Friday, January 16, 2015

Asal usul ubat gigi Darlie



Betul ke Darlie dan Colgate keluar dari kilang yang sama? Kiranya macam pesaingan la..tapi sebenarnya satu geng je..Dan sebenarnya banyak lagi jenama terkenal kat Malaysia ni dari satu kompeni.. tapi mengeluarkan iklan berasingan..

Darlie dahulunya dikenali sebagai Darkie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel. Perkataan "Darkie" digunakan di Amerika dan Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam dan dikatakan berunsur perkauman. Sebab tu nama tu ditukar kepada Darlie dan imej dekat kotak pun sudah bertukar. Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular di Taiwan sehingga hari ini.


Rupa ubat gigi Darlie pada zaman kini

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa perkata "Darlie" pun merujuk kepada perkataan hitam, cuba pergi Google translate dan translate perkataan English (DARLIE) -> Chinese. Pastu ambik perkataan Chinese yang keluar tadi dan translate balik ke English dan tekan untuk maksud alternatif (rujuk gambar bawah). Kalau tak puas hati lagi pergi tanya orang Cina maksudnya.

Gambar Atuk Dato Seri Mukhriz Mahathir



Mungkin ramai yang belum pernah melihat wajah datuk kepada Dato Seri Mukhriz Mahathir kan?

Gambar di bawah ini adalah wajah ayah kepada Tun Dr Mahathir dan datuk kepada Dato Seri Mukhriz Mahathir iaitu Mohamad bin Iskandar seorang guru Bahasa Inggeris dan Guru Besar pertama di Sekolah Inggeris Alor Setar yg kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang pendidik yg tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek pembangunan Malaysia selama 22 tahun.

Jadi,seandainya ada yg bertanya dari mana Dato Seri Mukhriz mewarisi kehenseman beliau itu?

Jawapannya. Lihatlah datuknya dulu. Kuah kalau tak tumpah ke nasi,nak tumpah ke mana lagikan!

Sumber - Mukhriz Mahathir FC

Saturday, January 3, 2015

Benda MENAKJUBKAN di bawah tanah!


 Pencari Harta Karun Jumpa Benda MENGEJUTKAN Dalam Tanah !!! 

Menurut sumber web yang di perolehi, gambar ini di ambil di Rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di dalam tanah dengan menggunakan alat pengesan logam yang di sangkakan barang berharga, tetapi apabila tanah dikorek, penemuan yang memeranjatkan, apa yang mereka ketemui ialah sebuah motosikal berusia kira-kira 80 tahun. 

(Krasnyi Oktyabr) L-300, atau asal DKW Luxus 300. Tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu boleh berada di dalam tanah.


 




 



Kredit : MalaysiaSensasi.net

Thursday, January 1, 2015

Henfon masuk air? Pe nak Buat??




Sekiranya air memasuki barangan elektronik anda contohnya telefon bimbit, apa yang perlu anda lakukan? Ikuti langkah-langkah di bawah ini..

1. Keluarkan bateri dan sim kad.

2. Rendam atau letakkan telefon bimbit anda dalam beras putih. Ia diyakini mampu untuk menyerap air 2 kali ganda kelembapan. Telefon bimbit anda akan kering pada keesokkan harinya berbanding menggunakan pengering rambut.

Selamat mencuba :)

Selamat tahun baru 2015!



2014 sepintas lalu meninggalkan kita..
begitu pantas ianya berlalu..
Selamat datang 2015..

Sunday, December 28, 2014

Mee kari terlazat

Sape minat makan mee kari? hurm..

aku antara salah seorang peminat mee kari..sepanjang aku idop nih, mee kari terlazat aku penah try adalah di Medan selera Jalan Raja Muda di sebelah Hospital Kuala Lumpur..

Kedai makan dia terletak bersebelahan dengan kedai makan Nur Muhammad. Kedai dia buka dari pagi sampai kul 2 ptg jea..so sape nak try mee kari sedap, kena pi time tu la..

nyum2 :)

Mee Kari medan selera Jalan Raja Muda..kuah dia sedapppppppp

Hadiah daripada Karangkraf : T-shirt 22 Jump Street

Hadiah daripada majalah KLIK, t-shirt daripada filem 22 Jump Street :)




Hadiah dari Karangkraf : How to Train Your Dragon 2

Hadiah daripada majalah KLIK, peraduan How To Train Your Dragon 2..






Friday, November 7, 2014

Hadiah daripada majalah KREKO : T-shirt JIN

Baru dapat hadiah daripada majalah KREKO..peraduan dalam majalah tu..Alhamdulillah bertambah lagi koleksi t-shirt den :)


Payment ke-3 dari Clixsense

Ini merupakan payment ke-3 dari Clixsense..ianya mengambil masa dalam 3 hari dari tarikh payment direquest..clixsense merupakan antara program 'pay to click' yang masih membayar dan dipercayai selain neobux sehingga ke hari ini..

http://csl.ink/bgu


NAK JOIN CLIXSENSE? KLIK SINI

Rumah Terbalik di Sabah

Salah satu tempat yang wajib di kunjungi di Sabah adalah rumah terbalik..lokasi rumah ni kat area Kota Kinabalu..jalan dia menuju ke Kundasang, rumah di sebelah kiri..nak masuk x silap RM10 ke RM12, dah lupa..


Kalo nak masuk adalah di sarankan anda datang awal..kalo datang dalam pukul 11 @ 12 tengahari time weekend, memang beratur panjang la kalo nak masuk..sebab dia akan lepaskan dalam 15-20 orang dalam satu sesi..setiap sesi dalam 10-20 minit je dalam tu..kat dalam tu semua terbalik, tapi sorry guys, xleh tangkap gambar dalam tu..sebab rumah terbalik ni bukan hak kerajaan Sabah, ianya milik persendirian..


Lepas kita selesai tgk2 dalam rumah terbalik tu, ada kafe kat luar..leh la kita minum2 ke, makan2 ke sebelum keluar dari area rumah terbalik nih..

Makan nasi ayam penyet, harga dalam RM10.90..bleh tahan la, rasa cili dia agak rare..masam2 pedas..

Bergambar kenangan sebelum ke destinasi seterusnya..

Pasar Phillipine di Kota Kinabalu, Sabah

Kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah,,pasar phillipine adalah salah satu tempat yang wajib untuk dikunjungi..ada macam2 barang jual kat sini..contohnya mutiara, barang perhiasan, baju t-shirt, ikan masin, jajan dan bermacam-macam lagi..sebelum bertolak balik jangan lupa singgah sebentar di sini yea..

Kundasang, Sabah..memang owsome!

Cuti hari merdeka hari tu sempat berkunjung ke Sabah, negeri di bawah bayu..destinasi yang sempat ditujui adalah Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang, Sabah..tips pergi tempat kita tak pernah pergi adalah bawak orang yang tau @ yang pernah pergi kat tempat tu..ni untuk mengelakkan sesat..




Pemandangan kat sini, pergh..memang x dapat la kat semenanjung..dekat sini leh nampak puncak Gunung Kinabalu tu..memang cantek..Jika anda berpeluang ke Sabah..Kundasang adalah destinasi yang wajib pergi..




Kat Kundasang ni juga ada tempat orang bela lembu cam kat New Zealand tu..badan lembu tu bertompok-tompok, bukan yang cam lembu warna coklat tu..ada jugak kedai jual susu dan dadih yang dibuat daripada susu2 lembu kat sini la..sambil jalan2 tu leh minum susu, badan anda akan bertambah sihat dan remaja..hehe