Salam semua..
Terus terang aku katakan, buat video youtube ni bukannya senang..fuhh, banyak masa yang perlu dihabiskan untuk buat content yang ada 'value'..Macam aku sendiri, kalau nak edit video sahaja kena 1-2 jam, edit thumbnail kena 30 minit ke 1 jam..nak dapatkan kepuasan hati sendiri tu yang susah. Bila dah siap, ada je yang tak puas hati. Ia boleh menyebabkan stress..
Masa yang diluangkan untuk buat video youtube dari mula sampai habis di campur dengan masa bersama anak dan isteri, campur lagi dengan kerja hakiki, memang cukup2 24 jam..macam life ni asyik buat benda yang sama setiap hari. Tambah-tambah suasana PKP yang banyak peraturan. Mungkin aku perlukan masa berkualiti..holiday?
Yeah..jom holiday kawan2..hilangkan semua benda yang menyerabutkan otak ini..
Memandu kereta atas highway boleh menghilangkan stress aku |