Tuesday, May 26, 2020

Shopback


Salam semua,

Lama rasanya aku tak menulis, sempena cuti ganti Nuzul Quran tempohari, just nak share yang Foodpanda dan Shopee dah tak available lagi kat app Shopback..aku agak hampa jugak kerana Foodpanda Dan Shopee dah keluar sebab aku banyak menghabiskan duit aku berbelanja di kedua-dua app ini..tambah-tambah Shopee sebab keperluan bulanan macam pampers anak, susu, minyak hitam moto aku beli di sana..

Aku start join Shopback dalam bulan Julai 2019, sehingga awal bulan Mei ni nilai yang aku boleh cashout dekat RM50 dah..sistem Shopback ni dia akan track dulu perbelanjaan kita. Sekiranya korang berbelanja RM10 di Shopee menerusi Shopback, maknanya nanti korang akan dapat balik RM0.06 @ 6 sen iaitu 0.6% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kita di Shopee. Selepas dia track perbelanjaan kita, dia akan mengesahkan perbelanjaan kita dengan Shopee. Proses ni mengambil masa 3-6 bulan. Selepas itu baru boleh korang cashout..

Kini, hanya tinggal Booking.com yang menawarkan pulangan balik sebanyak 6% daripada jumlah perbelanjaan kita keseluruhan. Aku selalu juga guna Booking.com sebagai platform untuk tempah hotel. Tapi takda la selalu, dalam setahun ada la 4-5 kali aku tempah hotel untuk melancong @ jalan-jalan.

Hurm, itu sajalah penulisan aku untuk kali ini, mungkin lepas ni kena cari program @ app lain yang boleh digunakan untuk cashback perbelanjaan kita sehari-hari. Jangan lupa subscribe channel youtube aku 'Duit Dari Online' sebagai tanda sokongan korang dekat aku..Terima kasih banyak2. Assalamualaikum :)