Showing posts with label mcD. Show all posts
Showing posts with label mcD. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Harga makanan McDonalds tahun 1980an

Harga mekdi tahun 1980 dulu..kalo la harga ni masih bertahan sampai skarang, hari2 agaknya aku pi mekdi tapau burger..






Friday, September 28, 2012

Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia



PADA awal tahun 1980-an, McDonald's, satu jenama rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia, masih begitu asing kepada rakyat tempatan tetapi kini ia hampir ada di mana-mana.

Lebih dikenali sebagai restoran khidmat segera (QSR), McDonald's terus berkembang, sekali gus membuktikan kemampuannya meningkatkan pasarannya ketika pengendali lain sama ada dari luar atau dalam, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pasaran.

McDonald's masih terus kekal sebagai sebuah syarikat francais Restoran Khidmat Segera. Kejayaannya banyak bergantung kepada para pemegang francais yang memainkan peranan utama menjayakan operasinya. Kami telah berkembang secara berperingkat-peringkat di negara ini.

Restoran McDonald's Bukit Bintang sekarang

Bermula dengan sebuah restoran pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun 1982, ia kini mempunyai 152 restoran di seluruh negara. McDonald's merancang untuk memfrancaiskan empat hingga 25 buah restoran sepanjang tiga tahun akan datang.


SUMBER

Wednesday, September 26, 2012

Restoran Pertama Mcdonald's


McDonalds pertama dibina pada Disember 1948 oleh pasangan adik beradik Richard dan Maurice McDonald di San Bernadino, California.

Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain.

Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas.

Maka konsep restoran "makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford.

Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee.





Klik gambar untuk besarkan
  

Friday, February 10, 2012

Breakfast di Mcdonald's

Sememangnya sarapan di Mcdonald's bukanlah perkara biasa yang saya lakukan setiap hari. Biasanya sarapan nasi lemak, roti canai dan teh tarik menjadi pilihan di kedai dan restoran mamak. Bagi saya breakfast di McD kureeeeeng sket 'feel'nya berbanding sarapan di tempat lain. Bagaimanapun hari tu saya buat first timer nya berbreakfast di mekdi.

Kosnya agak mahal la bagi sebiji burger + hash brown(first time makan jugak!) dan secawan kopi pekat(yang ni leh refill sesuka hati)..apa2 pun balun jea sebab ada orang blanjer..hehe :)

Apa ke lagi tunggu, sebattt je la..