Thursday, July 22, 2010

Payment Pertama Dari Microworkers!

Setelah lebih sebulan menunggu surat pengesahan pin dari Microworkers, dan menunggu cashout selepas pin dimasukkan, ianya hanya mengambil 3 hari utk pihak Microworkers send payment kepada saya...hehe, ni payment proof dari Microworkers :


Email dari pihak Microworkers menunjukkan payment sudah dihantar menerusi akaun Paypal


Email pertama dari Microworkers dibuka dan menunjukkan payment USD9.65 iaitu cashout pertama saya...


Email kedua dari Microworkers dibuka dan menunjukkan payment USD10.60 iaitu cashout ke-2 saya...

Sesiapa yang nak mengetahui lebih lanjut cara-cara nak menyertai Microworkers dan tips-tips melaksanakan tugasan boleh lawat web ini : http://microworkerz.blogspot.com

Selamat berusaha semua :)

Friday, July 16, 2010

Prize dari GPT dan surat pin dari Microworkers

Genap 2 minggu di kolej, aku balik ke rumah di shah alam dan sampai tepat pukul 7.45 malam dari KL..setibanya di rumah aku tgk ada 3 surat atas meja..bukak then baru tau 2 dari program GPT dan 1 surat pin utk payment untuk Microworkers..2 prize dari program GPT adalah 'cigarette chaped butane lighter' aku dapat dari GPT GreedyClicks dan 'octopus camera tripod' dari GPT program Cubelagoon. Lihat bawah utk gambar :)

'octopus camera tripod' dari GPT program Cubelagoon


'cigarette chaped butane lighter'


surat pin untuk cashout payment dari Microworkers

Kepada sesiapa nak join program GPT nih, leh try pergi ke http://GPTMalaysia.blogpot.com
anda boleh pelajari bagaimana nak dapat hadiah2 percuma dari internet seperti saya dengan mengunjungi laman web yang saya nyatakan tadi..Sekian dan jumpa lagi...

Thursday, July 8, 2010

wwiTV - Tonton Program Televisyen Secara Online!

Salam,
mungkin ada di antara kita tak tahu akan kewujudan sebuah laman web yang menyediakan khidmat menonton rancangan televisyen seluruh dunia tanpa perlu pembayaran @ subcribe..ternyata ianya 100% percuma..

saya pun x menyedarinya sehingga lah diberitahu oleh seorang rakan saya di kolej tentang kewujudannya..setelah mencuba 1, 2 channel dari luar negara dan dari Malaysia, ternyata kualitinya memuaskan..

Cuma dari Malaysia hanya terdapat 2 saluran yg boleh ditonton iaitu RTM1 dan RTM2..ok la, sesapa nak try leh ke http://wwitv.com

Website wwiTV yang menyediakan lebih +3000 saluran televisyen dari serata di dunia utk ditonton secara percuma secara online di komputer tanpa sebarang pembayaran.


Selamat menonton~!

Friday, July 2, 2010

New payment from Neobux dan Incrasebux

Arini aku request payment dari PTC Neobux dan Incrasebux,
dan seperti biasa mereka membayar INSTANT @ serta-merta..

di bawah adalah bukti pembayaran..

NEOBUX

INCRASEBUX

ternyata kedua-dua PTC ini membayar..kepada newbies atau org baru yg nak join PTC nih, leh pi http://superb-ptc.blogspot.com untuk penerangan lanjut, enjoy~!

Friday, June 25, 2010

Payment dari GetPaidTo.com

ni salah salah satu payment dari GPT program, walaupun x banyak..tapi boleh la bwat beli gula2 2 biji...hehe


aku request payout pada 21 jun 2010, dan dapat INSTANTLY! lihat bawah utk bukti..

Thanks to GetPaidTo.com :)

P/S : klik gambar utk besarkan view



2nd prize received from CashLagoon

Lama rasanya x tulis apa2 di dalam blog ini, semenjak cuti sem sebulan nih..
semua jadi malas..so update terbaru adalah semalam aku received 2nd prize yg direquest 2 Jun aritu..

aku request satu laser pointer sebanyak 1.62 point..

aku received semalam 24 Jun 2010, so menda ni ambil masa 22 ari utk sampai ke umah aku..ni buktinya :

Lampu LED ni ada 2, 1 cerah dan 1 laser merah..menggunakan bateri saiz LR41
sebanyak 3 biji..

Sesapa nak join gpt ni dan nak tau cara2 nya leh ke : http://gptmalaysia.blogspot.com
Salamz :)

Thursday, May 27, 2010

Happy Holiday~!!!

Semalam bermula la cuti semester..haha, best2..tapi minggu depan dah kena practical seminggu...then kena balik kg sepupu kawen..cuti pun byk program nak kena sertai..by the way nak kongsi kegembiraan sikit ngan korang semua..

Semalam selepas aku balik dari asrama ke rumah, aku nampak 2 item berbalut kat atas meja aku..1) payung maxis broadband 2) USB Bluetooth Dongle..aku dapat item2 ni semua dari internet..haha, exactly senang sebenarnya nak dpt menda2 free kat internet kalo kita tau 'cara' atau 'lobang'..


Payung ni aku dapat lepas update profile maxis broadband aku, 1st gift dapat lepas 2 thn subscribe maxis broadband..huhu

Yang ni plak, dapat dari GPT Program GetpaidTo.com..Gift 2nd request dari Getpaidto.com..huhu, aku tgk kat lelong.com.my harganya dalam RM20, tapi aku dapat free jea... :)

Saturday, May 22, 2010

Genting Highland telah aku takluki

Argghhh..semasa aku tulis post nih, aku baru xsampai 4 jam balik dari Genting Highland..fuhh, penat rasanya..bukan apa, penat menunggu giliran nak naik roller-coaster, boat, buaian pusing-pusing tu..bayangkan kena tunggu sejam hanya utk naik skyway..pergh, btol2 menguji kesabaran..
tu belum pegi hari ahad lg, baru pegi hari sabtu..adoyai..

Cuaca di Genting Highland tadi amat mendinginkan dengan tiupan angin yang sepoi2 bahasa dan kadang kala kencang membawa angin banjaran Titiwangsa bersama..fuh, dingin btol, tapi sayang xda kabus...harini puas rasanya meneroka seluruh taman tema outdoor di Genting Highland..walaupun dapat naik sekali pusingan utk setiap permainan, tapi puas rasanya..


Tengah tunggu giliran utk roller-coaster, time ni dalam kul 3.45 ptg, time roller coaster buka kul 4.00 ptg, jenuh nak tunggu, blakang kami dekat 30 orang dah beratur, bayangkan betapa seksanya nak main permainan di Genting Highland time ujung minggu...lenguh kaki dibuatnya

Kami ber-9 bertolak dari Terminal Putra(Gombak) dgn pakej "Go Genting" dgn byran RM41 seorang setelah kami hampa di stesen KL Sentral yg pakej ke Genting Highland sudah "full house", yg ada pukul 3.30 ptg je..so saya try usha di internet dan dpt no fon kaunter tiket "Go Genting" di Terminal Putra" di Gombak..setelah konfirm ada tiket kul 11.45 pagi, kami ber-9 bertolak dari kolej KTMP ke terminal putra menaiki LRT dari stesen Kg. Baru..

Kami bertolak balik dari Genting Highland pukul 9 malam dan selamat tiba di asrama kolej pada pukul 10.16 malam..huhu, nasib baik guard asrama cool jer..kalo x dah lama kami ber-9 kena hambat...


Bergambar kenangan sebelum balik..

Sunday, May 9, 2010

35 Tips Utk Jana Pendapatan Internet Melalui Facebook



Di sini saya nak kongsikan free ebook utk jana pendapatan di Facebook, thanks to bro muhaimin yg sudi berkongsikan ilmu yg berguna ni bwat sesapa yg berminat bwat duit dari facebuk ni..

35 Tip Ini dibahagikan kepada 3 bahagian:
21 Tip Pemasaran Facebook Untuk Usahawan
7 Cara Promosi Di Facebook
7 Cara Mudah Membuat Rakan Facebook Suka Dan Selesa Dengan Kita


DOWNLOAD SINI


Saturday, May 1, 2010

Microworkers - Buat tugas dan peroleh upah

salam, laman web ni menyediakan beberapa task @ tugas mudah utk user internet selesaikan, dan peroleh upah..para pekerja di rumah yg rajin leh dapat upah serendah USD0.10 sehingga USD+10 bergantung kepada kesukaran utk menyelesaikan sesuatu kerja/task yg disediakan oleh pemberi tugasan/employer tu..


Laman web Microworkers.com

Aku baru je join menda nih dan baru setelkan 4 task yg berjumlah USD0.10 bg setiap task, baru dapat USD0.40 :), kalo nak cashout kena ada USD9, so berjinggut la nak menunggu nya..kepada yg nak try, leh click banner dibawah :


Good luck menjana duit di internet~
salam ukhwah..

Saturday, April 24, 2010

1st prize dari Cashlagoon

Best gak main GPT ni..
dah cukup point leh tebus hadiah..
ni antara 1st hadiah yg aku redeem kat GPT Cashlagoon...
LED keychain, walaupun harganya x seberapa...
tapi dapat la 'souvenir' gak dari internet nih..
haha..



Thursday, April 22, 2010

Tips mengurangkan tekanan kerja/hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja/hidup. Antaranya ialah:



1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi tenang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa Kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik Dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.

(dipetik dari kiranaku.wordpress.com)

Wednesday, April 21, 2010

arini lawak plak tgk 1 gambar..
cuba usha..


korang rasa menda ni terjadi kat malaysia ke luar negara,
agak2 camner dia nak membelok erk???