Sunday, July 12, 2020

Hobiku Bundle

Salam semua,

hobiku bundle, itulah tajuk aku utk kali ni..
ye lah, sesetengah orang hobi dia memancing, menjahit, main game, naik basikal, joging,
bagi aku, bundle ni dah macam darah daging aku,
aku memang minat bundle sejak muda lagi sebab kita boleh dapat barang branded/mahal dengan harga yang murah..asalkan ko rajin 'menyelam'

'menyelam' maksudnya bukan menyelam dalam air tu, 'menyelam' yang aku maksudkan adalah 'rajin mencari' . Bundle ni banyak barang dia, bertimbun.. dalam 10 barang ada satu yang bernilai..maksud bernilai ni adalah barang branded, vintage atau susah nak jumpa dan harganya tinggi di pasaran sebab barang tu rare dan ada collectornya sendiri. Sebab apa barang2 camni bernilai? Sebab kualiti dia, printing dia, kain yang digunakan, fabrik semua bermutu tinggi dan susah nak rosak @ koyak..sebab tu mencari barang2 begini boleh diibaratkan sebagai mencari harta karun...

Nah aku hidangkan hasil 'menyelam' aku selama 3 hari di Best Bundle, Port Klang.


Hasil menyelam pada 27 June 2020. Dapat banyak juga barang. Semua ni bawah RM100. Paling jackpot topi biru adidas bunga tu. Rare tu..dapat juga flashlight Energizer dan Panasonic pada harga RM1.60 setiap satu. Shuttlecock SeaLion tu ada 12 pcs, tapi bukan semua baru, ada yang dah dipakai, tapi keadaan shuttlecock tu bukanlah semua tak boleh main, cuma bulu2 dah tercabut sikit, ok la setakat nak main pukul2..12 pcs(1 tube) RM6.40 jea


Hasil menyelam 5 Julai 2020. Tak berapa dapat barang jackpot. Semua barang biasa-biasa je..cuma dapat baju kolar Kappa dan Baju kemeja Lentino pada pada harga RM6.40 setiap satu. Juga tak lupa minyak wangi Eu de Parfum Ed Hardy pada harga RM3.20 tapi tinggal suku la. Bateri 5 pcs tu aku dapat dengan harga RM1.60. Sharpie tu RM6.00. Cd cerita tu 5pcs RM2.00.



Hasil selaman pada 11 Julai 2020, sebab barang tak banyak yang power2, beg pinggang Nike dan bag Slazenger tu dapat time dah nak balik. Dok cari2 akhirnya dapat juga barang Jackpot. 2-2 bag ni ori dan semua zip berfungsi dengan baik dan tiada koyak. Ada kotor sikit2 tapi lepas basuh hilang la kotor tu. Beg pinggang NIKE tu aku beli dengan harga RM3.60, dan bag SLAZENGER tu aku beli dengan harga RM6.40. Baju Hurley tu baju baru aku dapat RM6.40, rasanya baju tu aku nak jual di mudah sebab stok baju t-shirt aku dah terlampau banyak..


Kalau korang nak tahu, aku dah lama 'menyelam' di Best Bundle ni, dah dekat ribu jugak la aku spend kat sana..tapi ada juga barang2 yang aku dapat, aku jual balik dekat mudah..banyak jugak la yang terjual..paling aku ingat external hardisk Western Digital 250gb kalau tak silap aku, modalnya hanya bawah RM10, tapi aku berjaya jual RM100 lebih..itu la rezeki aku, jumpa external harddisk yang masih berfungsi dengan baik, oleh kerana aku dah ada yang 1TB, so buat apa aku simpan yang 250gb punya, baik jual dapat jugak duit...

Dunia bundle ni kalau jumpa yang jackpot, dan orang lain tak perasan value dia, memang la untung besarr punya..sebab kita tau barang tu ada harga dan pasti akan ada orang beli..tu la aku nak cakap, dunia bundle ni ibarat mencari harta karun, bila dah jumpa..alahai seronoknya tak terkata..rezeki rezeki