Thursday, February 16, 2012

Fenomena Pelangi - Bagaimana ia terjadi


Fenomena pelangi berlaku disebabkan oleh spektrum cahaya yang muncul apabila cahaya matahari melalui lembapan yang terdapat di ruang udara. Ia biasanya secara semula jadi dan boleh dilihat selepas turunnya hujan.

Pelangi mempunyai bentuk separa melengkung dan muncul di bahagian bertentangan dengan arah cahaya matahari. Cahaya yang melalui spektrum lembapan di udara tersebut membiaskan tujuh warna asas yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Warna pelangi ada tujuh iaitu ungu, biru tua, biru muda, hijau, kuning, jingga dan akhir sekali merah.

Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.