Tuesday, November 8, 2016

Hotel First World, Genting Highlands

Nak bercuti di Genting Highlands?

Pastikan anda rancang percutian anda tu terlebih dulu. Cuba ambil cuti pada hari bekerja. Jangan pergi ketika cuti sekolah atau cuti umum kalau anda tak mahukan kesesakan dari segala hal.

Harga hotel juga murah di kala hari bekerja. Kisah saya di Genting Highlands adalah apabila survey2 harga hotel di Genting Highlands. Memang murah pada hari pekerja. Bayangkan saya dapat harga RM58 di Hotel First World. Apalagi terus tempah.

Naik Genting pakai kereta sebab pergi berdua, mahal juga harga kereta kabel, RM8 seorang sehala. kalau pergi balik berdua sudah RM32. Baik kami naik terus ke puncak walaupun makan sedikit minyak. naik bukit la katakan..berderam bunyi enjin tatkala memanjat bukit.

Parking di lot hotel, terus je check-in. Bagus hotel ni sebab dia boleh check-in pakai komputer. hanya perlukan kad pengenalan anda. Tapi pastikan cip kad pengenalan anda boleh dibaca, kalau tidak kena check-in secara manual juga.

Nombor bilik kami

Bilik yang beharga RM150-RM180 pada hari minggu, cuma RM58 pada hari bekerja. Buat pilihan yang bijak. rancang cuti anda terlebih dahulu.

Bila lihat bilik di atas, pastinya selesa walaupun tiada air-cond! Ya, memang tiada. Masa balik baru tahu sebab tiada air-cond. Udara di sini amat sejuk! Walaupun tengahari matahari memancar, tapi udara di sini sejuk. Tambahan angin agak kencang di atas ni. Mungkin suhu dalam 22-27 darjah celcius sahaja. Hanya bukak tingkap dah boleh rasa air-cond semulajadi. Patutlah tiada air-cond, ada kipas sahaja.

Patut lah hotel ini mampu memberi harga bilik RM58 untuk semalam, tiada aircond rupanya. So, bil elektrik pun boleh dijimatkan.

Parking lot hotel



Pemandangan dari tingkap bilik