Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ni memang aku tak banyak bergerak ke mana-mana. Banyak pergi kerja dan hantar anak ke rumah pengasuh. Bulan March ni aku cuti 5 hari jea..korang bayangkan la..Memang tak boleh nak cuti sangat sebab aku anggota kesihatan..
lagipun kalau cuti, rugi plak cuti rehat aku, dah la ada 25 hari je setahun..Ahad lepas aku cuti sepanjang hari, aku habiskan dengan kemaskan rumah, lipat baju, iron baju, gunting rambut..aha, tak lupa juga banyak habiskan masa depan pc..
Sejak ada
project youtube ni, banyak masa aku habiskan depan PC untuk 'bina'
channel baru aku. Kota Rom bukan dibina dalam satu hari..so kena
struggle sekarang jika nak senang di masa hadapan..Pokok durian tu pun
kena amek masa berpuluh tahun nak makan hasilnya..Kita patut bersyukur
sebenarnya pada mak, ayah, atok, opah, moyang kita dulu yang banyak
membantu kita dalam membina hidup kita yang sekarang..
Sebenarnya
banyak lagi cara kita boleh dapat duit dari internet ni, jgn kita fokus
pada yang satu je kawan2..macam aku sendiri, aku tak fokus pada
satu..kena buat multiple source of income..baru la boleh dapat banyak
sikit..neobux, microworkers, jual barang di mudah/shopee..itu adalah
salah satu source income aku dari internet..selain kerja hakiki, aku ada
juga buat overtime, selain tu ada gak pendapatan yang dapat setahun
sekali iaitu asnb dan tabung haji..itu yang aku mention tadi, multiple
source of income..jangan harapkan pada 1 kerja sahaja..banyakkan kerja
supaya kita boleh dapat rezeki dari pelbagai sumber..
Dan
yang akhir sekali, korang jangan lupa bersedekah..dalam duit yang kita
dapat tu, bukan 100% semua hak kita..ada gak hak anak-anak yatim, hak
ibu tunggal, hak gelandangan..jgn risau kerana harta yang kita sedekah
tu, tuhan dah janjikan kita akan dapat balik 10 kali ganda..janji
sedekah kena lah ikhlas..