Wednesday, January 29, 2020

Channel Youtube Pertama



Sejak Youtube dah di ambil oleh Google, maka adsense pun mula boleh dipasang di Youtube. Maka ramai la anak-anak muda berebut-rebut buka channel Youtube sendiri. Dari blog dah jadi vlog. Ramai dah beralih dari blogspot ke Youtube. Mungkin anak-anak muda sekarang dah malas membaca blog orang di Blogspot. Mereka lebih suka menonton vlog di Youtube. Hurm..itu hanya la sekadar pendapat aku..

Oleh kerana peredaran zaman, maka aku pun nak buat channel Youtube sendiri. Sebelum ni dah ada, cuma aku selalu upload video orang dan sebab itu adsense tak boleh di pasang di channel Youtube aku kerana syarat-syarat Youtube yang semakin ketat mahukan setiap youtuber buat content dan video sendiri, maka aku pun tergerak hati ingin mencipta lagi satu channel Youtube aku sendiri berniche duit dari internet diberi nama 'Duit Dari Online'. Sempena nama laman web/blogger aku ni.

Salah satu video yang aku buat :



Jom support : Youtube Duit Dari Online


Monday, January 20, 2020

Ragam Customer

Salam semua..

Harini nak cerita sikit pasal ragam customer..jika korang peniaga online, mesti korang dah terbiasa dengan perangai customer2 korang..macam aku juga, sejak 2008 aku dah jadi peniaga online, dah macam2 perangai aku jumpa..namun, customer yang aku nak cerita harini memang lain macam sikit perangai dia..

Ok la aku start citer, dalam 3-2 hari yang lalu, aku ada terima whatsapp dari nombor yang tak di kenali, gambar profile pun tak da bertanyakan tentang modem yang aku jual di mudah..berikut merupakan perbualan aku dengan dia..



Bersungguh kata, lepas "bagi shopee link, tros tempah sekarang"..punya la aku susah payah membuat listing kat shopee, ingat dia ni legit buyer, mungkin dia takut nak beli kat mudah, kat shopee lagi selamat..aku ikutkan saja lah..

Last-last aku jugak kena kencing..mangkuk hayun punya customer..kalau tak nak beli tu takyah la beriya-iya tanya itu ini suruh orang buat begitu begini..last2 kau senyap..baik kau dok diam dari kacau mood orang nak berniaga..Seriously..yang ni la yg rare sebab suruh seller buat listing lain kat page dia nk beli..last2 dia senyap tak beli..harap tak jumpa lagi la spesies manusia seperti kau lagi..buang masa kau dan aku saja..

Geram aku..

Friday, January 17, 2020

Jualan baju bundle yang pertama

Salam semua..

Sebenarnya nak cerita..salah satu hobi aku adalah mencari pakaian berjenama bundle/terpakai..aku memang minat dengan baju atau apa2 pakaian la macam seluar, jaket, topi yang terpakai yang mempunyai 'brand'. 'Brand' tu pulak contohnya Adidas, Nike, Reebok, Converse, Puma dan lain-lain lagi.

Kalau dapat je condition bagus dengan harga yang murah, aku mesti sebat punya..Dalam masa 2 tahun ni aku ada jumpa satu pusat jualan pakaian bundle yang besar punya. Kira dorang ni macam dealer la, kalau yang kedai2 bundle atau warung yang jual pakaian bundle ni sebagai 'orang tengah'. Orang tengah ni akan naikkan harga sikit supaya dapat unutng. So bila dah jumpa dengan dealer, memang boleh dapat harga lagi murah la.

Kekerapan aku pergi ke pusat jualan bundle yang besar ni adalah dalam 4-6 kali sebulan. So bila sampai sana, aktiviti 'menyelam' akan berlangsung selama 1-2 jam. Bila dapat je item yang aku nak, aku tros sebat..so bila dah dalam sebulan kerap pergi dan beli, dalam masa 2 tahun..kau rasa berapa banyak yang aku dah beli??

Dulu memang mindset aku, apa yang aku beli pakaian bundle ni aku nak pakai..Oleh kerana dah terlalu banyak sampai almari pun dah sesakk..so aku terpaksa fikirkan cara nak kurangkan kuantiti pakaian bundle yang aku dah beli ni dengan menjualnya di Mudah.my. Seriously, aku start menjual online dari tahun 2008, tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak jual pakaian bundle secara online ni..aku punya niche jualan adalah toys orang dewasa iaitu diecast kapal terbang, kereta dan motosikal. Rasa ralit pulak bila post iklan jual baju..haha

Alhamdulillah, hari ni dapat buyer yang pertama..Aku berjaya jual t-shirt Converse dengan harga RM15 sekali pos..walaupun tak untung mana, at least aku berjaya kurangkan 1 helai pakaian aku yang bertimbun tu selain dapat balik harga kos yang aku dah belanjakan.

Inilah t-shirt Converse yang aku berjaya jual. Jualan sulung :)

Insyaallah, akan akan terus menjual t-shirt2 aku yang agak bagus kondisinya di Mudah.my supaya almari rumah aku tak semakin sesak dan penuh macam tin sardin. Sejak dua menjak ni agak sibuk dengan kerja dan family. Kerja 8-5 sambung pulak kena overtime..family pulak nak kena jaga bini dan anak..belum ibu bapa dan adik beradik lagi..

Huhu..semakin dewasa ni, semakin besar tanggungjawab..terutamanya lelaki..semoga aku terus sabar dan tabah menghadapi cabaran hidup ini...

Wednesday, January 1, 2020

Hari pertama 2020

Salam semua..

harini 1 Januari 2020..
Apa azam korang tahun ni??
haha..azam aku sama je dari tahun lepas..
nak kurus dan nak six pack..haha

by the way..
nak jugak selalu update blog ni..
tahun lepas macam sendu jea..15 post je..
huhu

Agak-agaknya boleh dapat tak six pack camni dalam masa setahun?

Tuesday, December 31, 2019

Selamat datang tahun 2020



Lebih kurang 6 jam lagi, 2019 bakal berakhir..
banyak kenangan tahun 2019 yang manis dan ada yang pahit..
tahun ini opah meninggalkan kami..
maka tiadalah serinya raya di kampung lagi..

Atuk pertama yang meninggal dunia adalah belah abah, pada tahun 1997..
kemudian disusuli dengan atuk belah mak, tak silap tahun 1999..
kemudian opah belah mak pada tahun 2015..
dan yang terakhir adalah opah belah abah pada tahun 2019..

Raya tahun 2020 pastinya tiada seri di kampung lagi..

Pabila semua orang tua(opah dan atuk)telah tiada..
hati sayu tak terkata..
mengenang kenangan dahulu kala..
meriah dengan saudara mara..
pada malam raya takbir bergema..

Saturday, November 2, 2019

Pesanan pertama di Shopee




Alhamdulillah..

Berjaya mendapat pesanan pertama di Shopee..
Rasa teruja dia macam first2 menjual secara online di Lelong.com.my 11 tahun yang dulu..
Walaupun pesanan pertama ni hanya berharga RM6, tapi cukup membuktikan Shopee ni boleh jadi lubuk duit online bagi online seller macam aku ni..

harap rezeki aku ada di Shopee memandangkan Lelong.com.my dah tak boleh cari makan..mungkin selepas ni nak tambah produk dan nak start jual kat Lazada pulak..

Wish me luck guys

Lawat kedai aku di Shopee : https://shopee.com.my/syedzack

Monday, October 21, 2019

Menjual di Shopee

Salam semua,

Pada tanggal 17 Oktober 2019 iaitu hari Khamis, telah menjadi satu sejarah bagi aku kerana mula menjual di Shopee. Setelah hampir 2 tahun jadi pembeli, akhirnya aku terpaksa mengikut trend terkini. Lelong.my dah tak releven lagi. Mereka pun mengenakan cas yang mahal untuk membuka stor. Manakala di Shopee tak perlu pun bukak stor bagai. Ada barang, tros boleh listing..sama macam mudah.my. Kaedah menjual secara lelong @ bid bukan trend sekarang. Dahulu ya, seronok bid barang dari harga RM1. Bayangkan laptop, TV dan kasut NIKE boleh di bid dari harga RM1. Seronoknya tidak terkata jika kita dapat menang bid dengan harga terendah.

Harga untuk membuka stor di Lelong.my. Gambar bertarikh 21 Oktober 2019

Dan paling penting listing di Shopee adalah ianya percuma. Cuma kalau nak bagi produk kita tu berada di atas setiap carian, kita perlulah bayar 'fees' sikit. Banyak sebenarnya kenangan bersama Lelong.my, dulunya dipanggil Lelong.com.my. Aku start jual di sini tahun 2008, masa tu umur aku 22 tahun. Dan pembeli pertama aku bernama Goh Kam Boon. Dia tinggal di Genting Highland. Rasa seronok sangat barang yang kita jual ada orang beli.

Begitulah aku bersama Lelong.my sehingga ke akhir tahun 2016/2017. Sales agak slow..mungkin persaingan dari mudah.my. Aku pun semakin sibuk dengan kerja. Lama-lama kelamaan aku tengok listing aku dah tak boleh post ke Lelong.my(Aku pakai auto-posting, iaitu selepas 10 hari dia akan listing sendiri, tak perlu kita nak relist selepas listing produk kita tu expired). Rupanya Lelong dah wajibkan sesiapa nak menjual di laman webnya, kena bukak stor. Adeh..tak pa la, mungkin 'jodoh' ku bersama Lelong.my dah berakhir di situ.

Itu saja lah coretan aku kali ni. Mata pun dah mengantuk walau baru pukul 11.00 malam. Itulah penangan orang kerja 8-5. Jaga anak lagi, hahaha.. ok, pesan aku..jika anda pengguna Shopee, jangan lupa follow kedai aku yea, thanks a lot kepada semua. Muahhh ciked!

Jangan lupa follow dan like listing saya ok? Terima kasih..

P/S : Pada sesiapa yang nak tambah ilmu dalam menjual di Shopee, boleh klik banner kat atas belah kanan tu(warna oren dengan gambar mamat bertopi coklat), mana tau sales anda boleh mencanak naik? Mana tahu kan..try la :)

Wednesday, August 7, 2019

Nasi Bujang



Nasi bujang..

Aku mula diperkenalkan dengan nasi bujang ni masa aku form 1..seorang kawan sekolah bernama Mizi belanja aku makan..dalam tahun 1999 harganya dalam RM1-RM1.50..sejak itu memori tu tak pernah luput dari ingatan..

dan pabila aku di Kolej pada tahun 2009-2012, menu ini lah yang selalu aku order..harga pada masa itu adalah dalam lingkungan RM2-RM2.50. Dengan bajet aku yang ketat, hanya RM10 untuk belanja makan sehari, harga nasi bujang ni amatlah berbaloi-baloi. Bagi aku rasa dia yang buat sedap tu datang dari telur dan sup ayam. Kalau dua2 ni rasanya cun, maka sedaplah Nasi bujang tersebut..


Friday, August 2, 2019

Nasi goreng cendawan ayam

Nasi goreng cendawan ayam, first time aku makan yang sedap bila aku sambung belajar di Kuala Lumpur. Ada satu tempat makan nama dia Mutiara Binjai yang terletak di Medan Selera Jalan Muda Abdul Aziz. Selain nasi bujang dia yang banyak, murah dan sedap, menu nasi goreng ni antara menu wajib bagi student2 macam aku ni, sebab dia jimat dan banyak..

Sekali makan tengahari kenyang sampai malam weh..

Selepas belajar dan dah kerja, aku selalu juga ke sini untuk makan menu ni, sambil2 derma darah kat PDN, aku singgah kejap ke mari untuk mengimbau kenangan..harga time tu tahun 2009-2012 dalam RM4.50 - RM5 bagi menu seperti di bawah ni..mungkin sekarang dah naik kot harga dia, maybe dalam RM6 - RM6.50. Ikut peredaran zaman la, barang mentah pun semakin mahal, so tak mungkin la harga dia sama seperti 7-8 tahun yang dulu..


Ayam goreng tu, dipotong kecil-kecil, kemudian dibubuh sos resepi istimewa yang lain dari yang lain. Serius, rasa dia memang unik, tak pernah jumpa kat mana-mana..memang tersendiri sedap dia..hanya kat sini je ada rasa sos yang sebegini sedap.


Apa yang aku harapkan, makcik pakcik yang berniaga kat sini sentiasa sihat walafiat seperti ibu bapaku juga..Aminnn

Gambar makanan

Gambar makanan untuk rujukan pada masa hadapan..hehe








Makanan di Rantau Panjang, Kelantan

Salam semua,

just nak share makanan aku ketika berkunjung ke pekan Rantau Panjang di Kelantan bulan Februari 2018. Seronok sebenarnya pergi tengok tempat orang..hampir kesemuanya berbeza, dari segi makanan, rumah, persekitaran dan cara orang berpakaian.

Ketika di pekan Rantau Panjang, sempat merasa makanan kebiasaan orang sini iaitu mee sup dan teh O panas..memang sedap..teh O panas dia pun memang kaw kaw..hahaha, memang manissss


Buah mangga ni sebagai pemanis mulut..mesti cuba ketika di Rantau Panjang..



Payment ke-28 dari microWorkers

Payment ke-28 dari microWorkers..
Alhamdulillah..walaupun tak banyak, tapi boleh la buat belanja bini makan..hehe
memang dah azam awal tahun 2019, nak cashout kat microWorkers ni 2 kali setahun..
harap2 aku rajin la yea..wish me luck

Sunday, July 7, 2019

Maggi goreng sedap

Nak habaq mai, aku makan maggi goreng kat satu restoran nih, memang sedap..harga berpatutan..cuma nasi putih ngan lauk2 dia tu kurenng sket, bagi aku kurang rasa la..kalau setakat nak kenyang tu boleh la, tapi masakan panas dia mantop, nasi goreng ka, mee goreng ka, roti canai ka, memang puas hati la..wifi pun laju




Ni gambar maggi goreng kat Restoran Nasi Kandar Pelita, harga mahal, rasa so-so, anggap lah dia sebagai gambar hiasan