Sunday, January 29, 2012

Payment ke-19 diterima daripada Neobux :)

Payment ke-19 diterima daripada Neobux..

Payment ke-19 dah lama saya terima, just nak upload payment proof :)

Saturday, January 28, 2012

Payment ke-15 diterima daripada microWorkers :)

Microworkers sekali lagi berjaya membuktikan ianya sebuah laman web yang boleh dipercayai. Buktinya pembayaran ke - 15 selamat diterima sebentar tadi melalui Alertpay..thanks kepada team microWorkers terhadap response yang pantas..untuk pengetahuan semua, saya request cashout semalam, dan hari ni dapat..sungguh pantas..

Di bawah adalah proof of payment saya yang ke-15 :)

Pembayaran ke-15 dari microWorkers

Sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai microWorkers, sila lah ke LAMAN WEB INI

Friday, January 27, 2012

Mengenali Playboy


Buaya darat, kasanova, mata keranjang adalah perkataan berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Nama-nama samaran ini adalah sinonim untuk kategori lelaki yang gemar memikat dan menggoda wanita. Apakah sebenarnya tujuan mereka menjadi golongan seperti ini?

Ciri-ciri lelaki 'Playboy'


1) Sentiasa berpenampilan menarik. Ini adalah 'umpan' wajib bagi menarik hati si gadis yang bakal menjadi mangsa. Biar muka sekadar ada, tetapi penampilan mengalahkan model terkenal dunia.

2) Bermulut manis dan romantis. Kata-katanya bak madu yang mendapat perhatian semut. Sememangnya ayat yang dituturkan menjadi daya penarik yang turut memainkan peranan dalam mendapatkan mangsa. Lelaki lain juga kadangkala bermulut manis, tetapi lelaki 'playboy' bijak bermain kata dan janji.

3) Selain bijak bermain kata-kata, muka yang kacak dan tubuh yang sasa adalah salah satu bonus yang mereka gunakan dengan sebaiknya bagi menggoda wanita.

4) Golongan lelaki playboy ini juga adalah serupa dengan lelaki yang lain, menjalani kehidupan sebagai manusia yang memerlukan cinta dan kasih sayang. Bezanya mereka mempunyai ciri-ciri yang mungkin tidak ada pada seorang lelaki normal yang setia pada cinta yang satu.

5) Mereka menjalani kehidupan bak romeo yang berdarjat tinggi. Dalam kata lain, 'biar papa asal bergaya'. Kehidupan mereka seolah-olah bekerja besar dengan tinggal di rumah mewah dan memandu kereta berjenama. Hakikatnya kerjaya mereka adalah biasa-biasa sahaja.

6) Ramai teman-teman di kalangan wanita. Boleh dikatakan semua nombor di telefon bimbitnya adalah nombor hak milik wanita. Ini adalah lambang kemegahan seorang lelaki yang bergelar 'playboy'. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan seolah-olah menganggap bilangan wanita yang dikumpulkan adalah sebagai koleksi atau trofi yang terhebat.

7) Tidak suka komitmen. Bagi mereka, komitmen itu adalah suatu yang menyusahkan hidup dan leceh. Tiada komitmen maka tiada perjanjian dalam hubungan dan mereka bebas untuk menentukan sama ada untuk terus bersama dengan si gadis atau angkat kaki mencari mangsa baru.

Mungkin ada banyak lagi ciri-ciri yang disembunyi oleh si 'playboy' tetapi apa yang pasti, mereka mempunyai daya penarik tersendiri yang mampu menarik gadis-gadis untuk menjadi mangsa mereka. Hati-hati la wahai kaum hawa di luar sana yea, jangan jadi mangsa kepada lelaki pemain cinta, kelak diri sendiri merana..

Thursday, January 26, 2012

GLOCK PERFECTION ROUND BLACK & SILVER DECAL STICKER

High Quality Collectable Glock Stickers for Sale!

Glock Safe Action Pistols (jenis bulat)





Diameter : 10 cm

Glock Sticker (Jenis Petak)




Dimension : 8 cm X 8 cm

Istimewa untuk peminat pistol jenis Glock, anda boleh dapatkan sticker koleksi pistol Glock dari saya..

Anda boleh tampal di motosikal, laptop, almari, meja atau di mana-mana sahaja..

Bagaimana cara nak order?

Price :

1 pcs - RM5
>2 pcs - RM4.50 each
>10 pcs - Special price, do contact me~!!


Jenis Pos (Please choose 1):

Normal mail - Add RM1 (not recommended)
Registered mail - Add RM2 (recommended)
Pos Ekspress - Add RM3 (recommended)

How to order :

Email kepada saya ;

Nama :
Jenis Sticker (bulat @ petak) :
Kuantiti :
Jenis Pos :
Full Address :
Contact No :

...kepada syedzack@gmail.com , dan saya akan confirmkan order anda.

Atau anda boleh SMS 019-3799780 untuk order. Thanks a lot :)

Monday, January 23, 2012

Minda kaya VS minda miskin


Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin. Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup. Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan. Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!" Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jangka masa yang pendek.

Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga. Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki
kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci. Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"


Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka. Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan. Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang. Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik? Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang. Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang! Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Oleh : Irfan Khairi

Fadhilat surah Yaasin




Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).
Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran"

Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata, "Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertuahlah hati-hati mereka yang menghafaz Al-Quran dan bertuahlah lidah-lidah mereka yang membacakan Al-Quran."

Sebuah hadith lagi:
"Sesiapa yang membaca Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t, segala dosanya yang terdahulu akan terampun, oleh itu bacalah Surah Yaasin ini untuk orang yang telah meninggal dunia."
Menurut sebuah hadith, di dalam kitab Taurah, Surah Yaasin dinamakan sebagai mun'imah (pemberi ni'mat) kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembacanya di dunia dan akhirat, menghindarkan penderitaan di dunia dan akhirat serta menjauhkan kedahsyatan akhirat.

Surah Yaasin juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh maknanya yang meninggikan darjah mu'min dan merendahkan darjah orang kafir.

Sebuah riwayat menyatakan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hatiku mahu supaya Surah Yaasin berada di dalam setiap hati ummatku.".
Dalam hadith yang lain pula, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin setiap malam, dan kemudiannya mati, kematiannya dikira sebagai syahid.

Suatu hadith mafhumnya:
"Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, dosanya akan diampunkan, jika dibaca ketika kelaparan, kelaparannya akan pergi. Jika dibaca ketika sesat jalan, dia akan kembali ke pangkal jalan, jika dibaca ketika hilang kenderaannya, kenderaannya akan ditemui kembali, jika dibaca kerana khuatirkan makanan tidak cukup, makanannya akan dicukupkan, jika dibaca kepada pesakit yang sedang nazak, kesakitan nazaknya akan dikurangkan, jika dibaca kepada wanita hamil yang sukar melahirkan anaknya, kelahirannya dipermudahkan, jika dibaca kerana takutkan pemerintah dan musuh yang kejam, ketakutannya akan dihilangkan."
Dalam sebuah hadith, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin dan Shoffat pada hari Jumaat lantas dia berdoa, doanya akan dimaqbulkan.

(Penulisan di atas adalah petikan dari Kitab Fadhail Amal karangan Sheikh Maulana Zakaria Kandahlawi 'Rahmatullahi alaih' di dalam bab Fadhail Quran, Bahagian Kedua di Hadith Yang Kedua, Kitab Fadhail Amal dikarang di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Urdu dan telah diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia).


Cara membaca Surah Yassin dengan betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut.

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Sumber : Wangcyber

Kitab Al-Quran : Penawar Yang Sebenar


Mata lihat-lihatlah musaf Al-Quran,
Mulut baca-bacalah setiap ayat-ayat Al-Quran,
Telinga dengar-dengarkan lah orang yang sedang membaca Al-Quran,
Lidah lembutkanlah menyebut huruf - huruf didalam Al-Quran,

Satu huruf diberi satu pahala....
Seribu huruf......
Bacalah ,bacalah dengan hati yang tenang ....
Pelajarilah dan bacalah Al-Quran,
Dan kemudian mengajar pada mereka yang ingin belajar.....

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga bermanfaat untuk kebaikan kita semua..

Sumber : Wangcyber forum

Kelebihan wanita bertudung

Wanita diwajibkan bertudung bagi menjaga aurat rambut mereka..


Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:

1) Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.

2) V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun.

3) Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".


Gadis yang bertudung lebih ayu dan sedap mata memandang :)

4) Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains, pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..

ALHAMDULLILAH..TERIMA KASIH YA ALLAH ♥ ^_^

Justeru,ini menunjukkan ada hikmahnya wanita diwajibkan memakai jilbab/bertudung ^_^ renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Sumber : wangcyber forum

Majalah apa yang banyak contest?



Assalamualaikum..

bagi menjawab persoalan di atas, saya cadangkan kepada sesiapa yang rajin join contest secara offline tu, try join contest di Majalah KLIK! Saya rajin join contest di Majalah terbitan Karangkraf tu sejak permulaan isu yang pertama lagi. Banyak hadiah berkaitan filem, barangan seperti t-shirt, tiket wayang boleh dimenangi.

Majalah KLIK!

Majalah yang keluar 2 kali sebulan ni memang menyediakan banyak hadiah-hadiah yang agak best dan semestinya RARE..x cayer? cuba tengok seberapa banyak senarai contest dalam gambar di bawah :

Cuba anda semua tengok, dalam satu isu jea dah ada 9 peraduan @ contest..Dengan harga RM4, memang berbaloi-baloi untuk semua kaki-kaki contest..

Hurm, selain majalah KLIK! saya juga sering kali join contest di Majalah Maskulin dan Remaja..bagaimana dengan anda pula?

Sunday, January 22, 2012

Cashout dari Neobux kali ke-20

Neobux masih membayar! walaupun upah satu klik dah semakin sedikit, ada beberapa cara bagi memperoleh $$$ dengan cepat dari Neobux..ok, salah satu caranya saya bg info sikit adalah dengan menyewa refferal..

Kalo kita xda refferal, payah sikit nak cashout cepat..so kena la sewa, kena la kuar sikit modal untuk sewa refferal, kalo x memang berjanggut la nak tunggu cashout..bawah ni bukti pembayaran terbaru dari Neobux, thanks a lot!



Pembayaran ke-20 dari Neobux diterima, thanks a lot! (Klik gambar untuk besarkan)

 

Ujian Saringan G6PD (Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase)

Ujian ini amat penting bagi mengesan kekurangan enzim G6PD dalam 'hereditary haemolytic anemia'. Kekurangan enzim ini adalah suatu penyakit yang diwarisi kerana enzim G6PD di kawal oleh gen pada satu lokus di kromosom 'X'. Pesakit yang mengalami kekurangan enzim G6PD akan menjadi anemia apabila terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah mereka 'pecah' (hemolisis) contohnya seperti ubat gegat naftalena, tumbuhan kekacang (kacang parang) dan ubat anti-malaria.

Definisi :

G6PD : Suatu enzim yang memangkinkan tindakbalas dalam proses pemecahan glukosa (glikolisis) dalam keadaan beroksigen bagi menghasilkan tenaga.

Hemolitik anemia : Anemia adalah keadaan di mana berlaku kekurangan pada sel darah merah atau hemoglobin. Hemolitik anemia adalah sejenis anemia di mana sel-sel darah termusnah sebelum matang.


Prinsip Ujian : Enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) memangkinkan tindakbalas pengoksidaan glucose-6-phosphate (G6P) menghasilkan 6-phosphogluconate (6PG) seperti berikut :

G6P + NADP -------> 6PG + NADPH

Ini diikuti dengan pengoksidaan 6PG yang dimangkinkan oleh enzim 6-phosphogluconate dehydrogenase menghasilkan ribulose-5-phosphate (Ru5P) seperti berikut :

____________6PGD
6PG + NADP --------> Ru5P + CO2 + NADPH

Kaedah 'Beutler and Mitchell' digunakan untuk mengesan kehadiran NADPH dalam lysate sel darah yang akan bersinar (fluoresces) di bawah cahaya UV berjarak gelombang panjang (long-wave UV light). Dalam keadaan kekurangan enzim G6PD atau aktiviti enzim 20% kurang daripada aktiviti normal, NADPH yang terhasil tidak cukup untuk menyebabkan fluorescence ( cahaya bersinar di dalam gelap).

Kelihatan lysate sel darah yang akan bersinar di bawah cahaya UV menunjukkan kehadiran enzim G6PD yang normal manakala yang tidak bersinar menunjukkan kekurangan enzim terbabit.

Prosedur Ujian :

1) Larutan kerja disediakan dengan mencampurkan 1 vial substrat dengan 25 ml larutan buffer. Larutan kerja yang disediakan adalah stabil selama 28 hari apabila disimpan pada suhu 4°C. Larutan kerja yang telah disediakan perlu dibiarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.

2) Kertas turas @ 'filter paper' yang terdapat darah spesimen yang telah kering ditebuk di atasnya (3-5 mm diameter lebar) dan masukkan filter paper yang telah ditebuk tadi ke dalam tabung uji yang mengandungi 100 mikroliter larutan kerja.

3) Untuk kawalan kualiti, masukkan 5 mikroliter 'deficient control' dan 'normal control' masing-masingnya ke dalam taabung uji yang mengandungi 100 mikroliter larutan kerja.

4) Eram tabung uji yang mengandungi spesimen pesakit dan bahan kawalan pada suhu 37
°C dalam inkubator selama 10 minit.


5) Ambil 10 mikroliter dari setiap tabung uji dan letakkan di atas kertas G6PD yang disediakan dan keringkan dengan pengering rambut.

6) Lihat kertas G6PD yang telah kering di bawah cahaya Ultra Violet(UV) dan perhatikan cahaya fluorescence (jika ada), keputusan ujian adalah seperti berikut :


NORMAL
Jika ada cahaya fluorescence di bawah cahaya UV yang menunjukkan pesakit adalah normal atau mengalami sedikit kekurangan enzim G6PD.

DEFICIENT
Jika tidak menunjukkan apa-apa perubahan selepas 10 minit di bawah cahaya UV yang menunjukkan pesakit mengalami kekurangan enzim G6PD.

INTERMIDIATE
Jika menunjukkan sedikit perubahan tetapi tiada cahaya 'fluorescence' selepas 10 minit di bawah cahaya UV.

FALSE NORMAL
Dalam kes 'reticulocytosis', 'fluorescence' yang jelas akan kelihatan walaupun pesakit kekurangan enzim G6PD kerana sel darah muda mempunyai aktiviti yang lebih dan ini akan memberikan keputusan false normal.

FALSE NEGATIF
Bagi pesakit anemia, terdapat sedikit 'fluorescence' terjadi walaupun pesakit normal kerana bilangan sel darah merah yang kurang dan ini akan memberikan keputusan false negatif.

7) Ulangi langkah 5 dan 6 jika keputusan ujian adalah 'intermidiate'. Jika keputusan masih sama, minta sampel kedua pesakit.

Saturday, January 21, 2012

Ujian ESR @ Ujian Kadar Pemendapan Sel Darah Merah

Ujian ESR ataupun lebih dikenali sebagai ujian pemendapan sel darah merah sering dilakukan di makmal hematologi.

Prinsip :

Darah yang mengandungi antibekuan dimasukkan ke dalam tiub Westergren atau Wintrob yang diletakkan secara menegak dan dibiarkan mengenap selama 1 atau 2 jam. Sel-sel darah akan membentuk gumpalan atau 'rouleaux'. Gumpalan ini menjadu berat dan akan mengenap ke bawah. Maka kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah di dalam ukuran milimiter(mm) menunjukkan keputusan ESR.

Teknik :

a) Wintrob
b) Westergren

a) Teknik Wintrob

Prinsip :

Apabila darah yang beranticoagulant dimasukkan ke dalam satu tiub pengenap Wintrob dan dibiarkan mengenap dalam satu tempoh masa, maka terhasil satu kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah. Kolum ini diukur sebagai kadar pemendapan sel darah merah per masa yang dibiarkan dalam ukuran mm yang menunjukkan keputusan ESR.

Prosedur :

1) Masukkan spesimen darah yang telah disebatikan dengan sempurna ke dalam tiub Wintrob dengan menggunakan pipet sehingga ke paras '0' dan elakkan sebarang gelembung udara terhasil.

2) Tegakkan tiub Wintrob tersebut pada rak Wintrob dan biarkan selama 1 jam pada suhu bilik.

3) Selepas 1 jam, baca kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah di dalam ukuran mm per jam(mm/jam)


2) Teknik Westergren



Prinsip :

Apabila darah yang beranticoagulant dimasukkan ke dalam satu tiub pengenap Westergren dan dibiarkan mengenap dalam satu tempoh masa, maka terhasil satu kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah. Kolum ini diukur sebagai kadar pemendapan sel darah merah per masa yang dibiarkan dalam ukuran mm yang menunjukkan keputusan ESR.

Prosedur :

1) Masukkan darah yang mengandungi antibekuan 3.13% trisodium citrate (1:4) ke dalam tiub Westergren hingga ke paras '0'.

2) Pastikan gelembung udara tidak terhasil.

3) Letakkan tiub Westergren pada rak Westergren secara menegak dan biarkan selama 1 jam atau 2 jam pada suhu bilik.

4) Ambil bacaan selepas 1 atau 2 jam dan laporkan dalam mm per jam (mm/jam) atau per 2 jam.


Anggaran normal

1) Lelaki (1-7 mm/jam)
2) Perempuan ( 1-9 mm/jam)
3) kanak-kanak (0-15 mm/jam)


Kewaspadaan

1) Pastikan tiada gelembung udara di dalam tiub pengenap.

2) Kedudukan tiub dan rak mestilah lurus dan tegak, tiub yang condong boleh menyebabkan ralat, contohnya tiub yang sendeng 3 darjah boleh menyebabkan ralat sebanyak 30%.

3) Jauhkan rak dan tiub daripada alat pengempar bagi mengelakkan gegeran.

4) Nisbah isipadu darah dan antikoagulan hendaklah betul dan tepat (1:4)

5) ESR perlu dijalankan pada suhu bilik, peningkatan suhu boleh meningkatkan keputusan ESR.

6) Pastikan tiub tidak bocor.

Sunday, January 15, 2012

Daiso di Malaysia


Salam all, aritu saya berkesempatan ke Jusco Bukit Tinggi, Klang..sambil jalan2 ternampak satu kedai cam kedai RM2, cuma kedai ni cam berasal dari Jepun. Semua barangan berasal dari Jepun dan semuanya beharga RM5! Nampak barangan semuanya bermutu..cuba tengok gambar di bawah :

Antara barangan yang ada kat dalam kedai Daiso

Anda dah try masuk kedai ni? memang rambang mata..macam2 benda ada ini dalam ini kedai..tak caya? try pegi..ni antara lokasi kedai Daiso di Malaysia :

Kuala Lumpur

Lokasi : Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Alamat : Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang, 55100 KL.

Lokasi : Pavillion Kuala Lumpur
Alamat : 6.24.05 & 6.24.06B, Level 6,
Pavillion Kuala Lumpur.

Selangor

Lokasi : Damansara, Selangor.
Alamat : The Curve, 2nd Floor,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi : Puchong, Selangor.
Alamat : Second Floor, IOI Mall, Batu 9,
Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.

Lokasi : Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Alamat : One Utama, LG Floor,
Bandar Utama City Centre Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi : Bandar Sunway, Selangor
Alamat : Sunway Pyramid Shopping Mall,
No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi : Klang, Selangor
Alamat :Harbour Place Mall,
Lot 6683, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Malaysia.

Lokasi : Klang, Selangor
Alamat : AEON Jusco (Bukit Tinggi),
No 1, Persiaran Batu Nilam 1/KS 6,
Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Lokasi : Rawang, Selangor
Alamat : AEON Jusco Rawang,
Persiaran Anggun, Taman Anggun,
48000 Rawang, Selangor.

Kedai DAISO di AEON Rawang

Melaka
Lokasi : Melaka
Alamat : Fl-30,Level 1, Dataran Pahlawan Melaka Megamall,
Jalan Merdeka,75000 Bandar Hilir, Melaka, Malaysia

Lokasi : Melaka
Alamat : LOT-S33, NO.2 Jalan Legenda,
Taman Legenda,75400,
Melaka, Malaysia


Sabah

Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Alamat : Unit No S-101a, 2nd Flr,1 Borneo Hypermall,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Lokasi : Centre Point Sabah
Alamat : P4-P7th Floor, CPS Tower Centre Point Sabah
No.1 Jalan Centre 88000 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

JohorLokasi : Daiso Johor
Alamat : No 8, Jalan Inda 15/2, Bukit Indah,
81200 Johor Bahru, Darul Takzim

Thursday, January 12, 2012

Alternatif rawat katarak

PANDANGAN mata semakin kabur namun sering dianggap sebagai kesan biasa akibat keletihan. Apabila melihat objek berwarna, yang kelihatan hanyalah warna kelabu. Adakah anda sering mengalami situasi tersebut?

Jika ya, jangan bertangguh untuk berjumpa dengan pakar mata kerana anda berkemungkinan menghidapi masalah katarak pada mata.

Lazimnya, katarak merupakan penyakit mata semula jadi dalam kalangan warga emas. Ia juga menjadi penyebab utama kerosakan penglihatan dan kebutaan di Malaysia dengan peningkatan tinggi iaitu sebanyak 23 peratus dari tahun 2008 ke 2009.

Peningkatan populasi warga emas Malaysia yang kini mencapai angka lebih lima juta orang pada tahun 2012, telah membawa kepada kepentingan saringan ujian mata untuk pengesanan awal penyakit mata semula jadi golongan itu.

Pada masa yang sama, permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan mata yang berkualiti pula semakin meningkat.

Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista, Dr. Aloysius Low, apabila mencecah usia 45 tahun ke atas, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti kehilangan kejelasan dan perbandingan warna (meluntur atau berubah) disebabkan katarak.

“Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menghalang laluan cahaya ke dalam mata.

“Individu yang mengalami katarak menghadapi kesukaran melakukan rutin harian kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan sering menukar cermin mata,” katanya.

Silau cahaya

Tambah Aloysius, selain mengalami masalah penglihatan berganda dan masalah silau kerana sinar lampu atau matahari, penglihatan malam mereka juga terjejas akibat silau daripada lampu kenderaan dan lampu isyarat. Secara tidak langsung, pemanduan pada waktu malam sesuatu yang amat mencabar.

Perbezaan mata normal dan mata yang mengalami masalah katarak.

Seramai lapan juta orang di seluruh dunia menghidap katarak dan ia merupakan punca utama kebutaan di dunia selepas glaukoma.

“Bukan orang tua sahaja yang berisiko menghidap katarak malah, orang muda juga cenderung menghidapinya akibat diabetes dan penggunaan steroid.

“Katarak boleh terjadi pada sebelah mata dan kedua-dua belah mata malah, boleh terdapat lebih daripada satu bentuk katarak pada mata yang sama,” ujarnya.

Terdapat tiga tahap katarak iaitu katarak tidak matang, matang dan terlampau matang.

Sekiranya seseorang itu mampu melihat dengan sebahagian daripada penglihatannya, ini bermakna kanta matanya masih mempunyai kawasan yang jelas dan ini dikenali sebagai katarak tidak matang.

“Jika seseorang itu penglihatannya semakin buruk, dia harus segera berjumpa dengan pakar mata dengan kadar segera lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes.

“Disebabkan teknologi pembedahan dan kanta semakin canggih, masalah buta serta kerosakan penglihatan yang disebabkan oleh katarak kini sudah boleh dielakkan,” katanya.

Jelasnya lagi, katarak kini boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa singkat dengan menggunakan kaedah pembedahan katarak tanpa pisau LenSx.

Ia adalah teknologi terbaharu merawat katarak menggunakan laser yang diperkenalkan oleh Vista iaitu salah sebuah pusat pakar mata terulung di Malaysia sejak 1999. Dengan kerjasama Alcon Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Alcon), Vista menjadi pusat pakar mata pertama yang menawarkan kepakaran tersebut di Malaysia.

Teknologi tinggi

Inovasi teknologi Laser LenSx membolehkan pakar bedah melakukan prosedur pembedahan katarak yang paling rumit yang sebelum ini hanya dilakukan secara manual.

Laser LenSx menawarkan ciri-ciri gambaran panduan imej berteknologi tinggi berintegrasi yang membolehkan pakar bedah merancang dan melaksanakan segala langkah pembedahan dengan jitu.

Ia meningkatkan keupayaan pakar bedah untuk membuat teknik membuang kapsul lensa hadapan (anterior kapsulorheksis). Teknologi tersebut meramal secara tepat bagi memecahkan lensa seterusnya mengeluarkannya secara efektif.

Pembedahan katarak secara manual bukan sahaja lambat sembuh malah mengambil masa lebih lama berbanding pembedahan tanpa pisau LenSx.

Diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) sejak 2009, Laser LenSx seterusnya menerima Full Quality Assurance daripada British Standards Institution dan kebenaran daripada TGA Australia pada tahun 2011.

Teknologi Laser LenSx telah digunakan di Amerika Syarikat sejak 2010.

Teknologi Pembedahan Katarak Tanpa Pisau LenSx yang diperkenalkan di Vista membolehkan pakar bedah melakukan pembelahan teliti dan tepat yang biasanya tidak mampu dilakukan dengan peralatan yang dipegang dengan tangan.

Laser LenSx berkomputer membolehkan pakar bedah membuat potongan 2.2 milimeter ke atas kapsul lensa untuk memecahkannya tanpa menggunakan pisau bedah secara manual.

Ultrasonik

“Serpihan lensa kemudiannya dikeluarkan melalui proses phacoemulsification (juga dikenali sebagai phaco), iaitu pembedahan kanta bahagian dalam mata diemulsi menggunakan peralatan ultrasonik.

“Sambil menghancurkan lapisan katarak yang keras, ia juga mengekstrak serpihan tersebut,” jelasnya.

Setelah katarak dikeluarkan sepenuhnya, pakar bedah membersihkan kapsul di belakang mata untuk mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang (katarak yang kedua). Langkah terakhir ialah untuk memasang lensa intraokular.

“Prosedur ini terbukti berkesan menghasilkan penglihatan yang jelas serta mengurangkan masa pembedahan dengan memulihkan posisi lensa intraokular.

“Pesakit hari ini mementingkan keselamatan dan keupayaan untuk melihat dengan lebih jelas tanpa bergantung kepada cermin mata selepas pembedahan,” jelasnya.

Hanya pembedahan sebelah mata sahaja dilakukan pada satu-satu masa. Jika pesakit perlu melakukan pembedahan pada kedua-dua belah mata, pembedahan mata yang satu lagi perlu dilakukan selang tujuh hari.

Tempoh pembedahan pembuangan katarak dijalankan kurang seminit. Namun, proses membersihkan mata selepas pembedahan mengambil masa lebih panjang. Secara keseluruhannya, masa yang diperlukan ialah sekitar 20 minit.

Masalah katarak selalu dihadapi oleh warga emas atas faktor penuaan namun bukan orang tua sahaja berisiko menghidap katarak kerana orang muda juga berisiko mendapat katarak akibat diabetes dan penggunaan steroid.


“Keputusan dapat diperoleh dengan pantas selain pesakit tidak mengalami rasa sakit. Pembedahan juga tidak meninggalkan parut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perunding Psikologi Klinikal, Sunway Medical Centre, Paul Jambunathan memberitahu, ramai pesakit yang takut untuk menjalani pembedahan lebih-lebih lagi pembedahan yang melibatkan mata kerana khuatir risiko menjadi buta.

“Ramai yang sanggup berhabis wang untuk membuang katarak pada binatang kesayangan berbanding katarak pada diri sendiri.

“Walaupun penglihatan kabur, mereka tetap menafikan realiti tersebut dengan memberikan alasan bahawa mereka masih lagi boleh melihat,” katanya.


Thanks to : kosmo.com.my

Kenali Konjunktivitis


Konjunktivitis adalah radang selaput mata akibat selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman seperti bakteria, virus ataupun alahan.

Gejala



Bergantung pada sebab radang selaput mata.

1. Disebabkan oleh bakteria
  • Mata merah
  • Pengeluaran cecair pekat
  • Kelopak mata melekat
  • Selalunya akan berjangkit ke mata sebelah
  • Biasanya berlarutan selama seminggu

2. Disebabkan oleh virus

  • Mata merah
  • Pengeluaran cecair ringan atau cair
  • Selalunya akan berjangkit ke mata sebelah
  • Boleh berlanjutan selama 2 minggu atau lebih

3. Disebabkan alahan

  • Mata merah
  • Gatal mata dan hidung (jika melibatkan penyakit resdung)
  • Mata berair dan pedih
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan dalam masa yang lama.


Rawatan

  1. Antibiotik dalam bentuk ubat titis mata
  2. Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan
  3. Ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan kurang rasa gatal
  4. Elak guna kanta lekap.
  5. Makanan kaya dengan beta karotin seperti lobak merah.

Bagaimana cara untuk mengelak

  1. Elak menggosok mata dengan kasar, lebih-lebih lagi jika tangan kotor.
  2. Kerap mencuci tangan
  3. Elak menyentuh mata yang dijangkiti.
  4. Elakkan berada di tempat yang sesak.
  5. Jangan berkongsi tuala muka mahupun kosmetik seperti pembayang mata atau kanta lekap.
  6. Buang semua ubat titis yang telah luput tarikhnya.

Jadual Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2012

Berikut merupakan jadual gaji bagi kakitangan awam bagi tahun 2012 :)


Friday, January 6, 2012

Kesilapan dalam peribahasa

Aku ingin berkongsi mengenai isu yang agak penting dalam bahasa Melayu, yang hilang dalam terjemahan perkataan dari Jawi ke Rumi.

Harapkan Pagar, Pagar Yang Makan Padi

Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga


Tahukah Korang peribahasa di atas adalah SALAH!!!..Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.Ok..kita pergi satu-satu.

1-Harapkan PAGAR, PAGAR Yang Makan Padi

Sebenarnya tiada PAGAR yang makan padi, yang ada cuma Burung PEGAR yang berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Jadi peribahasa yang betul adalah:-

Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi


BURUNG PEGAR

Di atas adalah gambar burung Pegar (Indonesia) dan di Malaysia dipanggil ayam pegar. Sebenarnya selama ni kita tersilap ingatkan pagar.Korang tak pelik ke kalau Pagar yang makan padi?

Rupanya yang dimaksudkan adalah Burung Pegar.Burung Pegar ni digunakan macam burung hantu lah untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Burung pegar mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak tapi dia sendiri jadi binatang perosak. Maka terciptalah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.



2-Bagai Melepaskan BATUK Di Tangga

Ok..kita pergi pada peribahasa yang kedua pulak..bagai melepaskan BATUK ditangga bermaksud buat kerja separuh jalan?..dan peribahsa sebebarnya adalah:-

Bagai Melepaskan BATOK Di Tangga

Sila angkat tangan jika ada Cikgu-cikgu Bahasa Melayu korang dulu ada menceritakan lebih lanjut pasal perkataan BATUK tu (kalau ada pun..mungkin tak ramai, lainlah korang amik sastera dulu).. BATUK memang tak boleh dikaitkan dengan peribahasa tu, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis?..memang tak sesuai.


BATOK

Ok..Apa itu BATOK ? BATOK sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. BATOK digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik BATOK ke tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Maka terciptalah peribahasa bagai Melepaskan BATOK Di Tangga yang bermaksud buat kerja separuh jalan.


Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, mungkin termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

Thanks to : http://www.nescafeais.com/harapkan-pegarpegar-yang-makan-padi/