Ipoh tempohari. Sebelum pergi tu baik anda semua buat tempahan online di trivago.com, apa yang best di Trivago ni sebab kita boleh bandingkan harga yang terendah/tertinggi, nak hotel yang ada swimming pool ke, breakfast ke, senang kita dah tempah, pastu kita pakai waze je cari hotel tu.
Saya tempah hotel Station 18 di Ipoh.Tak la jauh sangat dari pusat bandar, dalam 9-10 kilometer dari pusat bandar. Kira hotel ni terletak di pinggir bandar. Lagi satu kalo kita nak cari hotel yang bagus, kita kena tengok rating yang diberi dari pengunjung terdahulu. Sebab dorang lagi makan 'garam' dari kita..Hehe
Hotel ni senang nak cari jika pakai Waze. Kalo cari manual gaya2 tanya orang tu memang makan masa la..Nasib baik ada teknologi canggih, dapat jimat masa dan tenaga. Bila dah sampai hotel nih, pe2 dulu check-in la..staff kaunter memang friendly, persekitaran pun bersih dan cantik. Kira hotel Station 18 ni macam hotel baru la. Dah la murah dalam RM55 je semalam.
Bila dah masuk bilik, tengok bilik..semua puas ati la, cuma bilik tu kecik jea..standard la kan, RM55..saya pernah dapat bilik yang lagi kecil dengan RM80 di Port Dickson. Tak usah la saya sebutkan nama hotel tu, nanti kena saman plak...hehehe
Apa yang saya nak puji tentang hotel ni, dia punya wifi. Punya la berdesup..puas hati sebab memang laju. Ni rasa macam taknak keluar bilik nih..dok godek handfon saje.

Tuesday, September 29, 2015
Hotel JV Bandar Tasek Mutiara Pulau Pinang
Salam semua,
Pada 18 September 2015 lalu berkunjung ke Pulau Pinang untuk menghadiri perkahwinan kawan isteri di Nibong Tebal. Selain itu kitaorang plan nak berlibur di Pulau Pinang di bahagian pulau. Hotel ditempah 2-3 minggu lebih awal di laman web Trivago. Ternyata tempahan awal kita boleh save bajet.
Kitaorang berdua(saya dan isteri) gerak dari Pandamaran, Klang lebih kurang pukul 1.20 petang. Nak save tol punya pasal kitaorang ikut jalan lama. Klang-Jeram-Kuala Selangor-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Ulu Dedap-Bota-Parit-Manong-Kuala Kangsar-Taiping-Parit Buntar-Nibong Tebal. Dia punya jalan, pergh..memang kureng sesuai la, berlobang sana sini. Kitaorang sampai kat bandar Tasek Mutiara dalam pukul 9 malam. Bayangkan 8 jam memandu kat jalan lama, nak save tol punya pasal..kalo ikut highway dalam 4-5 jam jea..tapi kalo jalan lama boleh save tol dalam RM50 sehala.
Dan hotel di bawah ni la tempat kami menginap selama 1 malam. Dia punya sewa semalam adalah RM54 dan ada la sen-sen. Bayar online jea..Besoknya kami dah sewa hotel lain di Georgetown.
P/S : KLIK gambar untuk besarkan
Dan nak bagitau, ni hotel baru, so dia punya design, perabot, tv dan segala-galanya memang baru. Orang kata tu memang berbaloi la. Bajet ciput tapi dia punya bilik dan segala kelengkapan semua puas ati la..
![]() |
| Yang ni hiasan sebelah receptionist. Memang sempoi bak hang.. |
![]() |
| Atas tu gitar btol tu.. |
Tuesday, September 1, 2015
Hotel Bestari Semantan di Temerloh
Salam semua,
Pada 30 ogos 2015, seorang sahabat saya melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk bercuti di Temerloh. orang kata sambil menyelam minum air.
Oleh kerana ingin promotion dan tawaran yang terbaik, saya telah menempah bilik hotel secara online di Booking.com. Tawaran harga yang paling murah adalah RM78 di Hotel Bestari, Temerloh. Tanpa pikir panjang saya pun book la..Alhamdulillah berjaya..
Pada 30 Ogos 2015 selepas menghadiri majlis kenduri kawan saya, saya terus menuju ke Temerloh dan sampai ke hotel berkenaan. Dengan harga RM78, anda dapat hotel cam 5 bintang. Ada breakfast, ada free surat khabar, bilik besar. Cuma saya keliru sebab nama hotel ni dulu Hotel Semantan, pastu dalam laman web booking.com nama dia Hotel Bestari Semantan, dan bila sampai kat sini tengok nama Hotel Bestari plak..banyaknya nama....

| Breakfast percuma disediakan |
![]() |
| Surat khabar percuma :) |
Friday, April 12, 2013
Hotel Panda di China
Hotel Panda terletak di daerah Sichuan, China. ia secara rasminya dibuka kepada pelanggan bermula pada bulan Mei tahun 2012. Nama sebenar hotel tersebut adalah Haoduo Panda Hotel. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik kepada pelanggan.
Selain bilik perseorangan, hotel tersebut turut menyediakan bilik berkembar dan bilik bersambung. Hotel tersebut dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang menggunakan tema Panda, manakala dinding-dindingnya pula dihiasi dengan lukisan pelbagai ragam panda yang meniru aksi filem dan animasi terkenal.
Subscribe to:
Posts (Atom)