Free sampel untuk produk Enercal Plus keluaran Wyeth.
P/S : Klik gambar utk besarkan.
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Thursday, August 27, 2015
Sunday, August 16, 2015
Hadiah daripada majalah RAPI - UTUSAN
Hadiah daripada majalah RAPI, selamat tiba di rumah..Shaklee Collagen Powder 5g X 15 sachets..Alhamdulillah :)
Thursday, August 6, 2015
Payment ke 22 dari NEOBUX
Aku baru je cashout USD10.63 dari NEOBUX teros ke akaun Payza. Mulanya nak kumpul banyak2 baru cashout. Tapi nak beli traffic dari Hitleap.com. So, daripada pakai bank transfer atau paypal, baik cashout ke Payza. Hanya tu je option NEOBUX bagi kat aku..nak cashout ke PAYPAL xleh..
Agak jenuh gak la nak cukupkan USD10 dari Neobux ni..kalo orang bawah kita ramai, sedap sikit..kalo kita rajin baik join microworkers, kalo kita rajin ari2 buat kerja online, leh cashout cepat sikit..kalo nak earn dari NEOBUX ni memang makan tahun kalau xda refferal atau orang bawah..
Agak jenuh gak la nak cukupkan USD10 dari Neobux ni..kalo orang bawah kita ramai, sedap sikit..kalo kita rajin baik join microworkers, kalo kita rajin ari2 buat kerja online, leh cashout cepat sikit..kalo nak earn dari NEOBUX ni memang makan tahun kalau xda refferal atau orang bawah..
Saturday, August 1, 2015
Gambar KLCC semasa pembinaan
Gambar KLCC di awal pembinaan pada tahun 1995..bagi sesapa yang tak penah tengok tu memang rare la, sebab time ni henfon kamera blom tercipta lagi..so sesapa ada kamera kira berada la..
Saturday, July 25, 2015
Friday, July 24, 2015
Fosil Ular Berkaki 4 DITEMUI!!
![]() |
| Ular sepanjang 20 sentimeter itu hidup kira-kira 113 juta tahun lalu, sama seperti kebanyakan dinosaur. – Foto Dave Martill |
Ia adalah fosil ular berkaki empat yang pertama ditemui para saintis.
Beberapa fosil ular berkaki belakang pernah ditemui sebelum ini, namun penemuan terbaru itu dijangka merupakan leluhur kepada ular-ular zaman moden.
Ular sepanjang 20 sentimeter itu hidup kira-kira 113 juta tahun lalu, sama seperti kebanyakan dinosaur.
“Spesis yang baru ditemui itu, Tetrapodophis amplectus yang hidup pada awal zaman batu kapur, iaitu 146 hingga 100 juta tahun lalu, mengekalkan kebanyakan ciri klasik ular, seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar,” demikian menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman.
Empat kakinya yang pendek dan kecil tidak digunakan untuk bergerak, sebaliknya untuk memegang mangsanya.
Ular itu mempunyai ekor yang panjang dan leper, berbeza dengan haiwan akuatik, menandakan ia bukan berasal daripada moyang marin.
Fosil itu menunjukkan penyesuaian untuk mengorek lubang dan bukannya berenang, jadi, ia memperkukuhkan lagi idea bahawa ular berasal dari darat.
Sebelum ini, ahli paleontologi mempertikaikan ular adalah reptilia marin.
“Ini adalah fosil ular paling primitif dan ia amat jelas ia bukan (makhluk) akuatik,” kata Dr Nick Longrich dari Universiti Bath yang merupakan seorang daripada penulis dalam kajian itu.
Bercakap kepada Science in Action untuk BBC World Service, Dr Longrich menjelaskan, ekor ular itu tidak berbentuk pendayung untuk berenang dan ia tiada sirip.
Manakala badannya yang panjang dan muncung pendek adalah penggorek lubang tipikal.
Sumber : http://bm.therakyatpost.com/global/2...#ixzz3gnQDuDA3
Thursday, July 23, 2015
Rekaan menarik menggunakan CD terpakai
Bila otak dah bergeliga, dah ligat dan kreatif, bahan terpakai seperti CD pun dorang leh jadikan bahan untuk hiasan dan barang2 yang lain..
Ular Sawa Kekenyangan
Ular sawa kekenyangan selepas telan landak. Melalui sumber, ular ni mati tak lama lepas tu..tu lah makanan terakhir beliau..
Sunday, June 28, 2015
Hadiah dari Karangkraf(dara.com) : Perfume Silkygirl
Alhamdulillah, dapat 3 botol perfume dari SilkyGirl sumbangan majalah Dara.com..oleh kerana hamba lelaki, so bagi kat isteri dan mak den la :) Senyum muka dorang dapat barang free erk..
Tuesday, April 21, 2015
Hadiah dari Karangkraf(dara.com) : Produk Silkygirl
hadiah yang kedua dapat iaitu produk Silkygirl..berupa sehelai eyeliner dan lips balm, yang ni aku hadiahkan dekat bakal isteri aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)




















