Salam semua..
di kesempatan masa yang ada, aku cuba edit gambar Siti Nurhaliza semasa beliau masih di sekolah. Sila klik pada gambar untuk besarkan..
![]() | ||
| Gambar asal |
![]() |
| Gambar yang telah aku edit.. |
Proses mengedit : https://youtu.be/E7iTdAPpjAU
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Salam semua..
di kesempatan masa yang ada, aku cuba edit gambar Siti Nurhaliza semasa beliau masih di sekolah. Sila klik pada gambar untuk besarkan..
![]() | ||
| Gambar asal |
![]() |
| Gambar yang telah aku edit.. |
Proses mengedit : https://youtu.be/E7iTdAPpjAU
Alhamdulillah,
Pembayaran gaji ke-3 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..
Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..
Salam..
Salam semua,
Saja nak share maklumat scammer live FB..dia menyamar sebagai seller. Dia akan mesej kepada pembeli yang lock/beli barang dari seller yang jual live di FB menyatakan perlu membayar sekian-sekian amaun barang yang telah berjaya dilock/dibeli oleh pembeli. Diharapkan tiada yang akan discam.
Detail scammer :
No Akaun Maybank : 161284122269 - Mohamad Zakaria
No telefon tak perlu aku tulis kerana scammer ni akan tukar2 no lain untuk memerangkap mangsa...
Ni bukti screenshot mesej scammer yang dihantar kepada pembeli :
Salam guys..
harini nak bercerita sikit tentang youtuber mukbang/ASMR..ala yang makan2 tu cam Isaac Osman atau SYEDOT ASMR..bg aku memang senang buat video makan2 ni..
tetapi..terlalu ramai youtuber pemula yang buat video pasal makan2 ni..senang buat video, tapi agak susah nak celen yang senior2 ni..youtuber pemula yang pilih niche makan2 ni kena buat suatu idea yang fresh..cam Kate Yup ke..lain dari yang lain..
Aku masih lagi support youtuber2 pemula ni, terutama youtuber yang subs dia bawah 1000..sekiranya dah capai 1k subs, mungkin kurang sikit aku nya support tu.., tapi tu la, video mereka kena 'outstanding' baru orang ingat..nak capai 1k subs mungkin senang, tapi 4k jam tayang tu yang paling challenge..
tapi rezeki masing2 kan..usaha tangga kejayaan..
Alhamdulillah..
nampaknya usaha aku untuk bangunkan channel youtube berbaloi walaupun kena tunggu lama sikit untuk monetize..untuk pengetahuan korang, aku start upload video yang pertama aku pada Januari 2020..dan start monetize pada Disember 2020..
Dan first time dapat gaji adalah pada bulan March 2021 yang lalu dan gaji kedua pada Julai 2021..untuk pengetahuan korang lagi, youtube akan start hantar payment pada 21hb-22hb setiap bulan, dan kita akan dapat duit dalam tempoh 15 hari bekerja selepas google hantar payment..
![]() |
| Payment pertama.. |
![]() |
| Payment kedua |
Bagi aku buat duit dari Youtube ni lagi senang daripada adsense di laman web..sebab bila orang tgk video kita, ada ads yang tak dapat skip..so, duit still masuk..manakala laman web pula, visitor kena klik iklan untuk kita dapat duit..selagi visitor tak klik iklan, kita takkan dapat duit..dulu aku pernah buat adsense laman web, memang lambat duit nak naik..
Sekarang, dalam sebulan boleh dapat USD50, hanya maintain masukkan video seminggu sekali je..senang kan? Jom jadi youtuber guys..
Alhamdullillah guys,
Youtube Duit Dari Online dah mencecah 2000 subscribers pada 5 Mei 2021, lagi seminggu nak Hari Raya Aidilfitri..bukan senang channel bukan hiburan nak capai 2K subscribers..terima kasih kepada supporter2 sekalian..jasa kalian juga tidak aku lupakan dengan view dan like video2 youtube pemula yang lain..
Terima kasih banyak2 guys..
Alhamdulillah guys,
Setelah hampir 1 tahun menunggu, akhirnya aku dah berjaya melepasi syarat untuk monetize di Youtube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Secara jujurnya guys bukan mudah nak lepas syarat dia terutamanya 4000 jam tontonan. Sepanjang aku giat dalam bidang Youtube ni, dah banyak aku tengok Youtuber pemula yang give-up kerana tidak berjaya melepasi 4000 jam tontonan.
Aku bermula dengan video yang pertama pada penghujung Januari 2020. Sehingga hari ini, aku dah berjaya upload 84 video. Tu pun ada yang video untuk saja-saja upload. Sekadar untuk update video terkini dan contentnya agak kurang menarik. Tapi tak per sebab aku ada juga tgk youtuber yang hari2 upload video 'sampah' dia, tapi berjaya gak monetize...serius guys, aku pun terkejut jugak..ko bayangkan la video-video yg macam tak begitu berfaedah, contoh video dia panjat pokok mangga, video dia basuh sangkar kucing, video unboxing milo paket 2kg pun ada!..damn! Kalau artis aku tak kisah, tapi orang biasa..sapa nak tgk bhaiiii..video unboxing milo 2kg???!! Aduyai..WTF
Pe2 pun aku bukan nak condem org, mungkin tu cara dia, rezeki dia..biarlah janji dia tak kacau idup kita..apa2 pun guys, nak buat sesuatu konsistensi kena ada, jgn mudah give-up..aku dulu time buat adsense blog pun memang susah nak give-up..time buat adsense blog dulu lagi susah nak dapat earning..kalau setakat 1k unique visitor ke blog korang, sebulan memang dapat ciput je la duit adsense, tak sampai RM10 sebulan, baik ko keje 7E lg byk boleh dapat..nak jana wang yang banyak melalui adsense website/blog ni perlukan jumlah unique visitor yang banyak, kalau boleh ratus ribu sehari, baru la boleh cashout ribu2 sebulan..
Aku quit adsense blog pun sebab aku kena ban, disebabkan invalid click atau dalam bahasa yang lebih mudah iaitu klik iklan kita sendiri atau suruh orang lain tolong klikkan iklan..haha, dari situ lepas kena banned, dah tak boleh buat akaun adsense lagi..
Aku harap ada sinar harapan nak buat adsense Youtube ni..sebab aku gunakan gmail dan IP baru utk mendaftar..kalau nak guna ID dulu memang dah tak boleh..Banned seumur hidup tu..damn Google..
Kepada supporter aku di Youtube, anda tahu la anda siapa..yang selalu comment di setiap video aku, aku ucapkan ribuan terima kasih. Kita kena saling support each other. Sebagai youtube permula, anda TAK BOLEH SOMBONG..setiap kali ada comment, pastikan anda reply, jangan hanya klik like atau love sahaja..bila ada orang nak sub4sub, kita bantu juga dia..bila org dah bantu kita, kita pula kena bantu dia..jgn buat donno plak, memang lepas tu org tu unsubscribe la kau balik..
Ok guys, itu sahaja la celoteh aku utk kali ni. Blog ini pun aku dah jarang update disebabkan sibuk buat content youtube..nak edit video bukan kaleng2, paling busuk pun sejam kena dok mengadap komputer..bukan senang nak senang..pe2 pun guys selamat beramal dan Assalamualaikum..
Bagi sesiapa yang belum subscribe channel Youtube aku lagi, boleh la klik SUBSCRIBE..subscribe itu percuma guys, terima kasih banyak2..
Alhamdulillah,
Channel Duit Dari Online sudah sampai 1K Subs pada 1 November 2020. Untuk pengetahuan korang aku memang tak pakai subs for subs sejak subs aku 180 orang..buat subs for subs leceh sebenarnya. Better untuk fokus pada buat content. Mantapkan setiap kandungan video korang..Insyaallah subscriber akan sendiri klik butang subscriber yang kaler merah tu..
Ok guys, macam yang dijanjikan, akan ada giveaway utk video seterusnya..stay tuned
Ok, guys,
berita yang agak menyedihkan iaitu aku baru kena scam RM80 dekat mudah.my, damn btol..scammer ni semakin meyakinkan..susah btol nak beza dengan orang yang btol2 nak jual barang..sebab aku dah google no telepon dan no bank dia, tapi clear..maybe scammer baru..
ni detail dia :
Nama Scammer : Muhamad Suhafizi Bin Hamzah
No akan BSN : 0300341000106588
No telepon : 0178331528
dia kata dok jengka, dem kalau aku orang jengka pun memang dia xnak jumpa untuk COD..so guys, beware kepada penjual yang nak jual pos je, bahaya..setelah 12 tahun tak kena scam kat mudah, harini aku terkena..aku anggap je la duit tu sedekah, rasa tak geram dan marah sangat..huhu
salam guys
![]() |
| Hasil menyelam pada 27 June 2020. Dapat banyak juga barang. Semua ni bawah RM100. Paling jackpot topi biru adidas bunga tu. Rare tu..dapat juga flashlight Energizer dan Panasonic pada harga RM1.60 setiap satu. Shuttlecock SeaLion tu ada 12 pcs, tapi bukan semua baru, ada yang dah dipakai, tapi keadaan shuttlecock tu bukanlah semua tak boleh main, cuma bulu2 dah tercabut sikit, ok la setakat nak main pukul2..12 pcs(1 tube) RM6.40 jea |
![]() |
| Memandu kereta atas highway boleh menghilangkan stress aku |