Mesti anda tertanya-tanya dengan tajuk 'Mutiara Binjai' ni kan? Sebenarnya No. 16 Mutiara Binjai adalah nama sebuah warung di Medan Selera di Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kg Baru. Ianya menjadi pilihan si kalangan student-student Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur dan staf-staf Hospital Kuala Lumpur untuk menjamu selera kerana di sini harga makanannya murah dan mengenyangkan.


Nasi bujangnya lain dari yang lain kerana di dalam telur dadar tersebut ada ketulan-ketulan daging ayam+sayur+bawang. Selain itu juga apa yang membuatkan nasi bujang Mutiara Binjai ini berbeza dengan nasi bujang yang lain adalah terletak pada sosnya.. Sos buatan air tangan tauke dan pekerjanya memang lain dari yang lain, Memang sedapppp, tak tipu!


![]() |
Antara menu kegemaran, nasi goreng cendawan ayam |
Keenakkan makanan dan layanan istimewa dari tokey No.16 Mutiara Binjai pastinya meninggalkan memori bagi setiap pelajar seperti kami. Ini kerana apabila bekerja nanti pastinya kami akan makan di tempat yang lain dan berbeza. Namun, Warung ini tetap tersemat di hati dan sanubari kami sebagai pelajar KTMP, Kuala Lumpur.