Buah betik tapi macam buah pisang..sekali imbas sebijik buah pisang..
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts
Friday, February 12, 2016
Friday, July 24, 2015
Fosil Ular Berkaki 4 DITEMUI!!
![]() |
| Ular sepanjang 20 sentimeter itu hidup kira-kira 113 juta tahun lalu, sama seperti kebanyakan dinosaur. – Foto Dave Martill |
Ia adalah fosil ular berkaki empat yang pertama ditemui para saintis.
Beberapa fosil ular berkaki belakang pernah ditemui sebelum ini, namun penemuan terbaru itu dijangka merupakan leluhur kepada ular-ular zaman moden.
Ular sepanjang 20 sentimeter itu hidup kira-kira 113 juta tahun lalu, sama seperti kebanyakan dinosaur.
“Spesis yang baru ditemui itu, Tetrapodophis amplectus yang hidup pada awal zaman batu kapur, iaitu 146 hingga 100 juta tahun lalu, mengekalkan kebanyakan ciri klasik ular, seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar,” demikian menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman.
Empat kakinya yang pendek dan kecil tidak digunakan untuk bergerak, sebaliknya untuk memegang mangsanya.
Ular itu mempunyai ekor yang panjang dan leper, berbeza dengan haiwan akuatik, menandakan ia bukan berasal daripada moyang marin.
Fosil itu menunjukkan penyesuaian untuk mengorek lubang dan bukannya berenang, jadi, ia memperkukuhkan lagi idea bahawa ular berasal dari darat.
Sebelum ini, ahli paleontologi mempertikaikan ular adalah reptilia marin.
“Ini adalah fosil ular paling primitif dan ia amat jelas ia bukan (makhluk) akuatik,” kata Dr Nick Longrich dari Universiti Bath yang merupakan seorang daripada penulis dalam kajian itu.
Bercakap kepada Science in Action untuk BBC World Service, Dr Longrich menjelaskan, ekor ular itu tidak berbentuk pendayung untuk berenang dan ia tiada sirip.
Manakala badannya yang panjang dan muncung pendek adalah penggorek lubang tipikal.
Sumber : http://bm.therakyatpost.com/global/2...#ixzz3gnQDuDA3
Sunday, October 7, 2012
Binatang Pelik : Vampire Squid
Sotong ini diberi nama vampire squid disebabkan mukanya yang seakan kelawar dan mengerbang seperti dracula apabila mahu bergerak. Ia didapati di lautan dalam sekitar ke dalam 2 ribu hingga 3 ribu kaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)









