Saturday, December 6, 2025

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Mandi kolam di Hotel Sentral Melaka..Simpan sini untuk kenangan







Laptopku : Acer nitro 5

 

Ini lah gambar laptop aku yang aku beli pada harga RM2500 sekitar tahun 2019. Pernah sekali rosak..iaitu windows terasa begitu lembab dan slow..rupanya hard disk HDD problem..Masalah selesai apabila hard disk HDD yang rosak terah diganti dengan SSD yang super laju..

Kemudian speaker dia pun pecah..sekarang ni pun screen dia dah flcikering dan ada cam bayang2 hitam di setiap penjuru screen. Aku sekarang pun pakai external screen iaitu 24 inch HP screen bagi mengganti fungsi screen asal laptop ni yang nampaknya semakin kerussakkan.

Dah dekat 7 tahun aku guna laptop ni, terasa betul-betul berbaloi memakainya..hampir setiap hari aku akan menggunakannya untuk edit video youtube, blogging, layan youtube, surf website dan berbagai-bagai lagi kegunaannya..Aku ni jenis sayang benda, segala yang aku beli tu, aku harapkan akan gunakan sebaik mungkin dan sehabis mungkin..baru terasa bebaloi dengan duit yang aku bayar tu..

  

MSekin Wonderland Water Theme Park

Upload gambar di sini bagi mengelakkan ianya hilang di mamah virus..





Makan di Abah Ikan Bakar, Sekinchan

Dapat berkunjung ke Abah Ikan Bakar, Sekinchan..Upload gambar di sini untuk kenangan..



Tuesday, December 2, 2025

Dapat iPad dari TM untuk ikat kontrak Internet 3 tahun.

 


So, haritu ada customer service TM call aku untuk sambung contract unifi lagi 3 tahun..sebelum ni ada call jugak untuk sambung contract, tapi tak dapat apa2 hadiah atau voucher..so bila kali kedua call, dia kata dapat TV Sharp 43 inchi atau iPad jika aku sambung contract unifi lagi 3 tahun..

So, aku bersetuju untuk sambung contract..aku pilih iPad..aku tak pilih TV disebabkan anak2 aku masih kecil, dan aku taknak frust lagi bila balik kerja, dapat tahu TV pecah..dia call aku tu pada 20 Novenber 2025. So, dia dah ubah aku punya no account, tambah itu, ini.. 28 November 2025 dorang dah start hantar hadiah kat aku menerusi syarikat parcel Line Clear.

So, 2 Disember 2025 dorang buat delivery ke alamat yang aku beri. Kali ni mereka memang call dan ajak jumpa face to face la..xda la cam parcel2 cam sekarang hanya tangkap gambar sebagai bukti penerimaan. Syarikat Line Clear ni memang khas kena jumpa customer TM dan bagi hadiah by hand.

Aku sememangnya, kalau beli gajet akan beli yang sekenhen..jarang amat aku beli yang baru. Bila dapat iPad ni, fuhhh, terasa agak excited nak unboxing..By the way, aku dah rakam dah video, dalam masa terdekat ni aku upload la kat channel 'DuitDariOnline' yea..

Kan bagus next time, TM bagi iPhone pulak..bagi aku sekarang ni handphone lagi penting sebab memang hari-hari kita kena gunakan handphone dalam hidup seharian kita. iPad ni bukan xleh guna, tapi leceh la sebab dia besarrrr..

 Ok la guys, setakat itulah saja aku nak membebel..dah malam ni, moh tido 

  

Sunday, November 30, 2025

Hari pertama DIsember 2025

Salam semua..

Cepat betul masa berlalu, tup tap tup tap dah bulan terakhir Disember 2025. Bulan depan dah Januari 2026. Tahun yang akan menyaksikan umur aku akan berubah dari pangkal '3' ke nombor '4'. Ya tuan-tuan, tahun 2026 bakal menyaksikan umur aku berganjak ke umur 40. Tak sangka dah tua dah aku ni..jiwa macam 25 lagi..

Hari ni aku EL disebabkan anak aku yang kedua tu tak berapa sihat..awal pagi lagi badannya panas. So aku decide nak gunakan cuti aku yang berbaki 4 hari lagi pada bulan Disember ni. Tinggal la 3 hari lagi untuk aku bercuti..mungkin aku akan gunakan lagi 2 hari cuti aku dan tinggalkan 1 hari untuk tahun depan..

Macam biasa la, bulan 12 ni akan busy dengan anak-anak. Separuh masa kita hanyalah untuk layan dorang. Mandi, basuh berak, pakai baju, makan, jalan-jalan.. Kalau boleh aku nak tambah lagi 2 orang anak, tapi bini aku dah bising..katanya 2 orang pun dah kelam kabut..

Saturday, November 29, 2025

Duit dari Shopback

Salam guys,

Cuma nak berkongsi duit dari Shopback. Duit ni dari pembelian aku di Shopee dan booking hotel di Booking.com. Jikalau korang rajin membeli di Shopee, aku sarankan korang join shopback, setiap kali korang membeli tu, ada sedikit komisen untuk korang dari Shopback. Ibarat cam korang menyimpan syiling dalam tabung la, bila dah banyak korang leh cashout cam aku ni la..

 

Ni gambar Julai 2025 aritu, punya la busy hujung November baru upload kat sini..video kat bawah ni aku kongsikan cara-cara nak keluarkan duit dari Shopback ni..tapi ni video 5 tahun lepas, sekarang mungkin berbeza sikit cara pengeluarannya..


Tuesday, November 25, 2025

Gambar aku 6 tahun @ Tadika

Bersama-sama dengan post ini, aku sertakan sekali gambar ketika aku 6 tahun @ berada di tadika di Petaling Jaya, Selangor. Cuba teka di mana aku? banyak kenangan gambar ni..Terima kasih juga mak ayah aku menghantar aku ke tadika ini. masih aku ingat nama-nama kawan-kawan aku kat gambar ni tapi bukan semua la..Saja upload sini takut2 ilang plak dari hard disk.. Gambar ini telah aku upgrade dengan Gemini. 



Gambar original kat bawah ni..resolusi dia agak rendah..bila korang tgk gambar original, korang boleh tgk beza antara ori dan yang di upgrade, tambah2 kat bahagian muka..bila gemini cuba nak naikkan taraf gambar yang kabur kepada clear..so ada muka-muka yang berubah sikit..


 



Tuesday, July 15, 2025

Chicken Pox dan cuti kuarantin

Salam semua..

 


Cuma harini nak citer yang anak kedua aku dah kena chicken pox..Ianya start tumbuh bintik-bintik tu pada malam Khamis 10 Julai 2025. Kemudian pada hari Jumaat 11 Julai 2025 bini aku bawak anak aku yang kedua ni untuk berjumpa doktor di Klinik Warga Hospital Shah Alam..Malangnya doktor tak pasti samada itu chicken pox atau bisul ke sebab hanya tumbuh 2-3 bintik..oleh yang demikian, dia suruh pantau dulu..

Kebesokkan harinya pada hari Sabtu dan Ahad, memang bintik-bintik tu dan semakin banyak. So, memang la budak ni dah terkena chicken pox. Bini aku suruh aku bawak anak aku pulak jumpa doktor di Klinik Warga pada 14 Julai 2025.  Walaupun lambat doktor panggil..aku datang pada pukul 8.40am dan dipanggil pada pukul 10.00am. Doktor yang panggil tu memang tak banyak cakap selepas dia tengok muka anak aku berbintik-bintik. Lepas dia check suhu dan timbang berat, dia tros mintak IC aku untuk nak buat surat kuarantin.

Berjalan kaki dengan riang ke Klinik Warga Hospital Shah Alam

Alhamdulillah aku dapat cuti kuarantin menjaga anak selama 5 hari bermula 14 Julai 2025 hingga 18 Julai 2025. Dah la aku tak kerja 12/13 Julai, dan pada 19/20 Julai. Ini menjadikan cuti yang kedua terpanjang sepanjang aku berkhidmat pada kerajaan. Cuti terpanjang yang aku pernah dapat adalah pada tahun 2021 bila aku dijangkiti Covid-19. Rasanya sampai 2 minggu. Yang ni baru 9 hari straight.  

Muka ada suka sebab dia tak tau nak jumpa doktor. Dia ni memang anti sikit dengan doktor.

Aku menulis perenggan terakhir ni pada cuti keempat Khamis (17 Julai 2025). Sebenarnya bosan juga duduk di rumah saja. Ya lah, kita cuti menjaga budak, bukan kita yang cuti. Dia bangun je kena mandikan, bagi makan..kita bukan leh suka keluar sambil lewa. Bila nak bawak budak ni takleh, nnt orang nampak abis aku kena kecam. Duduk rumah bukan leh goyang kaki saje tgk tv, kerja rumah kena buat..

Ok lah guys, tu je nukilan aku setakat ini, nak pergi basuh baju ni..Salam :)


Thursday, June 26, 2025

Awal Muharram 2025

 

Salam semua, harini Jumaat 27/6/2025 cuti umum untuk satu Malaysia. Cuti Awal Muharram. Ada lah rehat dari kerja 8-5. Fuh penat bhai..bila ko kena kerja, pastu kena urus anak-anak lagi..Sampai rasa macam tak cukup masa 24 jam tu..kadang-kadang nak sapu sampah pun rasa malas.

Bulan Julai ni agak mencabar sebab 1 cuti umum pun takda. Mental kena kuat..kadang2 memang fikir penat 8-5. Tapi nak buat camner, dah tu la sumber pendapatan utama aku..Aku kena all out la kat situ. Doakan aku sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi ranjau dan cabaran di dunia ini.

Aminnnn.. 

Tuesday, March 4, 2025

Selamat tinggal 0176076730

Harini aku nak khabar duka sedikit..

 

Nombor maxis hotlink yang aku gunakan selama 21 tahun telah pun expired. Patut lah aritu aku cuba topup tak boleh, duit tu dia refund kembali. memang aku tak perasan sungguh..biasanya aku akan topup sebulan sekali atau 2 bulan sekali RM5 untuk memastikan nombor ni hidup. Ni boleh lupa langsung..

Inilah nombor pertama yang aku gunakan kat henfon pertama aku iaitu Nokia 2100. Punyalah aku sayang nombor ni..aku beli dalam RM200 jugak time tu.,masa 2004 memang nombor mahal..

Selamat tinggal wahai nombor kesayanganku..Semoga kau berbahagia dengan orang baru..mungkin orang tu pakai postpaid kot..sebab aku ada terbaca artikerl, sekiranya nombor lama luput atau expired..nombor tu boleh dihidupkan semula, tapi kena pakai postpaid selama 6 bulan..lepas 6 bulan baru leh tukar jadi prepaid balik..

Sunday, February 23, 2025

Selamat datang 2025

Salam semua..

Buat pertama kalinya aku menulis untuk tahun 2025. Sebenarnya pada tahun baru aritu, aku nak menulis..tapi tak berkesempatan..Perlu mood dan masa yang sesuai untuk menulis..ini pun aku tulis kat tempat kerja..Selamat datang 2025.

Sebenarnya aku makin busy pada bulan February ini. Ini disebabkan Zaim bakal masuk sekolah pada 17 Februari 2025 aritu. Harini dah seminggu dia bersekolah. Macam2 kejadian terjadi..terutamanya pada hari pertama persekolahan. Pabila maknya hendak ambil dia pada petang hari, boleh pulak dia hilang selama 20 minit. Maknya dah menangis-nangis. Akhirnya jumpa di luar sekolah di tempat bas berhenti, bermain seorang diri.

Zaim pada hari pertama persekolahan. Sekolah agama pada waktu pagi, sekolah rendah pada waktu petang.

Zaim ni degil dia next level dowh..di tambah dengan kegilaan dia terhadap henfon. Hari2 main roblox tanpa jemu2..Aku pun pelik..dulu masa dia tgk utube shorts, ada la jugak dia punya bosan sampai dia stop..ini sampai menjerit-jerit kitaorang(aku dan maknya) supaya dia berhenti tengok henfon..adiknya pun sudah mula bermain roblox..

Yang ni kaki ciwekk, kalau nangis tak dipujuk..memang berejam la menangis..

Aku menulis ni pun pada 23 Februari 2025, 2 hari lagi sebelum gaji. Apa yang aku kurang berpuas hati adalah kerani yang buat kitaorang punya oncall. Dulu 15hb atau paling lambat pun 20hb pasti claim oncall dah masuk. Ini dah nak gaji masih tak nampak bayangan duit oncall. Sampai skarang duit oncall bulan 11 dan 1 masih belum masuk lagi.

Minggu depan berderet-deret la duit akan masuk akaun aku. Gaji + RM500 bantuan kerajaan, duit kutu RM800, duit youtube RM450, duit oncall RM1600, duit kasut lagi RM300. Fuh masyuk2..pentingnya bersabar untuk dapat minggu depan. Aku terpaksa pinjam duit tabung haji RM500 sehingga gaji masuk. Tambahan pula bulan puasa akan tiba. Di jangka puasa akan start pada 2 March 2025 bersamaan hari Ahad.

Sekarang aku agak bz la guys..kena ada masa untuk bini, 2 orang anak aku..kerja, mak ayah aku lagi..yang paling banyak ambil masa aku adalah kerja..tapi kalau tak kerja sape nak bagi aku duit kan? tambah2 aku dah dekat 13 tahun kerja gomen. Gaji dan elaun aku pun dah 'sedap' dah..macam sekarang ni pun pada hari Ahad aku tengah kerja 7 jam. Dari pukul 2 petang hinggalah ke pukul 9 malam. Balik kang dah letih, mandi tros tido..besok dah isnin, budak2 ni skolah lagi..fuhhhh, jaga anak ni beb makan tahun sehinggalah dorang dah pandai berdikari sendiri. Selagi berak dorang kita yang cebuk, selagi tu juga hati tak senang jika tak uruskan dorang.

Tu la tanggungjawab Allah dah beri..kita jalankan aje..anak dan bini tu satu pinjaman, kalau kita tak syukur kang, di ambilnya terus terduduk kita..bertabahlah jiwa dan badan..semoga di berikan kesihatan dan nyawa yang panjang untuk tunaikan tanggungjawab aku kat mereka di dunia ini. 

Monday, December 23, 2024

Scammer di Facebook

 


Assalamualaikum..

Ada perkhabaran tidak baik, aku baru kena sekem RM50 oleh seorang skemmer di Facebook marketplace/Facebook Group..

Modes operandai dia jual barang elektronik rosak atau separa rosak samada handphone, laptop, ipad atau barang2 elektronik lain dengan harga yang murah..

Untuk kes aku, aku beli iphone xs yg id locked dan belakang case kaca dia pecah dengan harga RM50. Aku nak restore phone aku sebenarnya. Nak amek part seperti lcd dan bateri. lepas Rm50 dibayar, dia block no aku dekat whatsapp..

Walaupun RM50, aku patut bagi kesedaran kat yang lain supaya pisang tak berbuah 2 kali..so aku share dia punya no telephone dan beberapa info perbankan beliau..

No akaun : 7023534835 (CIMB)

Nama : Azrolnizam Sidek

No telefon/whatsapp : 0134151383 / 0107808400

Facebook name : Nizam Sidek

Lokasi : Cheras

Sebenarnya, sebelum transfer aku dah check no akaun dan telefon mamat ni kat Google, tapi bersih dan tiada sebarang rekod mencurigakan, aku mula suspek bila aku tgk profile facebook dia sebab pertama dia locked akaun facebook dia, dan paling aku curiga sebab jumlah kawan dia seramai 33 orang sahaja..ini menguatkan lagi naluri aku bahawa dia seorang scammer..

Aku ada google untuk cari siapa Azrolnizam bin Sidek ni, mungkin ada tersangkut info pasal beliau..akhirnya aku jumpa satu berita kat Malaysiakini tahun 2016, alamat URL dia : 

https://www.malaysiakini.com/news/331457

Korang rasa adakah orang yang sama? Nama dah sejibik dah..sebab kalau nama Azrulnizam dah ramai nama tu, ni sama beb Azrolnizam bin Sidek..jika betol itu beliau, aku doakan dia bertaubat..makan duit haram ni seriously takkan kaya, hanya memudaratkan diri sendiri je..

Adakah beliau Azrolnizam bin Sidek si scammer di facebook? Tak tahulah..harapnya bukan la..mungkin akaun beliau digunakan oleh sindiket penipuan..

Untuk pengetahuan semua, scammer di facebook ni biasanya akan pakai akaun baru dan jumlah kawan dia biasanya tak sampai 100 orang..lama tak kena scam rasanya, aritu ada juga dalam RM90, camni juga dia jual telefon separa rosak, pas transfer duit tros block nombor..tapi aritu aku malas upload kat blog..kalini cam rajin je..nasib hang la Azrolnizam..moga hang insaf la lepas ni..

Ok, guys..itu sajalah perkongsian aku untuk kali..Salam :)