Anda takut jarum? Begitulah juga aku dulu sebelum derma darah. Jarum dia besar bhai, tentu sakit..tu lah yang selalu bermain di benak fikiran aku sebelum aku officially derma darah buat pertama kalinya pada tahun 2010 pada usia aku 24 tahun.
Benda yang anda akan rasa selepas derma darah, taktau aku nak gambarkan..cuma rasa lega dan rasa berjasa pada agama, bangsa dan negara. Ececece..lagipun darah kita akan digantikan semula oleh sistem tubuh badan. Kalau tak derma rugi la sebab sel-sel darah akan tetap digantikan.
Lagipun lepas derma darah dapat makan free, kadang2 dapat souvenir/ole-ole dari pihak penaja sesuatu program ambil darah. Tak tahu jenis darah anda? Apabila anda mendaftar sebagai penderma darah, anda serta-merta akan diberitahu jenis darah anda. So, pe lagi..jom la derma darah. Jadi regular blood donor setiap 3 bulan sekali.